Friday 31 May 2013

Fly to Seoul (Day 6 & Day 7) - The End

Salam Jumaat untuk semua...

Selepas selesai mengenyangkan perut dekat Yoogane Restaurant, kitorang keluar and pusing-pusing area Myeondong buat kali yang terakhir. Masa tengah berjalan-jalan tu, tetiba nampak pulak orang jual sotong bakar. Pernah aku baca before ni, ramai blogger yang suggest untuk try sotong bakar kalau datang ke sini, so kitorang pun apa lagi, terus berkejaran la ke gerai tu. Sekali tengok harga, 1 cup dalam 5,000 Won. Hm...stop kejap dekat situ, ingatkan dalam seribu or dua ribu Won jer, baru ingat nak tapau banyak-banyak. Dari pemerhatian aku, banyak jugak pilihan yang ada, cuma aku tak pasti yang mana yang sedap. So, kitorang pun bertenggek la area tepi gerai sotong bakar ni, usha-usha orang lain beli dulu. Kalau ramai yang beli type tu jer, so confirm sotong bakar jenis tu mesti sedap kan hihi.


Disebabkan ramai sangat pilihan sotong bakar, nak kata tengok orang lain pun, tak tentu jugak, sebab rata-rata yang beli bukan orang tempatan. Tapi serius, semua nampak sedap dan enak dimakan. Kemudian, aku pun pilih and ambik jenis nipis-nipis ni. Lepas bayar 5,000 Won, ahjussi pun bakarlah sotong yang dah aku pilih tu. Tengok asap yang berterbangan dek bakar sotong kitorang, wah...dalam hati aku, mesti sedap tahap gaban ni.

sotong yang kitorang pilih...

Tak lama sangat pun ahjussi ni bakar, tak sampai 5 minit pun. Pastu dia masukkan balik dalam cup and pass ke kitorang. Aku ambik seketoi and terus masukkan dalam mulut. gulp! mak aii...rasa dah okay dah, yang tak tahan, liat nak mampus! Abis lenguh rahang aku dok mengunyah sotong ni, tak boleh-boleh telan lagi. Wife aku cakap, teknik pemakanan aku salah, patutnya orang makan sikit-sikit. Aku pun cakap, cer tunjuk teknik yang makan sikit-sikit tu, sekali bila wife aku gigit, nak tarik tak putus-putus, macam gigit plastic, aku gelak jelah. Adakah kitorang pilih sotong yang salah? Alang-alang dah beli, aku sesorang jer yang makan, wife aku surrender, macam nak tercabut gigi katanya... Lebih kurang pukul 6 petang gitu, aku decide untuk balik ke guest house and ambik bag. Sebab malam nanti kitorang akan tidur dekat guest house di Incheon. 

Dari Myeongdong, kitorang bergerak ke Incheon menggunakan train. Tambang lebih murah berbanding naik bas, lagipun baki dalam T-Money cukup untuk perjalanan dengan train, tapi kalau dengan bas, kitorang kena pakai cash or topup T-Money. Lepas berbincang dengan wife aku, why not try naik train pulak kan, rasa pengalaman yang lain pulak. Then, dari guest house, kitorang pun menapak ke Myeongdong St. Lepas tengok subway map untuk ke Incehon Int'l Airport, cuma sekali jer transit iaitu dekat Seoul Station. 

Myeongdong St. - Seoul St. - Incheon Int'l Airport.

