Thursday 16 May 2013

Fly to Seoul (Day 6) - Dongdaemun & Itaewon

Dah masuk hari keenam rupanya, dah tak banyak dah entry pasal Trip Ke Korea ni, lagi 1 atau 2 entry rasa-rasanya dah boleh khatam. Pastu bolehlah aku menulis pasal cerita lain pulak. Meh aku sambung yer... Nama pun dah hari keenam, so banyak stock makanan yang aku bawak sudah kehabisan, especially roti gardenia yang sedap dimakan begitu saja tu. Memandangkan tuna mayonis masih lagi ada, breakfast pagi ni, kitorang makan jugaklah roti yang disediakan oleh guest house. Kalau hari pertama dulu aku complain sebab roti ni tak sedap sebab keras and tak gebu, masa breakfast pagi ni sedap pulak. Sampai 4 keping jugaklah aku telan. Sudah breakfast, aku tengok balik itinerary, bincang kejap dengan wife aku, and dia pun setuju dengan cadangan yang aku cadangkan. Untuk makluman, aktiviti kitorang untuk hari keenam ni santai jer, keluar dari guest house pun dah pukul 10 lebih. Tempat pertama yang kitorang akan pergi adalah Dongdaemun sebab nak cari barang or souviner sikit untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Daripada info yang aku dapat, Dongdaemun jugak antara tempat yang menawarkan harga yang agak murah untuk barang or souviner yang aku cakap dalam ayat sebelum ini.

Sampai dekat Myeongdong St., kitorang terjumpa dengan 3 gadis yang kitorang jumpa masa dekat Namsan Tower semalam. Diorang berangkat pulang ke kampung halaman harini. So apa lagi, terus story kes kitorang sesat masa on the way balik dari Namsan Tower. Selepas salam cium pipi bagai, kitorang pun berpisah di situ. Walaupun baru kenal, disebabkan diorang yang super sporting, terus rasa rapat macam dah berkawan lama. Kitorang pun lebih kurang jer sebabnya esok dah nak balik jugak. Daripada Myeongdong St., kitorang shoot ke Dongdaemun St.

Dongdaemun



Keluar dari Dongdaemun St., tengok cuaca dekat luar pun sangat baik. Inilah kali kedua kitorang jejak kaki ke Dongdaemun, kali pertama masa datang untuk makan ikan bakar. Tapi masa tu datang time malam, lepas makan nak jalan-jalan pun rasa macam dah penat. So cover balik dengan datang semula pada hari keenam.


Dari Dongdaemun St., kitorang cross ke depan menuju ke Doota or Pyoung Hwa Clothing Market, tapi tak masuk pun ke dalam kedua-dua tempat ni. Masa jalan depan Doota, terperasan ada bas 2 tingkat yang buat Tours untuk mengelilingi Bandar Seoul, macam bas Hop-on Hop-off yang dekat KL tu. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa adalah 12,000 Won seorang.


Kitorang tak berkesempatan untuk menikmati tour ni, kalau korang pergi, try la yer. Sebenarnya, masa dekat sini aku blur sikit, sebab taktau dekat mana nak cari gerai-gerai yang jual barang-barang murah tu. Dalam dok blur-blur, tetiba berjumpa dengan 2 orang berpakaian merah yang ada huruf i dekat topi. So aku pun tanya macam mana nak pergi ke gerai tu, and jawapan yang diorang bagi sangatlah mengecewakan kitorang. Katanya, semua gerai yang aku maksudkan tu hanya akan bermula sekitar pukul 7 malam. Lama lagi tu nak tunggu, so mungkin takda rezeki kitorang untuk bershopping di sini. Bagi menebus kekecewaan, kitorang pun pergi lah jugak pusing-pusing sekitar kawasan yang sepatutnya ada gerai tu.

kena cross jalan menuju ke Maxtyle

walaupun gerai tak buka, ada jugak kedai yang jual barang-barang souviner, tapi kalau compare harga, murah lagi di Namdaemun.

salah satu kawasan yang sepatutnya ada gerai-gerai ala-ala uptown gitu...


