Sementara masih lagi segar di ingatan, bahek aku buat entry cepat-cepat. Kejadian ni berlaku masa aku hampir-hampir tidor petang, sempena cuti raya Cina ritu, aku pun taktau nak buat apa, dengan panasnyer, so buat taik mata jelah. Untuk pengetahuan, di kawasan utara masa ni tengah musim kemarau. Memang panaslah, kipas angin set dekat nombor 5 pun masih tak termampu untuk bagi sejuk. Kalau set ke nombor 10 kang terbang pulak umah mak aku nih, hehe... Tengah landing baik punyer, baru tepuk bantal tiga empat kali, konon-kononnya nak tidor lah, tetiba wife aku terjaga lalu menyuarakan isi hati dia, "
jom pergi Kuala Perlis pekena laksa". Aku pun , "
hah...sekarang ker?"...fikir jugak dalam hati (
tadi aku tepuk bantal tu kuat sangat ker sampai boleh terjaga nih), lepas mengeliat 4,5 kali, aku pun menyetujui idea yang amat bernas dari wife aku tu.
Plan asalnya nak pergi pekena
Laksa Kak Su (
aku pernah buat entry pasal Laksa Kak Su, boleh KLIK sini untuk mengulangkaji), tapi last-last minit tukar plan. Tak nak pergi pekan
Kuala Perlis, tapi nak pergi pekena laksa dekat gerai-gerai sekitar tepi pantai dekat
Kuala Perlis. Alang-alang dah petang camni, boleh layan sunset sekali, cewah... Kalau ikut signboard, tempat aku pergi ni dipanggil,
Dataran Persisir Pantai Kuala Perlis. Disebabkan masa aku sampai ni hujung minggu, ditambah pulak public holiday, memang agak sesak sikit kawasan sini. Kawasan sini tak besar sangat, so nampak jer ada space untuk parking keta, terus masuk. Ambik hang, depan-depan kedai aku parking, orang kat sini pun dah biasa, tu pasal diorang buat tak reti jer. Tengok matahari, masih lagi tinggi, so kitorang pun cari port untuk makan laksa and lepak-lepak.
kedudukan matahari yang masih lagi tinggi.
"di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri...suasana~ sepi..."
malunya, mesti korang kutuk suara aku kan...
Ini lah yang aku maksudkan tadi, nampak jer space untuk parking, terus masuk.
Ini lah kedai yang kitorang lepak-lepak, disyorkan sangat kedai ni :)
cucur udang
laksa
Pasembor
Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, wife aku ambik laksa, aku ambik pasembor and tambahan cucur udang. Cucur udang tu kurang sikit rasa kuah dia, masa nak order, aku ada tanya samada kuah sos or kacang. Mamat yang ambik order tu cakap kuah kacang, so dengan yakinnya aku pun order. Bila sampai, dari mata kasar aku, nampak macam kuah kacang + sos jer. Aku agak maybe sebab dah petang, mende nak habis kan, tu pasal diorang wat cam gini. So bila makan tu feel tak sampai, heheh... Laksa pulak bagi aku sedap lah, recommended untuk peminat laksa yang datang ke Kuala Perlis. Tapi, rasa-rasa aku, menu yang paling istimewa, ni haa...PASEMBOR! Memang terbaiklah, sedap sampai menjilat kaki tuh. Aku ingatkan kuah kacang, tapi bukan, tak sure kuah apatah diorang letak. Yang aku tau sedap.
Apa yang ada dekat Pasembor ni? Ada mee, daging yang dihiris nipis-nipis, telur sebelah, udang 4,5 ketul, sengkuang, timun, pastu mende macam keropok yang selalu diguna pakai dalam Pasembor (orang selatan panggil rojak). Banyak pun banyak! Memang recommended sangat-sangat kalau sesaper singgah makan sini. Masa bayar, aku tak tanya harga lain, tanya harga pasembor ni jer. Bagi aku murah jugaklah, harga Pasembor ni just RM4 sahaja. Selesai makan, tengok matahari dah makin menurun, aku pun berjalan menuju ke tepi pantai.
Aku tak sure sangat apa nama binatang ni, jadi perhatian aku bila nampak dia berjalan. Dengan kaki dia color biru, pastu slow motion jer.
kulit kerang
Lupa pulak, harini adalah Rabu, ramai aku tengok blogger post pasal Wordless Wednesday. Maksudnya tepek gambar jer, tapi aku...aku...dah tak ikut rules ni. Bukan apa, alang-alang dah tulis, takkan nak padam pulak kan, so aku pun post jugaklah. Takper, lain kali aku akan cuba ikut rules ni, huhu... Cepat-cepat, matahari dah nak terbenam, so layan jelah gambar-gambar sunset aku ni yer :)
ni lah gambar sunset terbaik aku dapat, huhu~...terharu!
Awan agak tebal, patutnya nak tengok matahari terbenam dekat celah-celah bukit.
Gambar last sebelum matahari menyembunyikan diri di sebalik awan
matahari dah takda, tapi puas hati even kena menunggu lama sampai matahari terbenam. view memang sangat-sangat cantik.
burung bersama-sama dengan member-membernya
Dah lewat dah pun, tengok jam dah 7.30 malam dah, burung pun tau balik ke rumah diorang, apatah lagi aku insan yang biasa ni, kenalah balik jugak. Dekat jalan pun kereta dah makin kurang, kedai-kedai pun dah start tutup, patutlah...rasa-rasa kitorang pelanggan yang last kot tadi. So, kitorang pun berjalan menuju ke kereta and membawa diri balik ke rumah jugak. Ada hikmah kenapa aku tak dapat tidor petang, kalau tak, mesti aku terlepas untuk melihat keindahan matahari menurunkan dirinya di ufuk barat.
"hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang...
itulah lukisan alam..."
Roger & out.