Tetapi, perjalanan kitorang ke Incheon Int'l Airport tak semudah yang disangka. Masalah tu terjadi masa di Seoul St., untuk pertukaran ke line yang menuju ke Incheon Int'l Airport, tapi kitorang wrongly masuk ke line yang menuju ke Incheon sahaja. Ada beza tau, Incheon Int'l Airport and Incheon sahaja, dua lokasi yang berbeza ni. Sila tengok map bawah:


Bila train start berjalan, aku tengok next station adalah Namyeong St., so aku agak kitorang dah dalam train yang betul iaitu menuju ke Incheon. Padahal bukan Incheon Int'l Airport. So, masa dalam train tu, aku perhatikan sekeliling, time ni pulak orang balik keje, memang macam tin sardin keadaan dalam train tu, tapi yang aku hairan, kenapa kitorang jer yang bawak bag besar. Then, aku bukak balik map subway, rasa macam tak wat salah dah, kebetulan masa tu, map yang aku pegang memang aku lipat-lipat, supaya senang letak dalam poket seluar. Bila aku buka besar-besar map ni, baru rasa macam semua darah naik ke muka, even keadaan sejuk, aku dah start berpeluh dah, kitorang naik train yang salah rupanya. Kalau tengok map dekat atas, kitorang menuju ke Incheon St. yang aku dah tanda dengan anak panah merah tu, tetapi destinasi kitorang yang sebenar adalah yang ditunjuk dengan anak panah hitam. Ya ampun...patutlah rasa macam orang asyik dok pandang-pandang jeling-jeling...

Nasib baik jugaklah aku detect awal-awal, so sempat lagi untuk tukar train dekat Bupyeong St. nanti. Rasa macam citer suspen pun ada time ni, hari last pun boleh tersesat lagi. Sampai dekat Bupyeong St., kitorang pun keluar and tukar ke line yang betul iaitu ke Incheon Int'l Airport. Sepatutnya ada dalam 13 station je yang kena tempuh untuk sampai ke Incheon Int'l Airport and perjalanan pun lebih kurang 50 minit jer, tapi perjalanan kitorang terpaksa tempuh hampir 35 station and ambik masa almost sejam setengah plus terpaksa berdiri sepanjang dalam train sebab padat dengan orang, drama sangat. Sampai dekat Incheon Int'l Airport, sepatutnya aku boleh call guest house aku stay untuk datang pick up. Malas fikir and penat punya pasal, aku pilih untuk naik teksi jer.


Dekat kaunter ni, aku tunjuk alamat and nama guest house yang aku akan pergi dalam Korean, sebab bila aku cakap, diorang tak dapat tangkap nama guest house yang aku sebut. Tak lama kemudian, kitorang disuruh masuk dekat dalam sebuah teksi, jenis Sonata u'olls. Masuk je dalam, ternampak kecanggihan disitu, sekali lagi aku tunjuk nama guest house aku stay dekat driver teksi, then dia pun key-in dekat dalam gps, aku risau dah takut tak jumpa. Tak sangka ada guest house aku nak pergi dalam gps diorang, lega rasa. Dari Incheon Int'l Airport ke guest house aku stay ni dalam 5 minit jer perjalanan dengan teksi, and tambang yang dikenakan cuma 3,000 Won. Untuk Makluman, guest house aku stay adalah World of Guesthouse.

World of Guesthouse, Incheon Int'l Airport.


Dari review yang baca dekat Tripadvisor, World of Guesthouse antara yang direcommened kalau nak stay untuk jangkamasa pendek or sebagai persinggahan di Incheon Int'l Airport. Ada 3 sebab bagi menyokong hujah-hujah yang aku cakap ni, pertamanya dekat sangat dengan airport, keduanya guest house ni agak murah, aku booking guna Agoda.com, dapat RM130 untuk semalam, and ketiganya, bilik pun ok, dan jugak ada penghataran dari guest house ke Airport, free.


Untuk makluman, World of Guesthouse dekat dalam bangunan ni. Kena naik ke Tingkat 11, and turn ke sebelah kiri, jalan terus sampai jumpa bilik bernombor 1105 yang merangkap office diorang.


