Friday 2 August 2013

Iftar @ Umai Cafe

Kejadian iftar ni sepatutnya berlangsung pada minggu lepas, tapi memandangkan kebanyakan ahli jemaah ada hal yang tidak dapat dielakkan, maka terubah ke semalam. So aku pun ditugaskan untuk mencari tempat untuk iftar. Bagus jugak aku dapat tugas ni, sebabnya tempat iftar yang aku cari of coz lah area yang berdekatan rumah aku jer, senang sikit nak pergi. Berbekalkan pertolongan dari pokcik google, aku pun mula mencari tempat untuk iftar. Harga pulak tak moh la mahal-mahal sangat, almaklumlah aku student je lagi, lainlah macam orang lain, siap dapat bonus sebulan gaji and duit raya lagi kan. Cari punya cari, akhirnya aku pilih Umai Cafe sebab ramai blogger lain dah pergi and komen dari diorang sungguh menyelerakan.


Pada hari yang dijanjikan, kitorang pun sampai ke Umai Cafe. Tetapi ada kejadian aneh pulak yang berlaku, sebabnya booking yang aku buat diorang tak terima, maksudnya takda dalam list booking diorang. WTH!! Aku terus marah dan mengamuk sehinggakan hampir terbalik semua meja kerusi. Rupa-rupanya aku marah dalam hati jer, bulan-bulan puasa gini, tak elok marah-marah kan. Disebabkan diorang cakap booking yang aku buat takda, so aku pun tunjukkan bukti perbualan mesej aku bersama owner Umai Cafe ni, pastu terus menggelabah susun atur meja untuk kitorang. Ok jugak tempat yang diorang sediakan, walaupun takda kipas or aircond and terletak dibahagian luar, dapatlah kitorang menikmati permandangan matahari terbenam di kala menunggu waktu berbuka puasa.

Apa yang terjadi selepas tu adalah pengalaman ngeri bagi kitorang, sebabnya orang ramai ya amat, macam semut. Semua makanan nak ambik kena beratur panjang giler. Yang paling panjang of coz lah kambing bakar. Tengok riak muka kengkawan aku yang lain macam tak puas hati pun ado, rasa bersalah lah pulak. Disebabkan tak boleh nak buat apa, terpaksa beraturlah jugak. Untuk round pertama, kitorang semua berbuka dengan kuih muih je dulu. Bila tengok keadaan macam dah cool sikit, baru start untuk round kedua, tu pun still ramai lagi. Bila dah masuk round ke sepuluh and sebelas, orang dah tak ramai dah, masa ni baru aman dan damai untuk ambik makanan. Time ni jugaklah baru terdengar ketawa riang dari kengkawan aku yang lain, cewah~...

kek lapis semenanjung

karipap yang sedap

cucur udang + kuah kacang + kari ayam = jilat pinggan

roti jala yang seksi

keranamu, kami sanggup beratur...oh kambing bakar!

Apa yang aku boleh cakap pasal Iftar dekat Umai Cafe ni, makanan diorang memang terbaik. Cuma servisnya macam kurang sikit, kalau dipertingkatkan, mungkin lain kali boleh datang lagi. Harga untuk per pax pun tak mahal sangat, dalam RM39 seorang. Ada menu lain macam nasi campur, mee kari, laksa, ABC bagai, tapi aku tak sempat nak snap gambar, kecoh bersembang tak hingat punya pasal.

lokasi kejadian

Umai Cafe


Macam blogger lain jugak, lepas selesai iftar di Umai Cafe, masing-masing tak lepaskan peluang bergambar berlatar belakang Masjid Besi Putrajaya. Konsep dekat Umai Cafe ni, makan dulu pastu baru bayar. Nasib baik ada salah seorang member aku yang ingatkan, kalau tak, semua orang balik macam tu jer, tak bayar. Sebab memang tak teringat langsung, satunya sebab kenyang sangat, keduanya syok menyembang. Pukul10 lebih baru kitorang blah dari Umai Cafe, seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Wokeylah...ni je aku nak share pasal Iftar dekat Umai Cafe, so Selamat Bersahur and Selamat Berpuasa semua...

Roger & out.



34 comments:

  1. ya ALLAH kecur air liur tengok kambing bakar dgn roti jala tuh! yummehhh! seronokkan kalo dpt berbuka bersama teman2 rapat. pastu borak tak ingat! hiks. selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun henry, siap boleh terlupa nak bayar tu...selamat berpuasa jugak!

      Delete
  2. Sekali sekala jumpa kengkawan Iftar sama2 memang meriah..mcm2 topik nak di kongsi

    Cuak jugak mula2 bila baca Orga mengamuk tu cuak jugak..rupa-rupanya..heheh AUTA jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka je nampak ganas jm, tapi hati baik, hehe...

