Restaurant Melayu Melaka
Even dah tengahari, masa kitorang sampai, tak la ramai sangat pelanggan, Lunch kitorang dekat sini jenis buffet, hm~...buffet lagi, wife aku dah jeling tajam, siap bagi warning lagi jangan makan banyak, maklumlah jaga badan. Aku tak sure kenapa tak ramai pelanggan, menurut Mr. Sam, restoran ni baru je buka, mungkinlah kot...disebabkan baru buka, maybe ramai yang tak tahu kewujudan restoran ni. Tak kisahlah, yang penting boleh makan dahla :)
Banyak jugak pilihan lauk dengan sayur, sampai aku pun pening nak makan lauk apa. Berpusing-pusing aku dekat area lauk tu, cari feel, heheh...Harga aku tak sure berapa per pax untuk makan dekat sini, Mr. Sam pulak tak join. Masa aku tanya samada dia join makan sekali ker, Mr. Sam jawab tak sebab dah booking aku and wife aku jer. Segan pun ado sebenarnya, huhu~... Tetapi, bila aku sentuh jer pinggan nak ambik nasi, rasa segan aku tu terus hilang, pelik kan...
Makan dekat teratak, baru feel ala-ala kampung gitu...
Gambar atas lauk yang wife aku ambik, bawah lauk yang aku ambik. hehe...kenyang nasi lemak pagi tadi masih terasa, so terpaksa makan simple-simple jer. Aku ratah lauk je lebih, nasi tu pun tak habis makan. Lepas makan yang berat-berat, sebagai pencuci mulut, macam-macam jenis buah ada, ice cream, and kek. Aku tak mampu makan yang lain-lain, just ambik buah betik jer, wife aku dua tiga kali angkut kek, ceh~...kata diet! Air pulak ada softdrink and hot macam teh and kopi. Oklah, memang sedap jugak. Betul cakap Mr. Sam, makanan dekat Restaurant Melayu Melaka ni memang sedap, tapi sayang tak ramai pelanggan. Kalau ramai, meriah sikit... Aku tak sure apa itinerary kitorang lepas ni, terlupa tanya dengan Mr. Sam. Adalah kot dekat 45 minit kitorang lepak sini, sedar-sedar bila Mr. Sam bagi salam and tanya samada kitorang dah sudah makan ke belum. Yes Mr. Sam, kami sangat ready untuk next aktiviti, let's go!!
Bangunan Stadthuys
Lepas berbincang apa yang patut dengan Mr. Sam, next aktiviti adalah melawat Bangunan Stadthuys dekat tengah-tengah bandar Melaka tu. Rasa-rasa aku, semua orang mesti tau tempat ni kan, dulu aku selalu lepak makan cendol dekat area depan bangunan Stadthuys ni, sekarang tidak lagi, sebab aku dah jumpa tempat yang lagi sedap, heheh...takper, simpan untuk next entry hokey :)
Apa maksud Stadthuys tu? Kalau mengikut kamus wiki, perkataan Stadthuys tu sendiri dalam bahasa Belanda, maksudnya "Dewan Perbandaran". Nak kenal dengan bangunan Stadthuys ni senang jer, semua bangunan dia kaler Merah, termasuklah dengan Menara Jam dekat depan bangunan ni.
See, semua kaler merah kan...
Menara Jam
Bukit St. Paul
Pendapat aku, Bukit St. Paul ni memang glamor dikalangan pengunjung, sebab on the way naik tu, ramai sangat orang aku tengok. Macam aku cakap, lepas perbincangan dengan Mr. Sam, kitorang nak pergi 2 tempat ni jer untuk lawatan terakhir trip ni, penat rasa, dari jauh aku dengar, katil dekat hotel dok panggil, balik la woii...tidor dulu, nanti sambung pulak... hehe, tak tahan dengan godaan tu, that's why kitorang decide untuk pergi 2 tempat ni jer.
Belum sampai lagi, baru separuh perjalanan, tinggi betul rasa untuk sampai ke atas.
Sampai jugak akhirnya, yeay... Pandangan aku, Bukit St. Paul ni agak meriah sikit berbanding dengan tempat lain, dengan gerai jual souvenir, makanan, lukisan, t-shirt, pastu ada pulak group budak-budak sekolah. Kalau ikut sejarah, Bukit St. Paul ni dahulunyer adalah gereja, and adik beradik dengan Kota A Famosa, sebab tu design bangunan and bahan binaan macam ni, lebih kurang jer.
Dekat dalam pulak banyak tomstones ni, and takda satu pun yang aku faham apa yang ditulis.
Ramai kan orang dekat sini, siap ada show free lagi. Tapi serius, suara pak cik tu macam Saleem, best jer dengar dia nyanyi. Kitorang lepak luar je lebih sebab panas-panas cam gini, seronok kena angin. Lagipun dekat dalam takda tempat duduk, kalau nak diikutkan dekat luar pun sama, tapi boleh jer duduk dekat area tepi-tepi tu. Lepas puas melayan perasaan semua, kitorang pun turun menuju ke kereta, cukup-cukup la tu, kalau tak puas hati, nanti boleh jer datang sendiri kan.