Selepas aku tunjuk voucher yang dah aku booking by Agoda.com, kitorang dibawa turun ke 1st Floor and diberikan kunci bilik. Macam biasa, staff diorang akan explain dulu apa yang ada dalam bilik and macam mana nak guna alat-alat yang ada, then lepas tu, dia pun tanya, flight kitorang esok pukul berapa. Kemudian aku jawab, pukul 9.30 pagi, so staff ni cakap, dia akan datang jemput dalam pukul7 pagi dekat depan bilik untuk dihantar ke airport. Oklah, walaupun nampak macam awal sangat, tapi dah orang nak hantarkan, aku ok jer. So, inilah view dalam bilik kitorang...


Pendapat aku, ok lah jugak guest house ni, besar pun besar, ada kitchen lagi, harga pun tak mahal sangat. Kalau masuk sorang dua lagi pun okay, still ada sofa untuk tidor. Bilik mandi pun not bad, ada mesin basuh dekat dalam. Selesai berehat and membersihkan diri, even petang tadi kenyang makan Yoogane, malamnya dah start lapar balik. Mungkin sebab sesat masa on the way datang sini kot, so aku pun kuar ke 7-E yang terletak dekat luar bangunan ni. Takde mende lain dah yang aku beli, susu pisang and nasi, balik makan dengan kari ayam. Lepas makan terus tidor sampai lah pagi esoknya...

Day 7

 
Tepat jam pukul 7 pagi, aku dengar ada orang ketuk pintu bilik. Sharp sungguh mamat ni, lepas check and pastikan takda barang yang tertinggal dalam bilik, then kitorang dibawa ke kereta untuk dihantar ke airport. Sampai di airport, kitorang pergi ke kaunter AA and check in, nasib baik dah buka. Bukan apa, malas aku nak usung bag sana sini. Lepas check in, kitorang pusing-pusing tengok suasana dekat airport. Ramai aku tengok yang tidor dekat airport, pada mulanya, before aku booking World of Guesthouse, ingatkan nak tidor dekat airport jugak. Tapi sebab ada pilihan lain, and guest house pun tak mahal sangat, so better aku pilih guest house, selesa pun selesa.


Tak lama kemudian, kitorang pun bergerak menuju ke gate untuk pulang ke Malaysia tanah tumpah darahku ewahhh..patriotik sikit hehe. 6 hari masih tak cukup untuk explore South Korea, In sha Allah harap diberi peluang kembali lagi ke sini, amin. Negara yang cantik, makanan sedap, sejuk yang amat, strawaberi manis, hmm apa lagi, banyak sangat benda best termasuk pengalaman sesat barat ahaha.. Overall puas hati and saat ni rasa rindu pulak ke sini semula. South Korea, till we meet again...dengan ini aku akhiri dengan gurindam melayu yang berbunyi..

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Bye-bye Korea !!

Roger & out.



35 comments:

  1. Saya pun hampir terkena, tapi cepat tersedar dengan pengumuman. Masa tu memang dah sedap2 dapat seat dgn beg yang makin buncit. Kelam kabut kitaorang keluar. Kalau tak memanglah tersasar jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mie, kitorang ingatkan dah betul dah bila tengok nama Incheon, sekali salah rupanya...nasib baik boleh tukar balik, kalau tak, masak jugak nak patah balik ke seoul st, huhu~...

      Delete
  2. seoul dah sampai, lepas ni boleh la ke Busan pulak, tiket baru promo katanya kan. :)

    hari tu last day kami tido kat airport je, maklumlah flight kami paling awal pukul 6.++am. merasa jugak tido airport. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah pm, ritu ada promo AA, rm600 untuk 2 orang ke busan, tapi tak beli pun, dapat tengok jer, ahaha...nanti ada bajet lebih baru terjah pulak...

      kalau flight dah 6 pagi, aku pun pilih untuk tido airport jugak. kalau tido hotel, mau terlepas...

