Amacam? Dapat grab tak promo AirAsia
FREE SEATS tu? Tension giler aku, punyalah semangat menunggu semalam, tepat jam12 malam lepas abis citer
Merlin terus terpacak depan PC. Dahla aku tengah sedih sebab last sekali Arthur mati, tup-tup nak book tiket pun tak dapat. Hebat sungguh rakyat M'sia yang dapat book semalam, salute lah dekat hangpa semua, pukul1 lebih sikit, aku surrender dah. Asyik masuk waiting room jer, mana tahan, lebih baik tidor. Jadi, bagi mengubati hati aku yang terluka sebab tak dapat book tiket, meh aku story-story percutian tajaan pi
Melaka last week.
Lepas memastikan keadaan rumah dah ok and selamat, maka tepat jam 3.30 petang, aku pun gerak menuju ke Melaka. Sehari sebelum bertolak, aku dah make sure dengan travel agent yang uruskan percutian aku nih, diorang cakap penginapan dan aktiviti aku semua dekat Melaka nanti sudah diuruskan. Voucher pun aku dah siap print 2,3 copy lagi takut-takut ada yang terhilang ke nanti. Selama lebih kurang 2 jam perjalanan ke Melaka, aku hiasi aktiviti dalam keta dengan dengar lagu, gurau senda sikit-sikit, pastu selebihnya makan rempeyek yang tak berapa nak sedap, beli dekat Petronas. Dah lapa kan, bedal jer semua. Dekat-dekat kul6 camtu, aku pun sampai dekat
Mahkota Hotel yang merupakan tempat penginapan untuk trip kitorang dekat Melaka selama 3 hari 2 malam ni.
Mahkota Hotel, Melaka
Masa check in, aku was-was jugak. Takut-takut nama aku takde ker, sia-sia jer aku travel jauh-jauh datang sini. Lepas aku serah voucher yang tertulis nama aku tu, minah ni macam blur pulak. Hah...sudah, ada ke tak booking untuk aku ni? Walaupun aku risau, tapi tetap tunjuk wajah yang cool. Pastu senior staff yang berbaju putih tu keluar, dia pun check voucher aku bagi tu dengan system perkomputeran hotel ni. Tetiba senior staff ni cakap, "
so en. Orga, nama encik memang ada dalam sistem kita. Deluxe Room untuk 2 orang, 3 hari 2 malam termasuk dinner and breakfast. Boleh en. Orga bagi IC?" fuhh...lepas dengar ayat ni, lega rasa. Minah ni buat aku cuak jer... Lepas urusan check in settle, aku pun tanya dinner start kul baper. Lapar beb, kitorang bekpes jer pagi ni. Konon-kononnya nak save untuk
Dinner dekat hotel ni ler. Tu pasal aku makan jugak rempeyek tak sedap dalam keta masa on the way tadi. Aku dibagitau dinner start kul7 malam sampai 10.30 malam. Tengok jam, ada lebih kurang sejam lagi dinner nak start. So, eloklah tuh. Boleh aku angkut bag and tengok-tengok keadaan dalam bilik dulu, heheh...
Untuk pengetahuan, ni memang kali pertama aku stay dekat
Mahkota Hotel. Pendapat peribadi aku, dari sudut luaran agak cantik jugak lah.
Kolam renang ada 2, pastu kedua-dua pun tak dalam sangat, lebih kurang
0.9 meter jer. Yang tak reti berenang pun rasa-rasa takda masalah untuk mandi kot. Untuk kemudahan yang lain-lain pun agak lengkap macam gym, gelanggang tenis, and etc. Penginapan free kan, nak tengok jugak keadaan bilik macam mana. Tapi sepanjang perjalanan ke bilik, aku tengok takda orang lain pun, kat kolam renang pun takda orang, so aku wat positif assumption, mesti semua orang keluar jalan-jalan.
Wow! Bilik besar jugak, cantik pun cantik, siap ada ruang tamu lagi termasuk dapur untuk memasak. Meja makan pun ada, hehe...dah macam kat rumah pulak rasa. Tetiba jer wife aku jerit nak tengok bilik air, aku dapat agak dah apa yang dia nak cari sebenarnya.
Kan dah cakap, mesti wife aku nak cari bathtub. Yeay...memang ada, so boleh dikatakan bilik yang dapat ni memang lengkap semualah. Aku ada check harga dengan minah dekat kaunter tadi, harga deluxe untuk semalam termasuk breakfast and dinner lebih kurang RM350. Kalau tak ambik dinner, harga dalam lingkungan RM250 gitu sebab dinner untuk 1 pax lebih kurang RM50++. Kalau nak book murah sikit, mungkin boleh guna promo website macam Booking or Agoda. So sementara menunggu dinner, kitorang settle kan hal-hal berbangkit dulu ler mandi dengan solat semua. Lebih kurang kul7.30, kitorang pun turun ke Cafe Mahkota untuk buffet dinner.
