Friday, 18 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (A Famosa & St. John)

Cuba jawab soalan ni, "menurut Taburan Kebarangkalian, sekiranya ditakdirkan lembu menjadi kambing, gajah menjadi kambing dan burung juga menjadi kambing, maka kambing pulak menjadi apa? " haa...macam mana, boleh jawab tak? heheh...gurau senda malam minggu, camni lah jadinyer...

Ok, berbalik kepada kisah aku ke Melaka untuk hari kedua, memandangkan aku kena berkumpul dekat lobby hotel sekitar jam 8.30 pagi, maka kitorang turun untuk breakfast seawal 7.30 pagi gitu. Menurut travel agent yang menguruskan percutian aku ni, aktiviti Melaka Tour and River Cruise adalah pada hari kedua, so kitorang dinasihatkan menunggu di lobby hotel pada pukul 8.30 pagi. Macam dinner semalamnya jugak, breakfast adalah di tempat yang sama, cuma menu nyer yang lain. Sebelum duduk, tercari-cari jugak aku, satu-satu menu aku tengok, manatau kot-kot depa taruk lobster lagi. Lepas puas menelaah, memang takda, banyak-banyak menu yang ada, semua berkaitan ayam dan daging jer.

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka


Sebelum duduk, aku pun ambik secawan teh tarik and suruh wife aku dulu yang ambik breakfast. Nasib baik orang tak ramai, kalau ramai, memang awal-awal lagi lah aku terjah ambik breakfast. Tak sampai 5 minit camtu, wife aku bawak breakfast yang jadi idaman hati dia. Terkejut aku, ni jer yang dia makan, langsung tak nampak ciri-ciri wanita melayu terakhir. Bila aku tanya, apsal tak ambik yang boombastic sikit, wife aku jawab taktau nak makan apa, lagipun perut rasa tak selesa. Patut ler, kalau tak, makan mengalahkan aku.

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
menu wife aku, bubur nasi + pau sebiji + sosej daging

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
menu aku, breakfast kan, apa lagi, nasi lemak lah...

Ini baru menu lelaki melayu terakhir, nasi lemak + ayam 2 ketul + telur ayam sebiji. Aktiviti penuh satu hari, kena breakfast berat, baru semangat nanti. Kata orang tua-tua, "bersarapan ibarat raja, makan tengahari ibarat putera raja, dan makan malam ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang." Barulah badan nampak ketak-ketak macam Aaron Aziz, heheh... Selesai makan, kitorang lepak di lobby menunggu travel agent untuk aktiviti Melaka Tour. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tengok jam dah dekat 8.50 pagi dah, takda saper-saper pun yang datang jemput kitorang. Tertanya-tanya pulak aku, betul ke ada aktiviti Melaka Tour ni, timbul pulak perasaan was-was. Aku agak, kalau lebih dari pukul 9 and takda saper-saper datang jemput, memang aku buat aktiviti sendiri jer nanti.

Tetiba ada seorang lelaki melayu, tinggi, bagi salam and tanya adakah aku Mr. Orga? Aku pun jawab akulah orangnya and dia memperkenalkan diri dia adalah Mr. Sam, orang yang akan guide untuk Melaka Tour rini. Dia mengarahkan kitorang memfollow dia, bila keluar dari pintu hotel, aku tercari-cari jugak van or minibus, takdalah pulak. Selalu, kalau tour-tour cam gini orang naik van or minibus kan. Aku tengok Mr. Sam berdiri dekat sebuah kereta sambil buka pintu belakang sebelah kanan menjemput wife aku masuk, kemudian dia buka pintu sebelah kiri and, "Mr. Orga, jemput masuk". Sebelum masuk, sempat aku tanya dengan Mr. Sam, untuk Melaka Tour ni, kitorang berdua je ker? And jawapan yang Mr. Sam bagi, "ya...ini adalah Private Melaka Tour untuk Mr. Orga dan isteri". Aku pun apa lagi, hidung kembang kemut tali kecapi ler, fuyoo...tak sangka dapat Private Melaka Tour, naik HYUNDAI SONATA pulak tu, perhh...memang terbaik :)

Melaka Tour

Terus-terang aku cakap, mula-mula memang aku rasa tak selesa. Tak pernah lagi rasa cam gini, naik kereta besar, duduk belakang, ada driver pulak, aiseh~...rasa macam citer dalam tibi jer, ala-ala orang kaya gitu. Tapi perasaan tak selesa tu tak lama, sebab Mr. Sam seorang yang kecoh, asyik bercakap jer dalam kereta, citer pasal sejarah Melaka, itu and ini... Before tu, dia ada explain itinerary untuk harini. So, tempat pertama kitorang dibawa adalah...mana lagi, A Famosa!

