Tuesday, 30 July 2013

Travel Mobile Internet - Visondata Pocket Wifi


Salam semua...sebenarnya, entry kalini takde kena mengena dengan gambar di atas. Tetapi sebagai pembuka selera, so aku pun tepeklah jugak. Al-maklumlah, dah lama sangat tidor petang, harini baru terjaga. Teruk kan aku, huhu... Tapi takper, bila selera sudah dibuka, aku akan cuba sedaya upaya, mencurahkan keringat dan bakti untuk menghupdate blog bertubi-tubi, cewah~...

Wokey...berbalik kita kepada tajuk asal perutusan harini iaitu mengenai Pocket Wife yang orang guna semasa travel di luar negara. Kalau dalam negara tak yah citer la kot, rasa-rasanya, hampir 90% rakyat M'sia menggunakan hanpon ada internet kan, nak update facebook, nak whatsapp dengan mak ayah, pastu pulak nak wechat dengan anak-anak, pastu lagi nak rakam video dekat keek sebab baru je couple seminggu, macam-macam lagilah. So, entry ni khas untuk mereka yang kaki internet and sebagai salah satu alternatif bila melancong ke luar negara.

Visondata Pocket Wifi (www.visondata.com.my)


Beberapa hari lepas aku ada ternampak pasal Visondata Pocket Wifi ni dalam paper, so aku pun try kaji selidik dekat website diorang, so far info yang diorang bagi ok. Kalau nak diikutkan, aku pun bukan kaki internet sangat, so kalau travel tu mengharapkan ehsan wifi tempat aku stay or mana-mana free spot untuk wifi ni. Daripada apa yang aku baca, menariknya pasal Visondata Pocket Wifi ni, office nyer cuma terletak di Mid Valley. Maksud aku, dekat dengan tempat kita, so senanglah nak berurusan. Kalau sebelum ni, pilihan yang kita buat setiap kali travel, kita akan sewa pocket wifi dekat negara yang nak pergi tu, mungkin method yang diguna pakai macam payah sikit. Cara-cara untuk sewa Pocket Wifi ada distorykan secara details dalam website diorang or secara ringkasnya macam dekat bawah:

Tatacara menyewa Pocket Wifi Visondata


Mudah je kan... Kalau nak lagi senang, terjah jer office diorang dekat Mid Valley sinun. Alang-alang pergi tukar duit dekat Money Changer situ, boleh singgah terus. Bawah sebahagian dari pakej yang diorang tawarkan and rupabentuk Pocket Wifi ni. Tak sure la pulak samada lebih murah or mahal...

Pakej


Pocket Wifi


Lepas ni, setiap kali travel, boleh terus update blog kan. Takyah nak tunggu balik kampung halaman dulu baru nak update. Tapi, pendapat peribadi aku, pakej ni sesuai untuk yang travel by group la kot, macam aku jenis yang kedekut ni, payah sikit lah. Kalau by group, boleh kongsi-kongsi untuk bayar sewa, kalau sesorang, masak jugak tu nak bayar. Untuk mereka yang berminat dengan Pocket Wifi ni, bolehlah terjah office diorang di alamat dibawah:

Visondata
P1-K07, Level P1, 
The Garden Mall, Mid Valley,
59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2282 8862
Fax: 03-2202 1159

Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa.

Roger & out.


Sunday, 14 July 2013

Jom tidor petang!

Salam semua...

Apa yang boleh aku katakan, kini ia telah kembali and hidup aku kembali ceria. Dikesempatan ni jugak, dengan rasminya, aku nak mengajak korang semua tidor petang. Tah-tah before aku ajak dah ada yang terbongkang dah gamaknya. Kalau usul "Hari Blogger Tidur Petang" pun ok jugak kan, bayangkan, hari ahad minggu depan, bandaraya, shopping complex, semua sunyi jer, sebab semua orang menyahut cabaran tidor petang. Tidor pun tak lama, maybe selepas zohor sehingga sebelum asar. Aku pun jap lagi, nak beradu lah kejap. Kata orang tua-tua, nak merehatkan badan. Padahal tak buat papepun pagi tadi, muahaha...Tapi, before tidor, dah menjadi habitat aku membaca dulu. Kalau usul "Mari Membaca Sebelum Tidur Petang" pun ok jugak kan, bayangkan...hmm, malaslah, asyik nak bayangkan jer...

Hujung minggu cam gini, cuaca pun suram and sejuk jer, tanpa ada orang suruh, aku pun melangkah masuk ke mini library rumah aku. Sebelum pilih buku, ambil penanda buku dulu. Bukan apa, nanti bila baca buku, kalau nak tertidur, boleh tanda and sambung dikemudian hari, cewah...


Kemudian, aku pun mula meneliti buku-buku yang terletak di rak-rak yang tersedia ada. Banyak pilihan sebenarnya, dari genre romance, suspense, horror, mystery, action lagi lah... Kalau nak diikutkan, hampir kebanyakan buku-buku yang ada, kesemuanya aku dah baca. Tapi, saja nak baca lagi, seronok sebenarnya baca buku.

antara genre yang tersedia ada

Setelah membuat analisis yang teliti, aku telah memilih 5 buah buku di mana, 3 daripadanya dari genre mystery and 2 lagi dari genre comedy. Aku memilih genre ni berdasarkan cuaca pada petang ni, sebabnya jap lagi nak tidor petang, so sangatlah sesuai. 

 genre mystery

genre comedy

Wife aku cakap harini dia nak buat donut, patutkah aku tolong dia? hm...tidak, tidur itu lebih indah, tambah-tambah diwaktu petang sambil disulami dengan membaca buku. So, jom tidur petang :)



Roger and out.




Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan


Salam semua...

Pejam celik pejam celik, dah nak menyambut bulan ramadhan. Cepat betul masa berlalu, tak puas lagi bergaduh, dah nak kena mintak ampun maaf dah. Yang penting, alang-alang dah nak masuk bulan ramadhan ni, sama-samalah kita muhasabah diri, kalau dah rasa amalan tu cukup-cukup makan jer, perbanyakkanlah. Masing-masing dah besar, takkan mende macam ni pun nak kena ingatkan. Cewah...macam ustaz pulak, tapi kekadang, aku pun sama jer, hehe...tapi takper, yang penting, kita saling memperingati antara satu sama lain. Oh ya...pic atas aku snap masa dekat Saga Torokko Station, huhu...tetiba teringat suasana di Kyoto, tah bila pulak ada peluang nak jejak kaki ke sana lagi.

Okaylah, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua, and sama-samalah kita tingkatkan amalan :)

Roger n out.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...