Tuesday, 1 January 2013

Ole-Ole dari Langkawi

Salam semua! Untuk aktiviti hari pertama tahun 2013, harini aku habiskan masa dengan melepak di rumah jer, malas nak pergi mana-mana, kalau rajin, maybe petang nanti keluar pergi jogging. Macam aku cakap tadi, tu pun kalau rajin...kalau malas, tidor petang pun okay jugak, dah lama tak buat aktiviti cam gini, heheh...So, ini first entry untuk tahun 2013, terbaik dari ladang, cewah! Semalam, ada member aku baru balik dari Langkawi, disebabkan aku ni adalah sahabat sejati, maka aku ditugaskan untuk menjemput diorang dekat LCCT. Syok sungguh depa pi bercuti, masa on the way balik dari LCCT, aku and wife aku diam jer, diorang yang sembang tak berhenti-henti sampai kami tak sempat nak menyampuk langsung. Jelas lagi ternyata yang percutian depa ke Langkawi memang sungguh happy and enjoy. Aku pun tumpang happy jugak untuk diorang, yang bestnya...mereka bawa balik ole-ole untuk aku and wife aku. Terharunya sungguh rasa, ingatkan sikit jer, banyak pulak tu. Bak kata pujangga, "a friend is someone who will bail you out of jail, but a best friend is the one sitting next to you saying, 'that's was fun buddy'...".

banyak kan...

Bila aku tanya, apsal banyak sangat diorang bagi ole-ole nih, jawapan dari diorang lagi membuatkan aku terharu, katanya, sekali sekala belanja kawan baik apa salahnya. Berdrama pulak aku ni kan :) Okay, aku dapat t-shirt Langkawi 2 helai, of cause lah satu untuk aku, lagi satu untuk wife aku, pastu Kinder Bueno 3 kotaks (ada 24 packs semua) and last sekali Hershey's Kisses ni 3 packs.

2 helai t-shirt, 1 kaler biru, lagi satu kaler putih


Nak dijadikan cerita, masa diorang dekat Langkawi, ada call aku tanya samada aku nak pesan apa-apa. So, aku jawab, aku nak pesan Kinder Bueno jer sekotak and coklat Hershey's satu pack, yang lain-lain tak nak, Cadbury ker or paper jelah. 2 mende ni aku pesan, sebab, memang murah giler Kinder Bueno dekat Langkawi compare harga dekat sini, and yang penting sedap! Masa diorang call pun, niat aku nak bayar balik nanti. Tak sangka pulak sampai 3 kotak diorang bungkus buat ole-ole untuk aku. Syukur, rezeki awal tahun :)


Tiap kali pergi Langkawi, coklat Hershey's memang tak pernah lupa. Sedap woo! Nikmat makan coklat, bila cair dalam mulut tu, pastu ada almond pulak, fuh~...lepas satu, satu aku ambik. Apa yang tak bestnya lepas makan coklat cam gini, kena cepat-cepat gosok gigi. Bukan setakat bangun pagi jer kena gosok gigi, lepas makan mende-mende yang cam gini pun patut dipraktikkan selalu. Barulah gigi tu cantik dan berseri, senyuman pun lebih menawan, tak gitu...

Okay, sampai sini jer citer pasal Ole-Ole dari Langkawi, oleh sahabat untuk sahabat. Dengar diorang citer pasal Langkawi, best pulak rasa. Baru hari pertama tahun 2013, ada lagi 364 hari lagi untuk sampai hujung tahun, bolehlah kot selit kat mana-mana untuk terjah Langkawi pulok, heheh...

Roger & out.

33 comments:

  1. kalau aku ke Langkawi mesti borong daim, kinder bueno ngan hougat... aku kalau dapat makan nougat tak hingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko penggemar coklat jugak ker shidah, heheh...mesti ko selalu pergi langkawi kan...

      Delete
  2. ya ampun jeles sungguh menengok coklat tu sume
    kalau plan nk ke langkawi pun sebab nak borong coklatla yang paling utama.hehe
    hersey bar yang berkacang pun best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun muis, tak sah kalau tak borong coklat. yang lain-lain pun okay jer, tapi lebih minat dengan kinder bueno lagi...

      Delete
  3. selamat tahun baru utk orga n wife :) tahun ni travel ke mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak untuk wa and family...tahun ni? hm...masih lagi dalam perancangan, tapi ada la few tic yang dah grab tahun lepas. harap-harap jadi ler :)

      Delete
  4. Ada beratus2 hari lagi tu, banyak tempat boleh pergi. Untungla Orga sbb masih berdua je, senang nak bergerak...

    Aku dah ada tiket ke LGK tapi bulan puasa nanti... ahak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjalan bulan puasa tak penat ke mie? kalau fikir balik ok jugak kan, boleh merasa berbuka dengan suasan lain..