Kitorang sekadar cuci mata jela lalu setiap kedai. Niat dihati nak terjah gerai, tapi apakan daya sebab tak buka lagi, kedai jela yang jadi pilihan. Pusing punya pusing, terjumpa dengan orang yang jual strawberry murah, ada harga 3,000 Won, 4,000 Won and 5,000 Won. Disebabkan banyak review cakap kalau jumpa strawberry recommended untuk beli, then aku pilih yang 4,000 Won. Sebenarnya harga-harga tu ikut size, dari yang kecik ke yang paling besar. Tapi kitorang save tak makan dekat sini, nak makan masa melepak dekat Itaewon nanti. Bila dah sampai dekat kawasan macam gambar atas tu, kitorang u-turn balik dengan cross ke sebelah sana.


Masa on the way balik nak ke Dongdaemun St., kitorang tak guna jalan atas, tapi turun guna jalan bawah tepi sungai ni. Untuk makluman, ini adalah sebahagian daripada Cheonggyecheon Stream, sungai yang paling femes sekali dekat Seoul, jernih sungguh sampai boleh nampak dasar.

Cheonggyecheon Stream

boleh lepas ke ni mak? macam tak jer...

baiknyer mak dia...tapi mak kiter pun baik jugak  ^_^

jernih kan?

Kalau ikut sejarah, sungai ni pun dulu kotor jugak, tapi usaha gigih yang dilakukan oleh masyarakat Korea, akhirnya pada tahun 2005, sungai ini kembali bersih dan menjadi salah satu tarikan di Seoul. Ingat senang ke nak cuci sungai, kecik besar panjang pendek tu satu hal, yang jadi masalah adalah komitmen setiap orang dalam menjaga kebersihan sungai ni. Disebabkan disiplin and komitmen yang tinggi dari penduduk Korea sendiri, sungai ni mampu mengekalkan tahap kebersihan dari tahun 2005 sehinggalah sekarang. Perlu diingatkan, sungai ni terletak dekat tengah bandar hokey, bukanya dekat dalam hutan belantara. Serius, aku memang kagum masa lalu tengok sungai ni. 

Negara kita pun ada sungai jugak, tapi tahap kebersihan tak tercapai lagi macam ni. Pendapat aku, semuanya sebab masalah disiplin, semua orang nak ambik jalan senang. Komitmen dah ok, sehari dua bersungguh-sungguh nak jaga kebersihan sungai, tapi masuk hari ketiga, komitmen dah tak sama macam hari pertama, pastu mulalah buat perangai. Jadi, sama-samalah kita menjaga sungai jugak, sebagai warisan untuk masa hadapan. 


Ada map dekat tepi tangga masa kitorang nak naik semula ke atas. Ok jugak, kalau rasa nak tersesat lain kali, boleh cari map dekat sini. Tengok jam pun dah pukul 12 lebih, then kitorang beransur dari Dongdaemun untuk ke Itaewon pulak, sebab nak pergi solat dekat Seoul Central Mosque di situ, jom... Haiya Ala Solah...

Itaewon


besar jugak Itaewon St.


Keluar jer dari Itaewon St. terus jumpa dengan map ni, tempat kitorang berada adalah dekat No. 1, and tempat yang nak dituju iaitu Seoul Central Mosque adalah dekat No. 4. Tengok map macam senang, tak susah mana nak cari masjid Seoul, jalan terus pastu belok kanan. Meh aku besarkan sikit gambar kot ada yang tak nampak.

sudah tahu arah nak dituju, kitorang pun memulakan langkah.


