Wednesday 17 April 2013

Fly to Seoul (Day 4) - Mount Sorak (Part 2)

Alkisah... Taibb... Alkisah maka tersebutlah kisah, taibbb... Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firaun... Mana firaun pakai sultan... hehe, lawak yang tak ditelan dek zaman, 100 kali tengok pun aku still gelak. Pagi-pagi kenalah ceria kan, wokey... jom sambung citer pasal Mount Sorak untuk Part 2 pulak...

Keluar jer dari station cable car, aku perasan cuma ada dua jalan yang boleh pergi. Satu naik atas, lagi satu turun bawah. Hasil pemerhatian aku yang jitu, hampir semua orang yang datang naik cable car dengan kitorang pilih jalan ke atas, so kitorang pun follow saja. Ada laluan untuk naik ke atas, so aku agak, laluan ni mungkin menuju ke puncak Mount Sorak. Aku tak nampak any indication yang maklum berapa jauh jarak dari station cable car ke puncak, nak tengok dengan mata kasar, tak nampak sebab kabus tebal. Then, dari station cable car, kitorang buka langkah menyusuri anak-anak tangga yang disediakan.


So far perjalanan tak lah jauh sangat, tapi agak mendaki. Kalau perasan, untuk sesetengah tempat sahaja yang disediakan laluan yang berlapikkan kayu, kebanyakan laluan yang lain adalah berbatu. Senang citer, suasana macam jungle tracking gitu. Salji pulak sesetengah tempat aku tengok tebal giler, tapi ada jugak kawasan yang langsung takda salji. Macam yang aku cakap sebelum ni, sepanjang perjalanan kitorang ni, pokok-pokok tinggal batang jer, daun langsung takder. Tapi, kalau tenung lama-lama, batang kayu ranting ni pun cantik jugak.


Kalau tengok dari jauh, rasa macam pokok-pokok yang dah mati. Tapi bila pergi dekat, dapat tengok pucuk-pucuk daun/bunga dah start tumbuh. Rasanya tak lama lagi, mesti kembang sejoli ni. Yang jadi persoalan aku dekat sini, adakah ni pokok sakura? Sebabnya, structure and rupa paras lebih kurang jer... Kalau nak confirm jawapan, mungkin kena datang time cherry blossom la kot. Tak lama kemudian, lebih kurang 15 ke 20 minit perjalanan, akhirnya kitorang sampai ke kawasan puncak Mount Sorak.

puncak Mount Sorak

First sekali yang aku boleh cakap, cantik and sangat bahaya. Why? Pertamanya, kalau tengok dekat tebing gunung ni, takda tali or apa-apa lah yang menghalang. Keduanya, aku tak nampak pengawal or petugas yang jaga kawasan sini. And ketiga, untuk daki puncak, sendiri buat, sendiri tanggung. Sama jugak, takda tali yang disediakan untuk panjat memanjat ni. Kawasan sini agak luas, tapi sayang, tak dapat tengok permandangan sekeliling. Kalau datang time summer or autumn, mungkin dapat tengok gunung-gunung yang lain. Adalah sikit perasaan frust di situ. Then, dengan menggunakan kudrat yang ada, kitorang pun mula mendaki. Belum sampai separuh jalan, tengok wife aku dah surrender dah, dia just suruh aku go on sesorang.

ada berani? hehe...


Aku tak panjat sampai ke puncak pun, sebab tengok laluan penuh dengan orang. Kalau perasan dalam gambar dekat atas, yang ramai-ramai orang tu adalah laluan untuk ke puncak. Kalau bawak bendera, boleh naik pacak dekat atas. Jalan nak ke tempat aku pun dah agak mencabar rasanya, masa tengah ambik nafas, bila aku toleh belakang, tak nampak wife aku ada dekat mana. hah...sudah, mana menghilang ni... Risau beb, saper tak sayang bini kan, muahaha... Cari punya cari, still tak nampak jugak sebab kabus tebal. Pastu dengan pantas dan tangkas, aku pun turun cari dekat bawah. Baru nampak wife aku tengah dok prepare untuk lunch kitorang. Patutlah dia menghilang tadi, sebabnya jumpa port yang best untuk lunch katanya. Aku pun cool down balik, alang-alang makanan dah terhidang depan mata, sentap dululah.

nasi putih suam-suam, sambal ikan bilis and kari ayam...makan atas gunung, what to say kan :)