      Delete
  3. Mcm biasa lar Orga, gambar last menarik perhatian sangat! :)

    ReplyDelete
  4. wah murah tu buffet ramadhan kat umai...tak pnah plak tahu....kat picc mahal giler thn ni smpai 70..haish.....oh sedapnya cucur udang n kuah kacang tu kan....favourite ktorg kalo pi situ tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. picc pun ada iftar jugak ke kak...tapi kalau 70 per pax macam tak mahal jer. makanan dekat umai cafe ni memang sedap-sedap, tapi orang jelah yang ramai sangat

      Delete
    2. picc mmg tiap tahun buat...sedap juga...boleh kata tiap tahun pi...thn ni je lambat sket pi, br nakpi arini...hehe byk juga food dia...selesa la sket tmpt dia sbb luas...surau besar...ok la...tp tu la, tiap tahun makin naik plak harga dia...hotel2 takyah ckp la...sakit jantung tgk harga...hehehehe

      Delete
  5. Aku ari tu ada rancang nak gi iftar sini ngan kak dila. Tp di sebabkan masalah masing2 akhirnya terkubur je. Kalau bulan tak puasa pun makanan kat Umai ni boleh tahan sedap rasa dia. Tu yg kita org suka datang sini petang2 lps kerja. Ada sunset lagi.

    Orga aku nak mintak maaf ngan kau, kot ada terkasar bahasa ter komen kat blog kau yg kasar ke. 0-0 ye. SELAMAT HARI RAYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la hang shidah, datang sini bukan nak ajak aku. nanti lepas raya kita datang lepak sini, tembaklah apa yang boleh tembak, sunset ke, sunrise ke, hehe...

      aku pun sama shidah...0-0 occay :)

      Delete
  6. umai cafe ni kedai mak kawan aku (member yg aku gi jepun duk umah dia tu)...makanan mmg sedap, tapi kalo bab2 ramai org n service tak umph ni tgk pada masanyer la kot...hahaha! aku tak penah pegi, sekian. hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu biqque, makanan memang sedap-sedap. mungkin lah...nama pun tempat sedap, mesti ramai orang kan, hehe...

      Delete
  7. Kambing bakar tu memang mengancamlah !!! Cantik view sunset tuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun kak, malam-malam sikit baru kitorang balun betul-betul kambing bakar ni. makan sampai puas hati katanya...

      Delete
  8. Ya Allah hazab MS masuk sini pepegi cengini...dari tak lapar terus perut buat konset mega..boleh lap air liur tengok semua gambar hidangan tu, roti jala dan kambing panggang tu sangat mengiurkan!!! dan macam biasa gambar dari Orga mmg super ohsem!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti jala dekat sini memang sedap pun ms, even before ramadhan pun kalau bekpes sini, roti jala mesti order...sengaja kan pepagi tepek gambar cam gini :)

      Delete
  9. aku pernah ber-iftar di umai juga..tp tahun lepas...memang ramai kan,kena beratur nak amek makanan tu tu plg malas...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah aza, aku pun sama, malas nak berebut-rebut ambik makanan. nasib baik yang abis diorang cepat-cepat topup, lambat-lambat sikit pun boleh makan jugak kan, hehe...

      Delete
  10. bagus.. ko penyabar! kalo aku, aku da terbalikkan meja tu.. bukan dlm hati je *poyos kan aku*

    ReplyDelete
  11. Huh... ingatkan bergegar betul meja tu sebab marah!
    Tertipu la iolsss :P

    Umai cafe ni baru ke?
    Sbb masa kija putrajaya zaman dinaso dulu macam takde lagi kafe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau la dekda bila umai cafe ni buka, ok jer nak merasa suasana yang lain sikit...

      Delete
  12. Orga, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Beraya mana tahun nie? Utara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak zara...dah abis raya dah baru nak wish kan :)

      Delete
  13. laa..kt putrajaya ke??
    Selamat Hari Raya Aidilfitri ORGA & WIFE..
    Terima kasih kad raya tu, kecoh kejap sebab member pun pakai viva jugak..so dia terpaksa bukak sampul tu sebab nak konfem kan sapa punye kad..mase tu CV dah otw balik kg..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...ok la tu, yang penting kad nyer sampai kepada orang yang betul, hehe...

      Delete
  14. Nasib dah raya baru AJ baca entri ni....
    Kalau tak meleleh air lour tengok gambar makanan...
    Tang marah2 tu memang tak boleh blah...
    Rupe2nye dalam hati je....
    Chettt.... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah aj...saja nak bergurau senda di kala raya...

      Delete
  15. raya pon dh nak abes ni ..,ihIkss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah abis pun nak wish jugak wak :)

      Delete
  16. ORGA,

    nanti tgk blog aku...aku ade tempat baru nak recommend..restoran PIZZA-PIZZA...hari tu aku pergi buffet bulan puasa rm25 sekepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks beb...memang aku sentiasa singgah blog ko, kalau cyberjaya tu, dekat sangatlah dngan rumah aku, ahaha...

      Delete
  17. samala hanif...baru nak bw ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...