Apa yang aku perhatikan dekat sini, suasana di Itaewon dah macam dekat tanah arab, sebab kebanyakan penduduk di sini, rata-rata yang lalu lalang adalah orang arab. Makanan or restoran yang halal hampir setiap tempat boleh nampak, ada fulus, masuk jer yang mana-mana. Bukan setakar restoran, tapi kedai runcit yang jual barang basah halal jugak ada contoh nak beli ayam ker...and lain-lain lah.

boleh tahan harga

Inilah persimpangan yang aku cakap awal-awal masa jumpa map tadi, kena cross ke depan tu untuk ke Seoul Central Mosque.


Selepas cross, jalan depan sikit akan jumpa dengan Restoran Siti Sarah. Kalau rasa tekak tak boleh terima makanan Korea and Arab, ada pilihan lagi untuk untuk menikmati selera kampung halaman sekiranya datang ke Seoul, Korea. Sedap tak sedap aku tak surelah sebab aku tak singgah makan dekat sini pun, just lalu jer untuk ke masjid.

Daripada Restoran Siti Sarah, jalan depan sikit lagi dah boleh nampak kubah masjid dari jauh.

Sebelum sampai ke masjid, dekat sebelah kanan akan jumpa Restoran Murree ni. Aku saja highlight sebab ramai bloggers and forumer datang makan dekat sini. And masing-masing bagi review yang positif. 

Seoul Central Mosque


Alhamdulillah...tak lama kemudian, kitorang berjaya sampai ke Seoul Central Mosque tanpa sebarang kejadian tak diingini. Lepas tengok map, kitorang naik ke atas melalui tangga yang disediakan. Dari info, Seoul Central Mosque ni dibina pada tahun 1976 and banyak mendapat dana dari negara Islam yang lain especially Arab Saudi. So, no wonder lah ramai penduduk Arab yang menetap di sekitar kawasan sini, and kalau tengok orang Arab speaking Korean tu, janganlah rasa hairan pulak. 

Allahu Akbar

Aku ambik gambar sekejap jer sebab nak cari tempat ambik wuduk untuk wife aku. Lepas tanya dengan salah seorang sahabat muslim, dia bagitau tempat ambik wuduk untuk muslimah disebelah belakang masjid ni. Manakala tempat untuk solat pulak adalah ditingkat atas.

tempat wuduk wanita

untuk solat, kena masuk pintu depan tu and naik ke tingkat atas

Aku saja sebut pasal tempat ambik wuduk and solat bagi orang perempuan, sebab untuk lelaki, senang sangat. Tempat ambik wuduk disebelah kanan tangga and untuk solat, naik jer melalui tangga tersebut untuk masuk ke dalam masjid. Selesai solat, kitorang tak terus balik, tapi lepak dekat depan masjid ni, ada kerusi untuk duduk. Even cuaca nampak terang, tapi sejuk ketaq-ketaq ni, jangan main-main. Masa melepak dekat sini, baru kitorang buka makan strawberry yang beli di Dongdaemun tadi. Perhh...rasa dia manis giler, sangat sedap!

menyesal beli 1 pack jer, sedap sangat...so, aku pun recommended untuk korang jugak!

view sekitar Itaewon dari tempat aku duduk


Inilah view last yang sempat aku snap sebelum bergerak meninggal Seoul Center Mosque and Itaewon. Lepas ni kitorang pergi cari tempat untuk lunch pulak. Dah tengahari cam gini, makan strawberry jer tak kenyang, selera orang melayu, nak tak nak, kena cari nasi jugak... Dari masjid, kitorang berjalan balik menuju ke Itaewon St. Di mana kitorang makan and apa aktiviti lepas tu, aku sambung dalam next entry.

Roger and out.


43 comments:

  1. saya jeles ok tgk buah strawberry itu. nampak sedap! mesti manis kan. hehehehe.

    jernih sungguh la air sungai tu. kita kt malaysia ni, xde nya sungai sebersih itu. kalau ade pun 1-2 tempat je kot, ke takde langsung. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat sedap pun strawberry tu sue, dahla murah, sebab tu yang tak puas hati beli 1 pack jer, huhu...

      mesti ada, takkan lah takda pulak, cuma tak jumpa je lagi dekat mana...

