Sunday, 14 July 2013

Jom tidor petang!

Salam semua...

Apa yang boleh aku katakan, kini ia telah kembali and hidup aku kembali ceria. Dikesempatan ni jugak, dengan rasminya, aku nak mengajak korang semua tidor petang. Tah-tah before aku ajak dah ada yang terbongkang dah gamaknya. Kalau usul "Hari Blogger Tidur Petang" pun ok jugak kan, bayangkan, hari ahad minggu depan, bandaraya, shopping complex, semua sunyi jer, sebab semua orang menyahut cabaran tidor petang. Tidor pun tak lama, maybe selepas zohor sehingga sebelum asar. Aku pun jap lagi, nak beradu lah kejap. Kata orang tua-tua, nak merehatkan badan. Padahal tak buat papepun pagi tadi, muahaha...Tapi, before tidor, dah menjadi habitat aku membaca dulu. Kalau usul "Mari Membaca Sebelum Tidur Petang" pun ok jugak kan, bayangkan...hmm, malaslah, asyik nak bayangkan jer...

Hujung minggu cam gini, cuaca pun suram and sejuk jer, tanpa ada orang suruh, aku pun melangkah masuk ke mini library rumah aku. Sebelum pilih buku, ambil penanda buku dulu. Bukan apa, nanti bila baca buku, kalau nak tertidur, boleh tanda and sambung dikemudian hari, cewah...


Kemudian, aku pun mula meneliti buku-buku yang terletak di rak-rak yang tersedia ada. Banyak pilihan sebenarnya, dari genre romance, suspense, horror, mystery, action lagi lah... Kalau nak diikutkan, hampir kebanyakan buku-buku yang ada, kesemuanya aku dah baca. Tapi, saja nak baca lagi, seronok sebenarnya baca buku.

antara genre yang tersedia ada

Setelah membuat analisis yang teliti, aku telah memilih 5 buah buku di mana, 3 daripadanya dari genre mystery and 2 lagi dari genre comedy. Aku memilih genre ni berdasarkan cuaca pada petang ni, sebabnya jap lagi nak tidor petang, so sangatlah sesuai. 

 genre mystery

genre comedy

Wife aku cakap harini dia nak buat donut, patutkah aku tolong dia? hm...tidak, tidur itu lebih indah, tambah-tambah diwaktu petang sambil disulami dengan membaca buku. So, jom tidur petang :)



Roger and out.




41 comments:

  1. wah ang suka membaca rupanya erk ORGA\patut lah penulisan hang TIPTOPMATTOP!!
    dengan membaca luas pengetahuan
    aku lau nak baca ni kena ada mood
    lau mood cipot aku kena tunggu MOOD tu naik Graph baru boleh baca dengan feeling hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...baca komik je dila, nak baca novel takde selera petang-petang cam gini, hehe...

      Delete
  2. wahh! pengumpul komik tegar nih! mana buku2 ilmiah ada x? *kata2 berbau sindirian* kekeke ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu henry, buku ilmiah tolak tepi dulu, ahaha...

      Delete
  3. wah banyaknya komik
    sy pun suka baca dari dulu sampaila sekarang
    paling faveret penyiasat remaja tulah
    hajime kindaichi 10x ulang baca yang sama tak jemu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...ada geng, samalah muis, dah bape kali baca pun tak boring...

      Delete
  4. Ish hang ni, cer bawak2 baca kitab tafsir ker, terjemahan Quran ker - mesti lagi cepat hang tersengguk lena....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...betul tu kak, tak sempat masuk page kedua, dah tersungguk nanti...

      Delete
  5. yg sy layan gak yg last tu je...sbb roommate dulu giler sinchan ni...hehehe selalu jd mangsa tlg beli utk dia...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinchan yang paling best kak, lukisan buruk giler, tapi penceritaan best...

      Delete
  6. aku kalo balik kampung pun terjah rak komik.. hahahah.. penyiasat remaja mmg kesukaan aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pun minat jugak zette, ingatkan orang pompuan tak baca mende-mende cam gini, hehe...