A Famosa


Sebelum sampai ke A Famosa, Mr. Sam terlebih dulu explain pasal sejarah and salah silah tempat ni. Kalau nak diikutkan, tempat ni dah baper kali aku datang, rombongan sekolah, jalan dengan kengkawan...Tempat glamor kan, mestilah kena pergi. Sebagai permulaan tahun 2013, ok jugak singgah sini. Masa sampai, takda orang lain selain kitorang, mungkin masih awal pagi kot, lagipun hujung minggu kan. Mr. Sam cakap, takda masa yang diberikan, suka hati kitorang nak stay lama mana, tapi janganlah lama sangat, sebab nak ke tempat lain lagi. Kitorang pun pusing-pusing and ambik gambar.

A Famosa
kuat jugak kubu ni bertahan yer, dari tahun 1511 lagi...

A Famosa
A Famosa
Inilah nama pembuat kota A Famosa, iaitu Alfonso D'Alboquerque.

Kalau time sekolah dulu, nama ni glamor dengan kitorang Alfonso D'Albukakker, hehe... Payah betul nak sebut kan, tapi tu dulu, zaman jahiliah, kerja sekolah malas buat, main jer lebih, camne nak pandai.

A Famosa
A Famosa
berbakti kepada masyarakat :)


Lepakking dekat sini adalah kot dalam setengah jam. Pastu kitorang jalan balik menuju ke kereta, masa nak sampai, sekali lagi Mr. Sam ulang perangai lama dia, buka pintu untuk kitorang, hehe...sonok pulak rasa. Mula-mula tadi rasa segan, now rasa seronok, ni kalau kak Piah dengan abg Mat tau, mesti gelak besar punya lah. Aku simpan dulu cerita ni, malam nanti baru plan nak cerita dekat depa. Menurut Mr. Sam, next itinerary adalah melawat Kubu St. John.

Kubu St. John


Macam biasa, sebelum sampai, Mr. Sam akan terlebih dulu cerita pasal sejarah Kubu St. John ni. Katanya, kubu ni dibina bagi mempertahankan serangan dari arah darat, and kenapa kedudukan kubu ni di atas bukit adalah disebabkan untuk melihat musuh yang datang dari arah laut. Disebabkan itu, semua meriam menghala ke arah daratan and kawasan pemerhati menghadap selat Melaka.

Kubu St. John
Kubu St. John
Kubu St. John

Nampak tak, meriam semua menghala ke arah kaki bukit. Timbul persoalan di sini, kenapa meriam-meriam ni berwarna hitam and roda tu warna merah? Setelah aku berfikir masak-masak, hypothesis yang aku boleh buat, semua itu gaya semata-mata. Bayangkan kalau meriam tu warna biru and roda tu warna hijau, hm...macam pelik pulak kan. Tak pun meriam tu warna merah jambu, roda warna kuning, lagilah tak kena langsung... Masa kitorang dekat sini, sama jugak, orang memang takda, so apa lagi, terus kitorang buat gaya tanduk. Even aku perasan ada camera yang diletakkan disitu, mungkin untuk mengawasi, kitorang buat tak kisah jer. Bak kata Nora Danish, yang penting kita happy (sambil angkat tangan).

Kubu St. John
Kubu St. John

Ini adalah pemandangan yang menghadap selat Melaka. Sekiranya tiada pembangunan disitu, mungkin boleh tengok laut. Info dari Mr. Sam jugak, sini selalu orang datang waktu petang untuk gambar sunset dan dia mengesyorkan untuk suruh aku datang petang nanti. Aku bukan tak nak datang petang nanti, tapi kitorang ada aktiviti lain sebenarnya.

