Tuesday 2 April 2013

Fly to Seoul (Day 3) - Off to Sokcho

Barang-barang hasil rembatan dari Nandaemun aku simpan dekat guest house termasuk beg bini aku yang gedabak tu. Untuk ke Sokcho aku bawa beg galas jer, mudah sikit, lagipun satu malam jer dekat sana. Kenape aku nak ke Sokcho? ahaha...sebab utamanya adalah nak ke Mount Seorak, dan lagi satu sebabnya adalah nak cari snow di penghujung winter ni, konon-kononnya nak ber"autumn in my heart" pulak, jadi kena la gigih kan. Masa dekat Nami Island aku ada jumpa jugak snow, tapi ciput-ciput sangat. Kalau ikut plan asal, nak ke Yongpyeong Ski Resort, tapi risau takut tutup. So, lastly, final itinerary, aku terpaksa drop Yongpyeong Ski Resort, and gantikan dengan Sokcho. Untuk ke Sokcho, kitorang perlu naik bus di Dongseoul Bus Terminal yang terletak di Gangbyeon St. Jadi, dari Myeondong St. terus kitorang shoot ke Gangbyeon St, hanya sekali transit iaitu dekat Dongdaemun History & Culture Park. Sampai di Gangbyeon St., kena keluar ikut EXIT 4 untuk ke Dongseoul Bus Terminal. Lokasi Dongseoul Bus Terminal ni hanya bersebelahan jer dengan Gangbyeon St, suasana pulak lebih kurang macam Puduraya gitu, nama pun bus station kan.


Bangunan di depan sinun adalah Dongseoul Bus Terminal, tetiba masa aku sampai ni, ramai pulak aku tengok peserta PLKN. Kalau kata askar yang dah bertauliah, macam tak jer, sebab tengok muka macam budak-budak. Nak kata ensem, aku menang lagi, muahaha...sila jangan muntah :) Wokey~...pintu masuk ke bus terminal ni adalah di sebelah kiri.

di hadapan Dongseoul Bus Terminal

View Gangbyeon St. dari Dongseoul Bus Terminal


Masuk jer dalam bus terminal, meraba kejap nak beli tiket ke Sokcho sebabnya banyak sangat kaunter, tak tau nak pilih yang mana. Mata aku pun melilau cari Information Kaunter untuk tourist, tak jumpa jugak. Jadi, pilihan yang aku ada, tengok mana-mana individu yang agak educated sikit, baru aku tanya. Macam biasa, orang Korea sangat awesome, depa bukan setakat tunjuk, malah bawak aku pergi kaunter and beratur sekali dengan aku. Sebagai makluman, untuk beli tiket bus, kalau dari pintu masuk bus terminal ni, ambik kanan and pergi kaunter yang pertama/kedua. Minah Korea ni pun, puas aku pujuk and ucap terima kasih, sebabnya, boleh jer aku beli tiket sendiri bila dia dah tunjuk tu. Tapi tula, nak jugak dia beratur sekali sampai lah giliran kitorang untuk beli tiket, and dia sendiri yang cakap dengan penjual tiket tu. Maybe dia risau penjual tiket tu tak reti English kot, so susah nak berurusan dengan kitorang nanti.

tadaa~...inilah tiket bus kitorang...

Masa aku nak bayar tiket bus tu rasa macam pelik sikit, sebab dari maklumat aku buat, tiket dari Dongseoul ke Sokcho, sepatutnya adalah 16,100 Won seorang, tah macam mana, tiket aku jadi 17,300 Won seorang. Adakah harga tiket dah naik, aku pun tak sure. Tapi, tiket return yang aku beli di Sokcho untuk ke Dongseoul pun sama jugak harga, 17,300 Won. So, tak kisahlah labu, janji boleh sampai Sokcho sudah. Selepas mengucapkan terima kasih dengan minah Korea yang cun ni, dia pun blah. Kalau aku bawak ketupat, boleh bagi sebagai cenderahati kan, hehe...