      Delete
  2. Hati2 bang licin tu jgn nanti jatuh pulak dlm sg tu JM pulak yg susah heeeee eh kenapa JM plak heeeee

    Restoran sti sarah, no restoran baru ni coz time JM pegi dulu lom ada lsgi owner dia from indon eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu sangat bila ada orang ambik berat, cewah...ala jm, sebab pakai kasut yang anti-licin, tu pasal berani berdiri macam tu, hehe...

      rasa-rasanya kot jm, dari info blogger lain, diorang cakap owner dia indon...

      Delete
  3. tengok strawberry tu teringat strawberry kat Yangshuo. jauhnya nak kena g untuk makan strawberry yang sedap dan manis. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan pm...berbeza sungguh dengan dekat sini, padahal jual tepi-tepi jalan jer...

      Delete
  4. Ada terbaca kat blog, katanya kat dalam Doota tu ada banyak souvenir murah. Tak singgah ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke mie...taktau pun, ala...rugi pulak rasa tak masuk ritu. sebab shopping complex, tu pasal tak masuk...

      Delete
  5. banyak jugak kedai halal area situ ye..
    emm..sedap stroberi tu..rasa same tak dgn yg CH punye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang dekat CH, macam ada masam-masam sikit, taktau kot makan yang gred rendah ke. tapi yang sini memang manis sedap CV...lepas satu, satu angkut masuk mulut, hehe...

      Delete
  6. Nice!
    Jernihnya sungai kat sana... ada ikan tak?
    Kalau ke sana memang gue nak cari strawberry tuh... x pernah makan strawberry sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan tak nampaklah saffuan, ada cari-cari jugak. supposedly ada lah, sebab nama pun sungai kan...

      nanti pergi jangan lupa cari...masa nak beli tu testing dulu sebiji dua...

      Delete
  7. Sedap manis ori kan strawberi dia tu kan........ jangan macam kat bandung, manis giler sampai melekat dekat bibir.. sebab rendam air gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ori la shidah siap rendam air gula lagi...yang ni ori tau...fresh gitu, hehe...

      Delete
  8. strawberry dia mmg manis!!! hahahah alamakk rindunya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ikut nasihat ko jugak lah yang beli ni henry, seb bek sedap, hehe...

      Delete
    2. nnt try beli buah limau kat jeju lak. kikikiki manis katanya!

      Delete
    3. ok noted! kalau pergi jeju memang kena tapau lima pulak, hehe...

      Delete
  9. x abes2 lg ye citer korea ni bro..,ehHHe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi wak...ada 1,2 entry lagi baru nak khatam...

      Delete
  10. haish ni yg rasa nak terbang ke korea lg ni...hehehe btw, dah smpai dongdaemun tak try ikan bakor dia tu ke...hehehe sungai tu, kalo pi area dongdaemun ni tak bape cun, if pi belah gwanghwamun square tu cun n cantik...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah makan akak ikan bakar tu, ari ke dua lepa balik dari nami island, terus kitorang terjah...memang sedap!

      tak teringat untuk pergi gwanghwamun square tu, huhu...padahal dah dekat dah masa visit gyeongbokgung palace...

      Delete
  11. setiap lagi masuk BLOG orga pasti kepala ni merewang nak gi jugak Korea ni
    tafi x gak gi gi erk hehehhe
    best lah ORGA
    info yg sangat baik. doakan rezeki aku ada kat sini erk amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dila...one day mesti ko jejak kaki dekat sini jugak...aku tak puas hati pergi sekali jer sebab banyak lagi tempat tak cover conthnyer macam busan and jeju...

      Delete
  12. Teringat masa menapak ke Masjid tu...rasa tertonggek jalan daki bukit tu. Akak suka ke itaewon ni sebab ada satu bakery jual baklava yang akak rasa tersangatlah sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala~...tak tau pulak pusal pasal baklava ni...ruginyer tak cuba ritu...