Layanan yang kitorang terima dari Mr. Sam so far sangatlah baik and dia betul-betul berdisiplin dalam hal ni. Setiap kali nak masuk ke dalam kereta, mesti dia bukakan pintu. Pastu senyum jer memanjang setiap kali bercakap dengan kitorang. Hokey, sampai disini dulu cerita percutian kitorang bersama Mr. Sam, akan disambung dalam next entry.

Roger and out.

26 comments:

  1. wah bestnya TUAN BESAR!!!!
    baru VOGUe ghini Bro
    MRSAM driver yang didikasi ni
    AShuntek siut Photo Melaka ni
    good Info.Lepas ni mesti ada entry Jonker walk lak kan. Best aaa ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...jadi, sila panggil aku tuan besar dila!!pergi buat air cepat!!

      entry jonker walk lambat lagi, tapi berkemungkinan takde kot, aku tukar dengan jonker street :)

      Delete
  2. Perhh..... ada driver lagi.... kelass kau, kalau gi sendiri kat Melaka ni takat bandar hilir jonker walk pastu kelebang jer, tapi kalau dah ada tourist guide mesti banyak tempat yang dia org bawakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun shidah, kalau pegi sendiri, memang takkan pergi le tempat-tempat bersejarah cam gini...ada orang bawakkan baru pegi, heheh...

      Delete
  3. Nk coba jawab soklan tue klau smua jd kambing, kambing jadi hairan kenapa smua nk jd mcm aku hahaha btul x btul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul jugak kan, mesti kambing hairan, apsal semua jadi macam dia, hehe...tapi soalan ni, ekkk...salah!sila cuba lagi :)

      Delete
    2. aku pun nak jawab gak... tadi terlupa laa... KAMBING JADI BANYAK laa... sebab semua pun nak jadi kambing

      Delete
    3. yee...terernya shidah! tahniah, hehe...so aku isytiharkan harini and esok cuti :)

      nanti nak bagi yang lagi susah lah, err...

      Delete
  4. perghh kereta pn hebat ..haha..untunglah dpt percutian ni rezeki 2013 kan..lma dh xp melaka..pdhal 2 jam ja smpai..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tu hairy, kalau bukan sebab kena pi, memang tah bila pulak nak sampai melaka..

      Delete
  5. syok gilos ada private tour cenggitu...nak jugak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jugak aza? heheh...sila sebut nama en.sam 44 kali, mesti dia datang jemput nanti :)

      Delete
    2. hahaha..bernas sungguh idea ko tu..

      Delete
    3. ahaha...biasalah aza, gurau senda tengah malam, hehe...

      Delete
  6. Buat part time sapu sampah ke? ehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah dekda, sekali sekala berkhidmat untuk masyarakat apa salahnya...

      Delete
  7. ko g melaka siap ada driver? coollllll~!!! by the by, kambing jadi kambing laaaaaa.... kambing pun ada masalah tau kalo semua jadi kambing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan zette, bukan kita jer...kambing pun ada masalah jugak. so, everybody, please listen and listen to dem!

      Delete
  8. ehhhh motiff sgat ade private tour bagai... ini yang jeles ni hahahaha.. *mcm mane dapat holiday cenggini??

    *Nasi lemak ayam 2 ketoi... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana dapat? heheh...join ler banyak-banyak contest, kalau menang dapat adiah, saguhati pun dah cukup...ayam kecik, kena ambik dua ketoi baru cukup, seketoi jer tak puas makan, hehe...

      Delete
  9. haisshh..best giler..
    dah la free..dapat naik sonata..pastu ada drebar plak tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pengalaman baru norh, memang best sangat :)

      Delete
  10. Untung gile! What an experience!

    ReplyDelete
  11. untung tu. jadi vvip. siap ada driver lagi.
    makanan lak sedap2. pengalaman yg best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...vvip la sangat nik, ala...rezeki awal tahun baru. kurang-kurang, semangat sikit nak tempoh 365 hari untuk 2013 nih :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...