Setel pasal makan, kitorang decide untuk meneruskan agenda yang kedua iaitu main salji. First time jumpa ni, real punya salji, bukan yang macam dekat i-City S. Alam tu. Masa on the way pergi ke puncak Mount Sorak, ada jumpa 2,3 port yang okay. Tapi sebab ada orang, so kitorang skip dulu. Memang nak main sangat-sangat even salji ciput jer, tapi dalam hati rasa segan, hehe... Bila patah balik dari kawasan puncak Mount Sorak, tengok orang pun dah takda, baru la singgah. Kitorang takdalah sampai buat snowman bagai, tapi sekadar baling-baling lambung-lambung jer. Bila perasaan seronok start timbul, dah tak kisah dengan orang yang lalu lalang dah. Pedulikan mereka semua...fire in the hole!!! cewah...


Abis basah pakaian kitorang, tapi kasut tetap maintain. Tak sia-sia melabur dekat Myeongdong and Namdaemun, berguna jugak. Lepas puas melayan aktiviti kanak-kanak riang ria ni, then kitorang pun beransur menuju ke station cable car. Bila dah masuk petang, aku tengok kabus macam berkurangan sikit. Masa ni jugak, pengunjung yang datang ke Mount Sorak makin bertambah.

berdrama pulak dekat sini kan...


Sampai dekat station cable car, niat di hati nak pergi toilet sebenarnya. Baru teringat yang bahagian bawah kitorang tak visit lagi. Dari signboad, katanya ada temple, then lepas selesai urusan rasmi dekat toilet kitorang pun terjah. Wah...lagi mencabar laluan untuk turun ke bawah, tak jauh sangat station cable car, ada dalam 500 meter agaknya, dah jumpa Aallack Temple ni.


Takda apa sangat dekat sini, mostly orang yang turun ke temple untuk lakukan aktiviti penyembahan diorang. Tapi aku kagum dengan 2,3 orang ibu yang sanggup dukung anak-anak diorang turun sini, sebab pengalaman aku, laluan dia agak extreme sikit. Kalau si ayah yang dukung lain citer... Kitorang stay sini tak lama, pastu panjat balik untuk ke station cable car.


Masuk jer dalam station, terus kitorang follow orang lain beratur untuk masuk ke dalam cable car. Agak lama jugak kena tunggu sebab ramai orang. Lega rasa bila dah masuk dalam station sebab ada heater, tengok tangan aku, dah macam tangan orang tua, kecut habis. Wife aku oklah, bawak glove so selamat sikit. Sementara dok tunggu giliran untuk masuk ke dalam cable car, aku buka balik map Sokcho. Then aku perasan, dekat bahagian bawah ada lagi tempat yang boleh visit. Masa betul-betul cemburu dengan kitorang, rasa macam baru jer naik ke puncak Mount Sorak, now dah nak kena turun. Sampai dekat station cable car di bawah, aku ambik kiri untuk tengok suasana persekitran area Mount Sorak. Banyak lagi tempat menarik sekitar sini, ada restoran bagai, and aku akan citer dalam next entry untuk Part Last Mount Sorak okay.

Roger and out.



53 comments:

  1. Scary gak puncak tu. kalo time ramai2 kalo tertolak, boleh terus arwah. brape lama ko daki tu nk smpai atas?

    wlpn berkabus, tetap cantik ranting2 tuh.. nasib baik ade salji wlpn tak brape nak lebat. jadik ler winter sonata kat sana. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu henry, tu yang aku tak naik sampai betul-betul dekat puncak...kalau dari station ke kawasan puncak tu, ada dalam 20 minit gitu, rasanya lah.

      tu lah pasal, nasib baik jugak aku terus datang ke sokcho, kalau ikut plan ke yongpyong ski resort, tah-tah pergi tengok resort jer, hehe...

      Delete
    2. next time pegi jeju island pulak. cantik.. spend lama skit kat sana baru best! hiking skali mt hallasan. hahaha... ade kwn aku pegi time winter! perghhh! cantik giler sbb salji memutih..

      Delete
    3. aku pun plan macam tu jugak henry, next time memang akan terjah jeju. and pada masa yang sama, mengharapkan AA buka route baru terus shoot ke jeju jugak, so takyah nak tukar-tukar flight kan...

      Delete
  2. gambar cam mendaki tu betul ke?
    mcm nampak gimik je.haha

    betul tu..cuaca memainkan peranan
    tpt cuaca sejuk nampak cantik
    longkang pun nampak lawa.

    patut bawak susu,sirap dan kacang letak kat ais tu..dah jd ABC

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz la tak akak...tak berani la saya, dengan alat mendaki semua takda, lain lah kalau saya ni spiderman, hehe...

      ahaha...setuju tu, kalau keadaan memutih jer, tong sampah pun jadi cantik kan...bila pegang sendiri baru tau, macam ABC pun ada. untuk lah orang korea, tak yah susah-susah nak sagat bagai, tahan dari langit jer kalau nak buat ABC...