      Delete
  5. mak ai baiknye sahabat. ce ko bg aku sket. sket je sbb aku tak suke cekelat. huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi beb hang tak suka cekelat...sedap woo! kajian kata, boleh meransang minda...cewah :)

      Delete
  6. itu lah tak rugi jadi sahabat baik. bak kata org muda2 ' org berbudi kita berbahasa, tak rugi kita merasa' amin. Cam tulah kan Orga kan
    Lama betik aku tak masuk Umah ang ni. Maafkanlah aku ye. Atas ke tidak kesempatan aku ini. BLOG ang memang best. Sangat Best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul pun dila, dah orang baik dengan kita, kenalah buat perkara yang sama jugak, hehe...

      ala takper dila, aku tau hang bizi memanjang, maklumlah orang berpangkat besar katakan, heheh...tapi, bila free-free tu, singgah-singgah lah teratak aku nih :)

      Delete
  7. klo pegi langkawi cekelat yg kat atas ni wajib beli..murah sgt2! haha...rezeki tahun 2013 hadiah drii kwn..hehe...next time da msa blh pegi lagipun klo naik bas pn leh smpai >_< ..selamat tahun baru 2013 bro n wife smga 2013 nii lebih bermkna buat kalian ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun hairy, dengan bas pun boleh sampai, lagi jimat kan...tahun ni kalau jadi, plan nak pergi ramai-ramai. mak abah aku pun bukan buat apa pun kat kampung, asyik dok tengok tibi jer, baik bawak jejalan, heheh...

      nway, thanks wish tahun baru, sama jugak untuk ko...

      Delete
  8. Wahhhh... untunglah ada kawan begitu murah hati nak bagi ole-ole yang banyak.. siap bagi tshirt selai sorang pulk tu.

    Kalau saya gi langkawi, harus borong jugak cakelat tu.. tapi bagi orang je la kot.
    Saya bukan penggemar cakelat(tunang je hantu coklat.. isk isk isk) :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh~ dekda, rugi tau tak makan cekelat. kata orang tua-tua, makan cekelat banyak-banyak boleh buat kulit nampak muda, putih berseri lagi. nanti dekdaa nak kahwin mesti macam diva, hehe...

      Delete
    2. Haha dolu2 memeyyy hantu coklat.. Tp tak tau nape tiba2 dah tak bernafsu kat coklat keke.

      Amboiiih putih berseri?
      Takpe la.. Nanti lumur korok je kasi putih hahahaha.

      Delete
    3. tak boleh dekda, kalau korok, putih luar jer, dalam mesti itam legam lagi, hehe..kena coklat jugak, luar dalam semua putih berseri nanti :)

      Delete
  9. wahh bertuahnya kawan ada kawan bagi ole2..pastu kawan plak bukak entry pasal kawan bwk balik ole2..sure kawan kawan rasa dihargai dan kawanpun sendiri rasa dihargai..eh..berapa byk kawan daa..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah zila, kalau kawan nak menghargai kawan, memang kawan kepada kawan patut buat macam tu untuk kawan-kawan dia, kan...baru kawan kepada kawan tu rasa dihargai...ishh~, aku pun dah berjangkit dengan ko pulak, yenadey!

      Delete
  10. Best ada kawan yang ingat kat kita tak kira susah atau senang. Selamat tahun baru orga. Tahun ni nak melancong ke mana pulak tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru jugak rozita! tahun ni? hmm...masih lagi dalam perancangan, kena tengok bajet dulu, heheh...kalau ada rezeki lebih, nak jalan jauh sikit, hehe...

      Delete
  11. untung la ada kawan yang baik mcm ni. byk lak tu dapat. yang best coklat2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia baik dari segi ni jer nik, bab lain dia paling jahat, hehe...

      Delete
  12. Banyak gile kot Kinder Bueno dia kasik! Sampai 3 packs! Not to forget Hershey Kisses! Untungla ada kawan baik mcm tue. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ke zara?tak sampai seminggu pun, 1 kotak dah habis dah pun..hershey pulak tinggal baper jibik jer dalam pack tu,aiseh~...

      Delete
  13. wah bestnyer. nak jugak !

    ReplyDelete
  14. suka pesan kinder bueno gak..murah kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay...jumap jugak orang yang ada taste yang sama :)

      Delete
  15. ehemmm teliuq aihh tgk kisses...tak sabaq nk balik langkawi CNY ni nk borong cekelat..lebih suka cekelat ritter sport..cuba lah try..ada ummphhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ritter sport pun sedap jugak, rasa-rasa macam kawan ada beli jugak ritu...tapi, lebih berkenan dengan kinder bueno, hehe...

      Delete
  16. memang pi langkawi seronok beli coklat esp whittakers almond

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...