      Delete
  13. Jernih je air dia...
    Kat Malaysia ni susah jugak nak jumpa sungai dalam bandar yang jernih......
    Mesti ada je ikan "sampah" yang terapung kan...... =D
    Nampak strawberry dia tu gebu2 je......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aj...harap-harap one day, sungai kita pun sebersih macam ni jugak...tak mo ada sampah-sampah lagi...

      Delete
  14. Yes strawberry diorang memang manis..plus kalau dapat yang besor-besor tu heemmp best giler,
    time pegi dulu sempat gak merasa petik stoberi sampai sebakul dapat, makan sampai lebam..siap packing bawa balik malaysia lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sedap kan...kitorang tak ambik yang paling besar, tapi pilih yang sedang-sedang jer, tu pun dah sedap. untunglah siap dapat tapau bawak balik m'sia lagi...jeles ni :)

      Delete
  15. Dah ada info sikit2 lepas ni senanglah kalau nak bercuti ke Korea.. Jarang jumpa strawberi manis kan? Selalu kat Malaysia ni, bau dia bukan main manis tapi bila makan masamnyer la hai.. Tipu tertipah.. Gugugu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang memang camtu mieza, tu pasal kena hati-hati kalau nak beli...kalau boleh, mintak rasa dulu, dah puas hati baru beli...

      Delete
  16. Gambar masjid tu cantik. Strawberry tu buat saya terliur. Cantik!

    Kalau ke Korea, bolehlah singgah di tempat-tempat ni. Tapi tak tau bila?

    Mengapa orang Arab menetap di Korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mesti sampai jugak akak...saya rasa mungkin hubungan diplomatik kot, tu yang menyebabkan ramai orang arab menetap dekat sini. Lagipun dari info yang saya baca, masjid ni dibina hasil sumbangan dari negara-negara arab...

      Delete
  17. Uih tak sangka pulaks ada perkataan BAHASA MELAYU kat koya.. hehehe.

    Stoberi tu cantik gile.. rupa mcm plastik yg dibuat stoberi je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni dekda...jual tepi jalan jer, kalau datang sini jangan lupa beli kay :)

      Delete
  18. Waaaa teringat masa dulu saya pi sini hujan lebat yakmats kat dongdaemon tu... Sempat le beli sekaki payung dek kerna taknak basah kena hujan.

    Pernah jugak solat kat semejid tu, time nak amik wuduk ya ampunnn gigil2 katanya heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita janggel, fuh...masa nak ambik wuduk tu, menggigil-gigil, sejuk sangat air paip tu. macam basuh dengan air ais...seronok dapat pengalaman macam ni, hehe...

      Delete
  19. wah.jernih sgt tgk air sungai dia. cantik jea.susah nak cari sungai mcm ni kat mesia..huuhu
    ada jugak pilihan makanan kat sana kan. kalau nik, sedap tak sedap makan jea la.asal dapat alas perut. yg penting dapat jln2.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah orang tak boleh macam tu nik, nak jugak makan yang sedap. so far okay lah dekat sini, banyak jer pilihan untuk makan, paling tak pun, boleh masak sendiri dekat guesthouse, hehe...

      Delete
  20. strawberry tu beritu beli 3pack 10000 won. Dah lah besar, manis pulak tu..

    ReplyDelete
  21. Salam..Last year ambik wuduk kat masjid. Air dia sejuk kemain. takde heater..dushh..menggigil..macam ambik wuduk guna air terjun.

    ReplyDelete
  22. salam, saya baru baca entry ni sebab tgh survey nak gi korea. okay, itaewon nyer station ada eskalator eh...sebab ramai kawan saya cakap takde eskalator laa lif laa...kena naik tangga serupa bangunan 4 tingkat laa...hahaha...so far saya rasa entry ni paling berkeyakinan aa nak cerita kat orang pun...yes, mau plan ke sana next year!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...