      Delete
  3. best kan sebab sejuk..boleh tak lau nak cakap kalau kat malaysia ni lebih kurang macam Broga..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari kawasan puncak tu lebih kurang jugak lah...

      Delete
  4. uittt..betul ke gaya panjat gunung tu..ntah2 action jer lebih..sengetkan camera time merangkak atas gunung la tu...hahaha

    camner balik ke seoul dari mt sorak yee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la zila, tak kan main-main pulak...hehe, aku masih sayang nyawa zila, of coz la gimik jer, ahaha...

      kalau dari mount sorak nak ke seoul, kena ambik bas no 7 or 7-1 dari mount sorak turuk ke bus terminal. Then, beli tiket Sokcho ke Dongseoul harga dalam 17,300 won...

      Delete
    2. berapa lama ek dari mt sorak nak sampai seoul?

      Delete
    3. hm...maybe dalam 3-4 jam zila...jauh jugak sebenarnya dari seoul ke sokcho..

      Delete
    4. ooo..dari mt sorak turun ke terminal tu naik bus gak kan? terminal tu kat sokcho..naik bus harga 17,300won ke dongseoul..pastu?? mcm2 gak ek

      Delete
    5. a'ah...dari mt sorak turun ke terminal dengan bus no 7 or 7-1...sampai dekat terminal beli tiket, then tunggu bas jela untuk balik ke Seoul...

      Delete
  5. alah kalo ko yg tangkap gambar, pokok togel ranting kayu pun cun! hahaha! suka gambar boots ada ais tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...jangan cakap macam tu biqque, malu kiter, tapi ko apa sama kan, hehe...

      Delete
    2. eh betul pe aku ckp, budak2 travelholicawesome aku SUME puji gambar2 ko cun hokey... :) sgt sharp dan cantek. tahun dpn ko masuk MITBCA category photography tau! hehe..

      Delete
    3. ahaha...korang punya gambar lagi cun, tambah-tambah chawanna, sekali tengok dah macam wallpaper...

      Delete
  6. Aku pun sangsi macam Zila, sebab Orga dah jadi cicakman kat Mount Soerak... Curam gila dengan pakai kasut ofis lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau curam macam tu mie, dah gelongsor turun sampai kaki gunung dah dengan kasut ofis tu, hehe...

      Delete
  7. Salji tu macam ice je ye???
    WWahhh...
    Syoklah merasa main salji...
    Yelah, tempat kita takde kan...
    Hehheheh...
    Redahkan aje.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah aj, lebih kurang macam tu lah...bila pegang real, baru oo~...macam ni rupanya salji, hehe...

      Delete
  8. Hehehe...gambar daki gunung tu cam real aje...Cantik view walaupun nampak ranting aje..Masa tu memang sedaplah makan nasik walaupun dgn kari dan sambal sejuk kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak? hehe...credit dekat wife saya, ok jugak dia shoot. dekat kawasan cable car bawah ada restoran, tapi kitorang tak masuk pun. sonok lagi berkelah dekat atas gunung :)

      Delete
  9. aku tertanya-tanya..gambar yang korang jalan berdua tu siapa yang tukang tangkapnye..?? en.tripod kah? hehe lakonan mantapppsss...hehehehe

    gambar spiderman x boleh bla...haha tapi,jeles ko dapat men salji...bilakah time aku pula.....

    insyaallah kalau ada rezeki kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kalau bukan tripod aza, hehe...gigih ni usung sana sini...ala takper, next time pi time winter pulak aza, jangan sesat lagi dah lah, hehe...

      Delete
  10. Bestnya baca entri ni dan x sabar nk ke mount sorak jugak. Spt biasa gambar senua santek wlpun pokok x ada daun

    Gaya memanjat tu x boleh blah kelakar gilaaaa...arghhh nk migrate ke korea boleh x eh heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti kalau jm pi mount sorak, buat gaya memanjat tu jugak, trademark konon-kononnya, hehe...

      nk migrate ke korea? berani ke jm, now ni keadaan agak tegang dek korea utara...pastu nanti, dah susah nak balik mengundi, hehe...