Buffet Dinner at Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka
Masa sampai dekat
Cafe Mahkota yang terletak dekat lobby hotel, ingatkan kitorang yang terawal, ada lagi yang lagi awal rupanya. So nampaklah meriah sikit, taklah perasan sangat dengan muka aku nanti kalau asyik dok ulang alik ambik makanan jer, heheh... Lepas serahkun kupon dinner, kitorang dibawa ke meja, sebelum duduk, staff yang bawak tadi tarik kerusi dulu untuk aku and wife aku duduk. Amboi, lain pulak rasa bila orang layan baik-baik camni. Ingatkan kitorang dapat layanan istimewa, bila tengok orang lain pun dibuat camtu jugak, aiseh~...apa dah, baru nak berangan. So, sebelum ambik makanan, aku pusing-pusing dulu tengok menu apa yang disediakan. Memang banyak sangat menu, sampai aku nak makan pun taktau nak ambik yang mana.
Lepas 4,5 kali dok pusing-pusing, akhirnya aku decide nak makan nasi. Hm...nasi jugak yang jadi pilihan hati, padahal banyak lagi menu lain. Biasalah orang melayu sejati, kenalah makan nasi. Tapi aku tak mau makan ayam or daging, nak cari lauk pauk yang lain daripada yang lain, kalau dekat luar tu, memang aku tak kan order lah lauk-lauk cam gini. So, untuk first round, inilah menu aku pilih.
nasi beserta kari kepala ikan, lobster, kepah berempah and fillet ikan apatah
aku taktau apa nama seafood ni, tapi kerang bersos merah dibelakang memang sangat sedap
ikan pari bakar and otak-otak
Inilah menu kitorang and semuanya sedap-sedap. Kalau sesaper nak berdinner di sini memang disyorkan sesangat. Lepas merasa menu first round ni, untuk second round aku dah tau apa lauk pauk yang patut aku ambik. Jeng...jeng...jeng...
Wife aku ambik kuey teow tomyam
Aku ambik bihun goreng seafood, lobster lagi and kerang bersos merah yang sedap ni lagi..
Kalau nak diikutkan, lobster yang paling banyak aku ambik, heheh...lauk sedap kan, kenalah ambik berulang kali. Lobster ni nampak jer besar, tapi isi ciput jer. Dah habis makan menu-menu utama, time untuk desert pulak.
buah-buahan tempatan beserta kek coklat
ABC Special - sendiri bikin nih, hehe....
Ada lebih kurang 10 jenis bahan sampingan untuk letak dalam ABC ni, tapi pilihan aku 2 jenis jer, jagung and kacang kaler itam tu. Masa bawak ke meja, tetiba wife aku cakap dekat area buah-buahan ada ais krim, kalau taruk ais krim lagi mengamcam rasa ABC ni. Apa lagi, terus aku bangun pergi taruk ais krim, perhh...nikmat betul, memang sedap! Even awal jugak kitorang datang untuk dinner, kul10.30 camtu baru kitorang keluar dari cafe. Kalau makan jer memang kejap, tapi bila tambah part menyembang, gosip sikit-sikit, lamalah jadinyer. Macam aku cakap before ni, aku datang untuk trip Melaka ni memang tak ada itinerary. Lepas makan, kitorang lepak jer dekat area lobby hotel.
Dok melepak layan perut yang kenyang ni pun boring jugak. So aku pun tanya dengan receptionist hotel, apa yang best dekat bandar Melaka lewat-lewat malam cam gini. Minah tu pun bagi cadangan, dekat area Jalan Pahlawan ada night market, pukul2 pagi baru tutup. Ok jugak cadangan tu, so kitorang pun keluar menuju ke tempat ni. Dekat jer, nak jalan kaki pun boleh, tapi risau pasal keselamatan sebab nak kena cross jalan bagai, lagipun dah lewat malam, so aku decide better drive jer ke situ.
Night Market at Jalan Pahlawan
Tak sampai 5 minit drive, dah sampai night market dekat Jalan Pahlawan ni. Sebenarnya aku tak suka ambik gambar waktu malam, payah sebab nak kena setting lain dekat camera. Flash pulak takda and aku memang tak suka guna built-in flash. So pilihan yang aku ada terpaksa guna shutter speed yang slow giler and iso tinggi. Bila pakai slow shutter speed, aku terpaksa berdiri macam patung, tangan keras pegang camera, baru boleh snap. Dats why gambar waktu malam aku banyak yang tak sharp and blur. Senang citer buruk lah...
Ni la suasana night market dekat Jalan Pahlawan, ada jual t-shirt, souviner, makanan, macam-macam lagi lah. Besar jugak kawasan night market ni, even dah kenyang dinner tadi, tengok orang jual makanan dekat sini, boleh beli pulak. Aku beli apam balik yang kecik rangup tu, saja sambil-sambil jalan sambil mengunyah. Sebelum balik, adalah angkut 2 helai t-shirt and 1 suar pendek. Sebab aku datang sini terlupa bawak suar pendek untuk mandi kolam, so terpaksalah beli dekat sini.
So far, untuk hari pertama memang best sangat rasa. Perasaan tu lain sebab first time dapat pengalaman sponsor trip cam gini. Seronok pun ada, risau pun ada masa awal-awal sampai petang tadi, macam-macam. Now yang risau tu dah hilang, tinggal seronok jer. Yelah, bilik pun ok, makan pun ok, apa lagi kan, bersyukur jelah. Kak Piah dari kampung 3,4 kali jugak tepon tanya keadaan macam mana, puas jugaklah aku nak explain cakap semua ok. So, lepas sampai bilik, tidor and prepare untuk aktiviti hari kedua. Seriously, aktiviti hari kedua paling best, nanti aku story-story dalam next entry hokey :)
Roger and out.