Tengok jam dah dekat pukul 4 petang, aku mintak Mr. Sam hantar balik hotel. Penat rasa, tapi best sebab ada orang bawa berjalan sana sini, siap ada makan tengahari lagi. Kalau datang sendiri ke Melaka ni, agak-agak aku tak pergi kot semua tempat-tempat ni, balik-balik mesti Jonker Street jer. Lepas salam cium tangan semua dengan Mr. Sam, cewah...dia pun balik. Taktau lah bila lagi aku akan dapat pengalaman macam gini, Private Trip Melaka. Harap-harap ada lagi rezeki untuk tahun ni pulak, hehe...
Masuk je bilik, lepas solat semua terus terlentang. Tapi tak lama mana pun tidur, adalah kot dalam 2 jam gitu, sedar-sedar dah pukul 6.30 petang, hehe... So, kitorang pun mandi and bersiap untuk aktiviti lewat petang bawa ke malam. Nanti aku story-story dalam next entry kay...
Roger & out.
Cantik gambarnya....amat berbeza dan banyak perubahan Melaka dulu dan kini.
ReplyDeletebanyak beza ke kak mah, heheh...tak perasan pulak saya, maklumlah bukan rakyat tempatan...
DeleteSalam Yeop
ReplyDeleteAter...deme tak de buat terjemahan ker batu bertulis tu bagi pelancong paham ape deme tulih.?
tu la akak, takda penterjemahan pun, just letak cam gitu jer. nak kita pengunjung cari satu-satu dekat internet payah lah, bukan semuanya ada info...
DeleteMemang pemalu... sopan santun je duduk masa makan tu... :)
ReplyDeleteeh...perasan ke mie, ala~...malunyer :)
Deletesaya suke gile bukit st.paul tu... trip dengan kawan2 dulu,pos macam tu macam ni, struktur banggunan die ohsemmmm... last2 tggal camera dkat public toilet *hampa
ReplyDeletekitorang pun ada jugak wat pos giler-giler, tapi biarlah menjadi tatapan pribadi jer, kalau tayang kang, lain pulak orang komen nanti, heheh...apalah, harga camera mahal tu dulu, bertuah sape yang jumpa tuh :)
DeleteMakanpun malu. Saya bab makan paling buruk sekali he he he.
ReplyDeletecontrol ayu jer tu prof, heheh...
Deleteahad lepas smpat juga singgah melaka mkn asam pedas tp xsmpat jalan2..haha...
ReplyDeletekitorang sempat jalan-jalan tapi tak sempat pekena asam pedas, terbalik pulak :)
DeleteSesekali dapat jalan2 makan angin macam ni mmg best.. Tapi yang tahan tu penat la.. Penat2 pun berbaloi la kan kalau puas hati round tempat2 menarik.. =)
ReplyDeletea'ah mieza, dah petang baru terasa penatnya. pagi-pagi tu syok lagi dok jalan, mungkin kenyang makan kot..
Deletewah bestnyer... tq share pic2 yg cantik ni ye
ReplyDeletehehe...memang sangat KA :)
Deletecoconut shake Kelebang tak masuk dalan itinerary ke Orga? hahaha kan glamour tu
ReplyDeletetak pun shidah, tak mampu dah, petang tu dah penat sangat sebab berjalan je dari pagi. takper, len kali aku pi, mesti aku singgah...
Deletegambar cantik. tgk gambar ni rindu lak nak pi melaka :)
ReplyDeleteok lah tu nik, sebelum ni langkawi, apakata lepas ni melaka pulak :)
Deletetak pernah sampai melaka takpe2 one fine day :)
ReplyDeletehah? buaq betui xila...melaka kena pergi tau, cendol and asam pedas dia memang meletop habis lah, hehe...
DeleteKalau refer kepada pic tu..restoran ni di tempah khas buat Orga dan Isteri nyer sahaja..eheeheh
ReplyDeletea'ah kan...baru perasan, ahaha...kelakar pulak rasa :)
DeleteAJ sangat suka ke Melaka......
ReplyDeleteWalaupun kampung Melaka...
Kalau nak jalan2 pun mesti pilih Melaka..... =D
Hehhehehe...
mana boleh macam ni AJ, kena lah pergi menelaah negeri lain...patut ler melaka jer berkembang :)
DeleteDekat restoran tu mmg byk pilihan makanan...sy slalu ke sini dulu....bila mlm slalu ada persembahan kebudayaan...penari dia semuanya kanak2...sambil kite mkn sambil kite dihiburkan....mmg seronok da santai
ReplyDeleteoklah tu, so restoran ni memang terkenal jugak lah. tapi terkejut jugak, masa makan tengahari tu, tak ramai. maybe malam lebih meriah kot...
Delete