Monday 6 May 2013

Tahniah MALAYSIA !!



First time dalam sejarah aku, tengok keputusan pilihanraya lebih penting dari tengok bola MU vs Chelsea, abah aku pun sama, masing-masing tekun menunggu depan tibi. Masa iklan, ada jugak pegang remote nak tukar channel kejap, dah kena sound dengan mak aku. Baheklah mak, anakanda paham, kena pentingkan hal negara dulu. And, first time jugak tahun ni aku keluar mengundi, maklumlah...baru cukup umur katakan. Tapi, seronok dapat join pilihanraya kalini, sebab kebanyakan member aku yang lain pun turun sekali, so terjadiklah reunion secara tidak dirancang. Aku mengundi dekat dua tempat, satu di Kedah, and lagi satu di Perlis sebelah wife aku. So far, Alhamdulillah, dekat tempat aku takda la rusuhan bagai even masing-masing berlainan parti.


Giler kreatif! ada banyak lagi sebenarnya, aku jer yang tak sempat ambik gambar, sebab jumpa pun dekat tepi jalan masa tengah bawak kereta. Entahlah ada lagi ke tak esok, kalau ada lagi, memang aku nak buru yang ni je esok. Masa pilihanraya sebelum ni, seingat aku, takdalah ada sampai macam ni, siap buat motor helikopter bagai. And aku ada jumpa kapal terbang, kereta kebal, bot besar pastu ada orang dekat dalam, macam-macam lagi lah.... Salute lah dengan semua orang yang buat ni, memang sangat kreatif.

saya pilih mengundi.

Walaumacammanapun, pilihanraya sudah keluar keputusan nyer. Apa yang pasti, pilihanraya kalini sungguh sengit, and ada peningkatan dalam dunia politik di negara kita. Tidak dinafikan masih ada lagi kekurangan, tapi sekurang-kurangnya, kita telah maju setapak ke hadapan. Cewah, dah macam ahli politik pulak kan... Anyway, Tahniah Malaysia dan diharapkan pihak yang akan mentadbir nanti, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik.

I love Malaysia !

Roger and out.



31 comments:

  1. balik umah membasuh dan masak dakwat tu dh tanggal huhuhu
    Baru plan nk tunjuk kt member opis hikssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke jm? samalah...basuh pinggan je pun, dah abis hilang...takper, 5 tahun lagi, boleh tunjuk pulak :)

      Delete
  2. mcm2 gubahan diorg buat kan. hehehe
    tahniah buat Dato' Seri Najib!
    saya pun bersengkang mata menanti keputusan penuh PRU13 mlm tadi.
    bangun pagi terus g kerja mcm biasa.
    ye la kan, xdpt cuti...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...kesiannyer, apsal tak ambik cuti sue...saya cuti sampai rabu nanti, sekarang masih lagi dikampung. harini nak hunt harumanis, wink-wink :)

      Delete
    2. bkn tamo cuti orga. ari rabu-khamis minggu seterusnya tu, saya ada kursus setiausaha. pastu jumaat-isnin lepas abis kursus, terus amik cuti balik kampung. hehehe

      Delete
  3. wahh semangat tu 1st time ngundi...orang Kedah ke Orga? Dah bertukar tampuk pimpinan nampaknya tu...Semoga Malaysia sentiasa aman sejahtera...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup DJ, saya orang kedah...takpa, sesiapa memimpin pun okay, yang penting, depa memperjuangkan Islam and jaga kebajikan semua orang, hehe...

      Delete
  4. baru cukup umur ke??? hak..hak..hak.....*gelak guling2*

    ReplyDelete
  5. tahniah Malaysia..tahniah BN

    p/s: untonglah dpt ngundii

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak merasa jugak pengalaman mengundi kimi :)

      Delete
  6. Eh... Orga kau dapat duit tak??? hew hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit mende shidah...aku tak dapat pun...untunglah ko, kurang-kurang dapat jugak 150 modal balik kampung...tak aci!!

      Delete
  7. Oh dakwat saya masih setia di jari sehingga ke hari ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke janggel...aku punya ada lah kot dalam sehari gitu, pastu dah hilang...

      Delete
  8. wpun sepatutnya akak mengundi kali ke3 tapi nak buat mcm mana tahun ni baru smpi seru makanya jadilah pengundi baru ;)
    tapi mmg PRU13 ni lagi hebat dan meriah berbanding PRU yg dah lepas
    bagus anak2 muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best rupanya mengundi ni...rugi la dulu tak join...lagi best sbb buleh claim duit myk...hhaha

      Delete
    2. tu lah kan akak, ramai sungguh balik mengundi tahun ni...pastu masing-masing excited habis, yang penting, semua orang dah laksanakan tanggungjawab kan :)

      tak aci lah CV, taktau pulak boleh claim duit minyak...kalau tau awal, nak je claim dekat kedua-dua belah pihak, banyak sikit dapat, hehe...

      Delete
    3. Orga, ada jugak yang claim kt dua2 belah parti..hish..tak baik sungguh mereka itu..hehe

      Delete
  9. tunggu result sampai bengkak mata ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...samalah kita kA...gigih kan :)

      Delete
  10. PRU kali ni memang terasa kemeriahannya..Kami pun turut sama rasa tempiasnya. Sampai je kat lcct hari ahad 5 mei tu, terus hantar beg ke rumah dan terus pecut kereta balik kg mengundi...Hehehe..gigih nak mengundi ek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah macam suasana raya pulak kan akak, walaupun jauh, tetap sanggup balik jugak...saya pun sama, walaupun tau jumaat tu akan sesak teruk jalan balik kg, tetap balik jugak, hehe..

      Delete
  11. Hahhahahaha...
    AJ pun tak tengok bola..
    Penangan keputusan PRU.....
    Last2 keputusan belum keluar, AJ lelap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah aj ni...patutnyer kena tunggu sampai keputusan kuar tau baru lelap...sebenarnya time tu mengantuk jugak, tapi tengok mak pak semangat tunggu, takkan orang muda nak kalah dengan orang tua kan, so tunggu lah jugak even mengantuk...

      Delete
    2. Tak lalu la nak menunggunya tu...
      Hehhhehehh...
      So nak taknak, lelap la jugak sebelum tv tengok AJ...

      Delete
  12. PRU13 dah habis tapi panasnya belum habis..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal hanif, sekarang kecoh isu lain pulak...harap-harap tak berpanjangan lah...

      Delete
  13. Saya beratur 2 jam lebih nak mengundi...he..he... kalah tunggu nak naik ride kat USS....he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak lah lama macam tu, tapi dalam setengah jugaklah...kalau pergi lewat petang, tak ramai dah, lagi cepat dari yang pergi waktu pagi...

      Delete
  14. kreatif la diorg ni.meriah.raya pun tak hias mcm ni skali..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...