Walaupun masih ada lagi setengah jam, kitorang terus gerak ke platform untuk menunggu bus. Bus kitorang ke Sokcho masa beli tadi adalah pukul 4 petang. Bukan apa, seperti yang sedia maklum, orang Korea sangat sharp, so termasuklah dengan driver bus ni jugak. Lambat sikit memang kena tinggal lah jawabnya. Dalam tiket, platform sepatutnya aku tunggu adalah platform 4 or 5, bila keluar tengok signboard yang kaler putih dekat atas tu, platform 4 & 5 memang khas untuk Sokcho. Bagi menconfirmkan lagi aku berada di platform yang betul, aku pun tanya petugas yang jaga platform 4 and 5 tu, dia pun jawab, suruh tunggu sikit masa lagi, nanti bus sampai sambil dia tunjuk dekat signboad platform 4. 


Kan dah cakap, 5 minit lagi pukul 4, bus dah sampai and petugas tu pun lambai tangan dia dekat aku suruh datang. Lepas letak bag dekat bahagian bawah bus, aku naik ke tempat duduk. Hm~...lebih kurang macam bus kita jugak. Sharp pukul 4, driver bus naik and suruh kitorang semua pakai seat-belt. Tengoklah gambar dekat atas, pukul 4.02 bus dah gerak masuk highway dah. fuh~...pantas dan tangkas betul depa buat kerja kan. Konon-kononnya nak menghayati panorama lah on the way ke Sokcho tu, maklumlah, perjalanan hampir 3 jam kan baru sampai, ceh~...masing-masing dok buat taik mata jer atas bus. 


Lebih kurang pukul 5 lebih, bus ni stop dekat R&R Wayang-Gang Land. Sampai sini, aku and wife aku turun pergi toilet, and pastu beli hot coffee dekat mesin. Bus ni stop pun tak lama, lebih kurang 20 minit jer, and sepanjang perjalanan dari Dongseoul ke Sokcho, hanya sekali jer dia stop. So, bila terasa nak membuang hajat, eloklah terus ditunaikan, simpan lama-lama, lain pulak jadi kan. 

Inilah bus kitorang, nampak macam bus konsortium tak, hehe...

 view R&R sebelah


On the way dari R&R tadi ke Sokcho, aku tak tidor dah, lagipun baru lepas minum coffee, mata terus jadi clear. Dari luar, aku dapat tengok kawasan perkampungan, sawah padi kot...and banyak ladang-ladang. Berbeza betul dengan keadaan di Seoul yang serba moden and canggih, sini macam kawasan hulu sikit. Tengok kedudukan matahari pun yang dah semakin menurun, dah nak senja dah rasa, aku harap, dapat peluang tengok sunsetlah. Sebab sini banyak bukit bukau and gunung ganang, kalau terlindung sikit, memang terlepas peluang aku untuk tengok first sunset di Korea ni, huhu... Pastu aku perasan, ada kawasan tasik yang masih lagi membeku, perasan kan dalam gambar dekat atas.


Bila tengok tasik membeku dekat bawah tu, waduh~ cantiknya...kalau ada peluang, nak jer berskating dekat situ sambil buka tangan luas-luas, seronok and bebas rasa. Bebas dari segala-galanya... "i believe i can fly, i believe i can touch the sky ~"... Tapi apakan daya, seal-belt masih lagi berada dekat pinggang aku, so, berangan dalam bus jelah. 


Walaupun tak dapat perfect sunset, tapi bagi aku, ni yang the best sunset aku ambik. Puas aku dok setting camera, maklumlah sebab bus tengah bergerak, lain citer kalau kedudukan statik. Masa ni jugaklah aku terpaksa buka seal-belt sebab terpaksa ubah kedudukan, nasib baik driver bus tak tau. Kalau tak, mungkin kena ceramah pasal safety issue maybe~...

yee...dah jumpa tol kedua, tak lama dah, kejap lagi sampai Sokcho...


Lebih kurang pukul 7 lebih, kitorang sampai di Sokcho Bus Terminal. Lepas mengeliat 4,5 kali, aku pun buka balik itinerary tengok map untuk ke guest house. Di Sokcho, aku menginap dekat The House Hostel. Dari info, guest house ni cuma berjarak 5 minit jalan kaki dari bus terminal. Keluar dari bus terminal, kitorang ambik kanan sebabnya arahan kena menuju ke arah laut.