      Delete
  3. MS pun terpengaruh beli sotong bakar tu..dah makan ya ampun boleh buat senaman mulut habis lenguh nak menguyahnya..apapun itu salah satu pengalaman yg manis utk bawa blk malaysia kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kan ms, liat memang liat, tapi rasa dia ok jer...tu lah, orang nak makan, kita pun nak makan jugak, tapi kalau tak try, bila lagi kan, hehe...

      Delete
  4. Tang sotong tu kan... kalau aku mesti amik yg dalam gelas merah tu... sebab lebih kurang macam yg kat Lumut... ekekeke..

    Tapikan memang best la Orga kalau dapat gi korea free n easy macam kau pegi ni... tapi kena pandai la tempat mana yg nak diterjahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli tiket awal-awal, sempat nak study mana nak pergi sr, kalau boleh sedia 2,3 plan, kalau ada masalah ker, cuaca tak mengizinkan ker, boleh tukar-tukar...

      Delete
  5. Sotong?..Liat?..mesti sotong kurita yang jenis besar2 giteww hehehe..kalau pakai gigi pelesu nahas heeeeee

    Kalau cakap pasal sesat, JM pun ada pengalaman sesat di Seoul..salah naik train arah ke lain utk ke Nami Island..mmg cuak lah time tu..tpi alhamdulillah yer..sedar awal kan..kalau tak bukan lagi 35 stn maybe lebih heeeeee

    Ha'a...JM setuju sgt..seoul bandar yg cantik, org2 cantik dan polite, menepati masa, tak jemu dan kalau boleh severy year nk ke sana gitew...Lepas ni cite travel ke mana pulak..mmg enjoy reading setiap entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah jm, liat sikit...taktaulah kot salah beli, hehe...

      map subway diorang kan complicated sikit jm, tambah-tambah kalau nama sama, kalau tak betul-betul confirm, memang sesat lah jawabnya, hehe...

      ke mana? hm...taktau lagi jm, ada 2,3 plan, tapi tengah tunggu orang lain ok ke tak. macam ni la bila nak travel ramai-ramai, mula-mula pakat-pakat nak join, pastu bila tarikh dah nak sampai, ada yang tak jadi, ada tak dapat bagi jawapan lagi...tengok lah macam mana nanti :)

      Delete
  6. lahai, boleh pulak salah direction naik tren.. Sabo jela.. Tak menahan gurindam yang last tu.. Sayu pulak rasa tetiba.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok map betul-betul macam ni lah jadi mieza, huhu...dah jadi pengajaran, pasni memang kena confirm betul-betul baru masuk train, hehe...

      Delete
  7. time saya g dulu, puas betul nk menyebut bangunan 'world gate' tu sbb mati2 ajuhsi teksi tu tak paham, sudahnya terpaksa minta bantuan org, rupanya sebutan koreanya 'wol gette'..saba je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...lain kali kena bawak sekali tulisan dalam korea yayan, senang sikit nak berurusan dengan driver teksi, sebab diorang ada gps...

      Delete
  8. Fullamak, siap ada mesin basuh tu.
    Kalaula hotel2 kat malaysia ni sediakan mesin basuh setiap bilek kan best,
    gi 1minggu, bawak 2 3helai baju pun cukup hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anto dobi jela dekda, kalau pergi lama-lama dekat m'sia, selalu saya anta dobi jer. tapi kalau ada mesin basuh dalam bilik kira advantage lah, hehe...

      Delete
  9. salam orga , maaf bertanya . boleh tahu x brand dan model dslr apa yg awak guna utk kesemua gambar masa dikorea ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak dhaleeya...saya pakai dslr canon 600D and compact canon ixus 220HS...

      Delete
  10. OMAI.. tengok gambar sotong bako memula tu terus terliur!
    Saya dulu pon penah duduk kat world of guesthouse tu! haha menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kalau pi kena test yang lain pulak, yang kitorang pilih tu liat sikit, huhu...
      bilik besar, harga pun not bad, ok lah kan world of GH ni...