      Delete
  11. salam orga..
    wah lamanye tak singgah sini...
    banyakkkknyeee kisah menarik dari orga..
    best la dapat jalan jalan di korea ni...pergi berdua tu nampak romantik jer..so sweeettttt
    bila la ena dapat merasa ke sana yer..terdekat ni merasa dlm mimpi je la ek..hehehe

    oh ya...ritu de bg mesej kat komen sy...
    ada tinggalkan email add kan..
    ena da feedback ritu....
    pape pun sy bagi email add sy je di sini eh: ena_ratna@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...kalau free-free, singgah lah ena, hehe...kalau dah kahwin, macam tu lah, kenalah bawak sekali, best travel sama-sama.

      a'ah, ada tinggal komen ritu...nanti ena check email ek :)

      Delete
  12. Cantiknya pemandangan pokok-pokok togel tu.... bestnya dapat naik puncak gunung tu.

    Dulu masa aku gi Beijing snow tebal sempat la gak aku main baling2.. tapi takder la aku amik gambar snow tu... terlupa bebenornya nak amik gambar snow tu terlalu xcited dapat tengok snow

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...samalah dengan aku shidah, mula-mula jer ambik gambar, pastu simpan camera, main macam budak-budak...orang yang lalu lalang tu tengok jer kitorang, nak buat macam mana, dekat sini takda, hehe...

      Delete
  13. tu diaaa.panjat mount sorak plak dah ahahahaha..gigih betui..nasi ko tu nampak sedap, memang inzal makan time2 sejuk tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih kan kitorang, ahaha...nasi tu je bekal yang kitorang bawa na, ada jugak bawak snickers, langsung tak boleh makan, dah jadi keras giler.mau tercabut gigi kalau makan jugak...

      Delete
  14. orga,.. ni bulan brape.. bulan 6 salji tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pergi awal bulan march, bulan 6 rasanya macam summer, takda salji rasanya...

      Delete
  15. salji !! wooooo best2. amboi gambar mendakji tu kemain curam... kamera trick kan??? sebab tgok tangan tak pegang2 betoi2 pon.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...gimik je wan, tak berani la kalau wat betul-betul, lain kalau ada superpower macam spiderman, hehe...

      Delete
  16. boleh angau aku tgok thread ang ni ORGA
    waduh.......snow tu
    x pernah aku rasa nak pegang snow tu ORGA
    lau ngan Snowhite pnh lah aku amik foto dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau pakai macam snowhite ambik gambar,mesti lagi gempak dila. semua putih jer, tapi outfit snowhite merah terang, mesti naik dalam gambar...

      bukan masa pi jepun ritu hang pun pegang snow jugak ke dila...kalau belum, nanti kena terjah koya jugaklah dila, hehe...

      Delete
  17. bestnya dapat berkunjung ke negara orang.. Dapt main salji..

    1st time berjunjung ke blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal hazmin...kalau datang time winter memang ada peluang macam ni jugak, hehe...

      Delete
  18. Salam ziarah.. first time datang sini... ohh best tu jejalan... salji tu cam ais yang kena kisar ek... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks myfreeminded...hm, lebih kurang macam tu lah, letak jagung dengan air gula, dah jadi ABC, hehe...

      Delete
  19. cantik sgt pemandangan kat sana. walaupun pokok tak ada daun pun.
    wah..first time tgk gambar salji secara dekat.ada rupa mcm ais yg di kisar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...gitu lah nampaknya nik, even salji tu sejuk, tapi pegang jugak main-main :)

      Delete
  20. wak pon dh lama bebenor X pijak snow jugakk.,ahHHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi lah wak, baru first time, huhu~...

      Delete
  21. perggghhh..mmg nampak scary nak naik ke puncak tu.
    x licin ke kasut orga tu time mendaki?
    kalau sue, mmg x la kot nak daki dgn perut memboyot camni. kihkih
    tapi ye la kan, alang2 dah sampai.
    confirm seeeeeejjjjjuuuuukkkkk giler kt sane kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sue pergi maybe lepak-lepak dekat tempat kitorang lunch tu, situ pun dah cantik...nak panjat sampai atas, even sihat walafiat pun payah jugak tu...sejuk-sejuk pun best sue :)

      Delete
  22. Sonotnya dapat main real salji.. Boleh buka gerai ABC tak agak2? Ihikhik! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak cendol, gula melaka and jagung, memang laku habislah kalau buka sini mieza...tak mau balik m'sia dah, hehe...

      Delete
  23. bro,macamana nak g mt sorak dari seoul or nami island..mana lg dkt..dr nami or seoul?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...