So far, dekat sini aku tak nampak pun view bangunan tinggi-tinggi, and keadaan pun biasa-biasa sahaja, pendapat aku, more kepada pekan gitu. Yang beza dengan Seoul, di sini lebih sejuk, sebab kedudukan di tepi laut, sekali angin datang, fuh~...terketar-ketar badan even dah pakai jacket tebal.


Ni simple map aku buat dari Sokcho Bus Terminal ke The House Hostel, ikut yang kaler purple tu. Dalam info, cakap 5 minit jalan kaki, tapi kitorang ambik masa dalam 15 minit jugaklah, sebab berhenti tengok arah bagai. Tapi, memang dekat sangat guest house ni dengan bus terminal.


Keadaan pun dah makin malam, sampai dekat mart GS25, ada signboard menuju ke guest house. Actually, bila dah berjalan sampai nampak laut, lepas turn ke arah kanan, jalan depan sikit dah boleh nampak signboard guest house dari jauh. Fuh~...sambil lap dahi, berjaya jugak kitorang sampai ke The House Hostel. Masuk jer dalam terus jumpa dengan owner guest house ni iaitu Mr. Yoo, dia sangat baik hokey. Urusan check-in pun cepat jer. Kenapa aku pilih guest house ni? Pertamanya sebab murah, only 35,000 Won semalam, keduanya, sebab dekat dengan bus terminal and ketiganya, aku akan citer dalam next entry okay, termasuk reviewnya sekali :)


Roger and out.



46 comments:

  1. wow.. korang mmg gigih.. naik bas bagai~!!! kami tak g pun mount sorak/ pyeongchang.. sampai pyeongyong je... :(

    rindu seoul

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah gigih zette, alang-alang dah sampai, kalau boleh nak explore semua tempat, hehe...tapi masa limited, so itinerary pun pilih yang penting-penting jer...

      kalau rindu memang kena terjah lagi sekali lah zette :)

      Delete
  2. Orga, cemane ko book The House Hostel ni ye? Siap ade map semua dari bus station... senang aku nak wat reference nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dah lupa lah tu, aku pakai link yang ko letak dekat page 1 (#10) under mount seorak, www.hostels.com...lagipun, lepas aku baca review dekat tripadvisor, ramai yang recommend guest house ni kalau nak stay dekat Sokcho...

      Delete
    2. muahahhahaha...ade ehh...hadehh sudah lupe laa... cecepat update next entry... nak tengok cemane rupe paras kat dalam hostel...

      Delete
    3. ahaha...apalah azra, sendiri letak boleh lupa...dalam dia sangat cantik okay, nanti aku citer dalam next post :)

      Delete
  3. Baiknya minah tu...
    Siap beratur sekali..
    Nasib tak bawak.. kalau tak dapat dia ketupat ye......
    Tahniah dapat gak amik gambar sunset tu...
    Hehheheheheh......
    Cantiknya guest house tu.....
    Mesti dalamnya pun cantikkan....
    Nak kena tunggu next entri ni..... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal aj, kalau kita dekat sini pun, mesti sekadar tunjuk dekat mana, diorang boleh fikir untuk tolong sampai dapatkan tiket sekali, huhu~...terharu...

      Delete
  4. cantik gak depan hotel..dalam caner lak..
    ape ade kat mount sorak eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada macam-macam dekat sini cik viva, tak puas hati sebab kitorang datang dah petang, kalau tau, awal-awal lagi dah sampai...

      Delete
  5. 35,000 won utk 1 malam utk 2 org ke bro? dari luar The House tu nmpk comel je. cute-cute style. kat sokcho mmg kene kalo boleh stay 1 malam kat situ. day trip agak memenatkan. ade try makan seafood?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah henry, untuk 1 double bed, kalau single bed, 20,000 won, still murah jugaklah. seafood aku tak try pun, ada jugak Mr Yoo tu citer pasal seafood dekat sini, tapi terpaksa menolak, lari bajet, huhu~...

      Delete
  6. wah menarik sungguh ni, tq share yer

    ReplyDelete
  7. Besh gak pi Korea nih kan. La nih riuh nak perang pulak dah...nak pi cuti pun takot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah depa ni, dok sebelah menyebelah pun nak gadoh-gadoh, padahal hal kecik jer pun...

