Tuesday, 30 July 2013

Travel Mobile Internet - Visondata Pocket Wifi


Salam semua...sebenarnya, entry kalini takde kena mengena dengan gambar di atas. Tetapi sebagai pembuka selera, so aku pun tepeklah jugak. Al-maklumlah, dah lama sangat tidor petang, harini baru terjaga. Teruk kan aku, huhu... Tapi takper, bila selera sudah dibuka, aku akan cuba sedaya upaya, mencurahkan keringat dan bakti untuk menghupdate blog bertubi-tubi, cewah~...

Wokey...berbalik kita kepada tajuk asal perutusan harini iaitu mengenai Pocket Wife yang orang guna semasa travel di luar negara. Kalau dalam negara tak yah citer la kot, rasa-rasanya, hampir 90% rakyat M'sia menggunakan hanpon ada internet kan, nak update facebook, nak whatsapp dengan mak ayah, pastu pulak nak wechat dengan anak-anak, pastu lagi nak rakam video dekat keek sebab baru je couple seminggu, macam-macam lagilah. So, entry ni khas untuk mereka yang kaki internet and sebagai salah satu alternatif bila melancong ke luar negara.

Visondata Pocket Wifi (www.visondata.com.my)


Beberapa hari lepas aku ada ternampak pasal Visondata Pocket Wifi ni dalam paper, so aku pun try kaji selidik dekat website diorang, so far info yang diorang bagi ok. Kalau nak diikutkan, aku pun bukan kaki internet sangat, so kalau travel tu mengharapkan ehsan wifi tempat aku stay or mana-mana free spot untuk wifi ni. Daripada apa yang aku baca, menariknya pasal Visondata Pocket Wifi ni, office nyer cuma terletak di Mid Valley. Maksud aku, dekat dengan tempat kita, so senanglah nak berurusan. Kalau sebelum ni, pilihan yang kita buat setiap kali travel, kita akan sewa pocket wifi dekat negara yang nak pergi tu, mungkin method yang diguna pakai macam payah sikit. Cara-cara untuk sewa Pocket Wifi ada distorykan secara details dalam website diorang or secara ringkasnya macam dekat bawah:

Tatacara menyewa Pocket Wifi Visondata


Mudah je kan... Kalau nak lagi senang, terjah jer office diorang dekat Mid Valley sinun. Alang-alang pergi tukar duit dekat Money Changer situ, boleh singgah terus. Bawah sebahagian dari pakej yang diorang tawarkan and rupabentuk Pocket Wifi ni. Tak sure la pulak samada lebih murah or mahal...

Pakej


Pocket Wifi


Lepas ni, setiap kali travel, boleh terus update blog kan. Takyah nak tunggu balik kampung halaman dulu baru nak update. Tapi, pendapat peribadi aku, pakej ni sesuai untuk yang travel by group la kot, macam aku jenis yang kedekut ni, payah sikit lah. Kalau by group, boleh kongsi-kongsi untuk bayar sewa, kalau sesorang, masak jugak tu nak bayar. Untuk mereka yang berminat dengan Pocket Wifi ni, bolehlah terjah office diorang di alamat dibawah:

Visondata
P1-K07, Level P1, 
The Garden Mall, Mid Valley,
59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2282 8862
Fax: 03-2202 1159

Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa.

Roger & out.


15 comments:

  1. nice info la Orga...baru2 ni ada bincang psl nak sewa pocket wifi kat airport country yg bakal kami nakpi...tp bila pikir, kang org nak jalan2, nak seronok2...tp kalo dah semua org duk main hp jee....haa baik tak payah kan....so terus tak jadi...hehehe setakat ni, pada pendapat saya la, cukup la kalo duk hotel yg ada wifi kot...hehehe mahal wooo nak sewa tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun kak, saya pun memang pakai wifi dekat hotel jer, kalau nak update pun, balik hotel dulu baru buat...

      Delete
  2. Tersengih bila baca ayat video baru kapel seminggu..kalau x update blog seminggu leh wat keek jugak ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi muis...macam perli nampak, hehe...

      Delete
  3. Tak pernah ada wechat, line, wassap ke menda2 ke (tak tahu pun nak guna) sbb pakai hp bodo yg takde kamera je (ada kwn pulak tak caya.. huh!).

    Kalau travel, sanggup balik umah update kat umah je hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul dekda...suruh abe beli cepat-cepat, ketinggalan nanti :)

      Delete
  4. aku setuju.. tuk group >4 persons better kot.. tapi mostly kat oversea ada wifi free kat hotel deme..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ko ok sangatlah zette, ko selalu travel dengan geng-geng ko, boleh la, hehe...

      Delete
  5. Good info coz JM pun festime dgr berkenaan pocket wifi ni tp klau kata nk sewa tu maybe tak kot coz x gemar sgt nk betenet time travel nih lebih suka guna yg free heee kira kedekut x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jm pun kedekut jugak ek, hehe...samalah kiter...

      Delete
  6. berkira2 juga nak sambar satu ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh-sungguh nampak kA, hehe...

      Delete
  7. Bagus info ni, before this tak tau pon boleh sewa2 poket wifi ni.. rupanya ada juge yer.... tapi nampak gayanya masih akan kekal guna wifi hotel je la kot kekeke.

    ReplyDelete
  8. Nice sharing orga..
    Samalah dgn saya, klau g mana2 mmg harapkan wifi kt tmpt yg kitorg stay je.
    Lgpun klau g tmpt org, mmg jarang hadap fb twitter bagai.
    Better spend time dgn org tersyg di tmpt org, bkn slalu dpt jlm2. Hihihi

    ReplyDelete
  9. Sekarang Visondata dah ada kat KLIA tingkat 3 Main Terminal Building. Tingkat 5 pun akan dibuka tahun depan. Sebelum nak naik kapal terbang tu boleh la ambik. Tak payah susah nak pergi Midvalley dan cari parking.

    Lagi satu HQ office yang jaga poket WiFi dan juga semua order ni ada di Solaris Mont Kiara. Boleh juga ambil di office.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...