      Delete
  7. Bro....minat baca komik ker...
    Sama ler kita..release tension..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...setuju tu, saja nak release tension, cewah...

      Delete
  8. Ohh..suka baca komik ropenya..no wonder lah otak 'gila-gila' heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi gila kena layan spongebob and sinchan selalu jm, hehe...

      Delete
  9. kah..kah..kah..bermacam-macam genre,seram,misteri,romance..tapi semua komik...hampes...
    igtkan baca 'sebenarnya saya isteri dia'..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak termuntah aku aza bila ko sebut 'sebenarnya saya isteri dia'...novel cintan-cintan ni aku tak layan sangat, jatuh lah martabat aku sebagai lelaki nanti kalau baca, ahaha...

      Delete
  10. wooo....... aku memang fail kalau baca komik... kalau aku tayangkan aku punya novel..... huh habis laaa.... semuanya novel romantik dan airmata. Aku mmg tak moh tayangkan novel yg banyak tu... sbb nanti kalau ada sesape datang rumah ada jer yg pinjam pastu tak pulangkan... alamatnya hilang la... sebab tu la aku jadi kedekut

    Masa kau tulis N3 ni aku mmg tengah tidur terbungkang depan tv siap selimut lagi... sejuk giler petang ahad tu, tak payah pasang kipas

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama shidah, kalau ada episod yang takde tu, memang dah hilang pun, macam ko cakap la, pinjam pastu tak pulangkan...

      Delete
  11. Replies
    1. ahaha...minat terpendam katakan...

      Delete
  12. Salam orga..

    Sy ade email aritu kat bulatnyer [at] yahoo [dot] com
    ade dpt x? nk tny sikit sal japan.. tq

    ReplyDelete
  13. wah wah pengemar komik rupanya..boleh release tension kata orang, tapi MS tak pandai baca komik novel jugak yang kena di hati hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel pun baca jugak ms, just kekadang nak release tension, layan la kejap komik lama-lama...

      Delete
  14. Pehh...banyak gilerrrrrrr komik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah banyak sangat cv, hehe...

      Delete
  15. Suka baca komik/manga rupanya Orga ni! Ini boleh geng dengan anak sulung saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu kak, kitorang kan sebaya jer, cewah~...

      Delete
  16. Huiyoo kaki komik rupanya + soalan: REMAJA LAGI KERRR?! :p
    Amboi, tido lg indah dari tlg isteri yeee? :D
    Kalau la suami den buat camtu, kena tarik telinga dulu le gamaknya hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. remaja lagi la ni, jangan jeles dekda, hehe...ala, sekali sekala bergurau senda dengan isteri ok kan :)

      Delete
  17. Sekarang dah jarang tdo petang.. Tapi boleh jugak kalau diusulkan.. kohkohkoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidor petang acara wajib miza tiap kali hujung minggu, tu pun kalau takde aktiviti lain ler, hehe...

      Delete
  18. Wahh lama nya tido petang sampai sekarang x up citer baru.Sesekali skip tido petang tu buat baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, lama sangat si orga ni tidor petang, teruk kan...yela-yela, tengah cari idea nak wat entry baru, huhu...

      Delete
  19. Untungla dpt cuti hujung minggu bersama famili.. ada org yg kurang untung ni kena meeting weekend seharian suntuk.. sigh.... rupanya pengumpul komik ya... bagos2..minat membaca tu x restrict pd satu2 genre aja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu farikica, tak semestinya yang ilmiah je kan, kena ada yang yang lain jugak, so takla rasa boring sangat kalau nak membaca tu, hehe...

      Delete
  20. tak blh tido petang nik ni. nnt bangun mula la sakit kepala.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang pompuan memang tak dibenarkan tidor petang nik, korang semua kena memasak, hehe...kitorang lelaki je yang boleh tidor, hehe...

      Delete
  21. Vavavava..seronok le tu dpt tido petang.
    Sama mcm hubby sue gak.
    Sbb dia tu burung hantu. Mlm berjaga, siang tido..
    Ahlil musik la katakan, dpt idea time mlm..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...