      Delete
  8. Terminal bas diaorang mcm tu.....kelas je tgk.
    Aku kan jaki je tgk ko pi jejalan ni bro. Hahaha....akan aku jejak langkah ko orga

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugak lah terminal bas ni, dekat atas ada lagi kaunter, tapi untuk beli tiket ke sokcho, beli dekat bawah jer. ahaha...jejak langkah? boleh ajer, stamina tinggi macam TP ni, lagi laju kot berjalan, hehe...

      Delete
  9. wah, bestnye pergi korea!!!! jelesnyeeeeeeeeeeeeeelah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee...takper, nanti giliran cik kamoo pulok :)

      Delete
  10. best la travel free n easy ni.... tak payah nak tunggu2 ... rasa nak jalan jer on... tak payah nak cukupkan group kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah shidah, rasa nak pi mana-mana, terus on jer. kalau malas, dok dekat guest house, hehe...

      Delete
  11. wah..byk tempat korang pi yea.siap bermalam tempat lain lagi. so jauh jugak la tempat2 tu semua yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalini merantau jauh sikit nik, macam balik kampung jer rasa sebab naik bas, hehe...

      Delete
  12. Amboii...banyaknya tempat orga pergi. Jeles akak tengok. Tak boleh jadik ni, kena repeat korea ni, nak jejak kat tempat tempat yg tak sempat terjah dulu. Tak sabar tunggu next entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugaklah akak, datang sokcho sebab nak pergi mount seorak jer. repeatlah akak, banyak lagi tempat best, tak rugi pun datang banyak kali :)

      Delete
  13. bestnye sampai ke sokcho...ada ape eh kat mount seorak?? cepat update entry baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada apa dekat mount seorak? hm...sebenarnya, mount seorak tu sendiri adalah tarikan dekat sini aza, macam gunung kinabalu gitu :)

      Delete
  14. MENARIK DEBOmP
    x pernah jemu aku nak baca iternery ang ni ORGA
    aku teringin sangat nak jejak KOREA ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...thanks dila, kalau hang seronok, aku lagi seronoklah, hehe...takper dila, tunggu promo nanti, terjah lah sana...

      Delete
  15. pergh merata bro pegi ea..nnti2 kira kos balik then bgtau na..haha...ole2 mesti banyak ni >_< next2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meratalah jugak hery, syo berjalan sampai tak ingat badan dah penat. balik sini baru terasa sakit sana sini, hehe...wokey~, nanti update pasal kos :)

      Delete
  16. Salam Orga..

    Amboooooooooooiiiii...awal N3 jer dah ngutuk beg gedabak bini hang tu no....itu ler pompuan namanyer Yeop....jgn nak kutuk2..terasa tau......
    Yong memang suka budaya membantu orang yang deme amalkan..Yong dulu jugak dibantu sebegitu rupa sampai rasa segan pulak, sedangkan deme dah jadikan ianya satu budaya yang patut kita contohi. Byk pengalaman pelancong ke sini menceritakan pengalaman yang sama. Pantang buka mulut bertanye je kan...dan yang membantu itu adalah anak2 muda deme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak yong, deme gurau jer, dah tau, perempuan memang macam tu, alat make-up jer dah separuh bag, hehe...setuju tu kak yong, diorang suka sangat bantu orang, dah memamg diasuh dari kecik kot, suka sangat sebab diorang tak sombong...

      Delete
  17. baca dan baca tengok gambar..
    smbil lap air lior menitik atas keyboard
    arghhh Korea..nuffnang belum cukup penuh lagi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh saya lap kan, hehe...nuffnang saya lagilah akak, dari dulu dok macam tu jer, taktau bila nak penuh...

      Delete
  18. perggghhh..gigih tul naik bas kt tmpt org. bagus awk n wife. hehehehe
    kagum tgk ciptaan Ilahi, sampai membeku tasik tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gigihlah sue...baru dapat menghayati suasana dekat tempat orang, hehe...

      Delete
  19. Arghhhh kejelesan makin bertambah coz last trip x pegi Sokcho nu huhuhu. Tp x pe leh jd kan guideline klau nk ke sana nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok woo pergi sokcho jm..rugilah sapa yang datang seoul tak pergi sokcho...

      Delete
  20. boleh tanya.. you pakai lense apa ya? thanks.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...