      Delete
  11. Nampak sedap sotong tu...agaknya sebab dah sejuk kot tu yang liat je Orga. Travel free n easy ni ...adatlah kalau sesat ye Orga. Ada gak kenangan pahit utk dikenang, tak lah kenangan manis je hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...tang sesat tu lah yang ajar kita banyak mende, sebab tak dapat nak agak apa yang terjadi, kalau dah planning, dah boleh tau akan jadi camni camni...entahlah kak, sotong tu macam liat sikit, banyak sangat pilihan, taktau yang mana yang sedap...

      Delete
  12. Lawaknya makan sotong plastik! Kalau saya dah lama tercekiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, saya terpaksa mengunyah sampai lenguh abis mulut, baru dapat telan, hehe...

      Delete
  13. slm, boleh saya tahu brp total cost? plan nak pergi juga. btw, sakura bloom bila ya di korea? ikut website dia kata start end of march. tp xd pn sakura dlm blog encik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mira...saya tengah finalize total cost, nanti saya buat entry...sakura start end of march sampai pertengahan april, saya pergi awal march, sebab tu takda gambar sakura...

      Delete
  14. ha, aku pun beli sotong kurita tu (aku mmg penggemar sotong kurita). tapiiiiiiiii ya Allah jenuh la gigit kunyah ko! tension tul! tapi ko bleh lak amik gambar ek? kitorang kena marah, patu aku terus lari hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke korang kena marah biqque? aku bernasib baik kot, sebab time ni ramai orang dok beli, so tak layan sangat aku dok ambik gambar. siap boleh pergi dekat lagi nak zoom punya pasal...tapi macam ko cakap lah, liat betoi...

      Delete
  15. akhirnya abis jugak daku membaca kesemua cite trip korea encik orga ni. b'guna sgguh. lg2 bab2 direction sana sini tu. huhuu. disebbkan ini jugk kerja opis daku t'tangguh. hahaa.

    tak sabar rasa nk p korea bln 9 ni. agak2 bwk 2k, ckup tak utk smua skali eh ? shopping+mkn+transport+tmpt2 b'bayar. ckup ke eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang 2k tu kira banyak jugaklah tu syera, kitorang untuk 2 orang pun dalam 2k jugak, siap dengan accommodation tiket bas lagi...

      Delete
  16. masa kat sane, terliur sangat tgk sotong tu..tak beli sebab rasa was2 .time tu macam dia guna minyak.huhu..so just beli buah berangan..Buah berangan dia sangat lah besar dan lemak..satu pack 5000won. Mahal, tapi puas hati sebab dah siap dikupas...tinggal ngap jer.hihi

    ReplyDelete
  17. salam..sy pembaca baru di sini =).. nak tnye encik owner sikit. mase last day sblom g world gate tu, mesti dh checkout hotel kan? encik simpan beg kat mane masa jalan2 tu? ataupun angkut sekali? sy tgh berkire-kire nak checkout mcm encik n stay kat hotel nearby airport ataupun nak stay je kat hostel pastu checkout n gerak g airport pagi2 bute . harap dapat share

    ReplyDelete
  18. Assalam en.orga....
    Tqsm...x tau nk ckp btpa sya mghargai blog anda ini. Klu bole nk jmpa dan belanja mkn. Blog anda sgt2 infomatif... Sya plan dgn 3 org kwn, pd mac 2015 nnt, insyaallah. Betapa xcitednye mbaca smpi meremang2 bulu roma. Suker benorrr...!! Lets make it happen dlu... Dah jd knyataan, akk belanja mkn. Seriusss!! Kim salam kat bini.

    ReplyDelete
  19. Rase2 ingat tak berapa kos tuk dua org ke korea slma 6ari tu? Teringinnye nk g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fieya, boleh refer link bawah, saya dah finalize bajet masa dekat sana :)

      http://skampung.blogspot.com/2013/12/overall-budget-fly-to-seoul-south-korea.html

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...