Friday 7 February 2014

Best Place Ever!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari, cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru sangat je celebrate new year, dah sebulan dah rupanya. Ke aku sorang je yang perasan macam ni? Seronok tengok kengkawan kita berjalan sana sini, Pak Lang Mie terjah Nagoya, JM pi Kemboja, Dilabangi pi umrah, Wak Gelas naik turun Batu Caves 4 kali (kagum dengan stamina beliau, cayalah Wak!), pehtu geng-geng Travelholicawesome menaiki menduduki menunggangi gajah, Azra and Zilla pulak bagi info terbaru pasal Korea, baru wa tau boleh pakai T-Money untuk shopping and makan-makan, and ramai lagi lah blogger-blogger lain yang sewaktu denganya. Aku pulak, kuar masuk kuar masuk library upm semata-mata nak siapkan thesis. Nampak macam rajin kan, tapi baca jurnal kejap je, main game yang lebih. Aku tahun ni, takdelah ke mana-mana sangat. Nak heavy travel pun mungkin start bulan Oktober ke atas. Tips dari Chawanna, kalau nak layan best autumn dekat Japan, sila pergi hujung bulan November or awal bulan Disember. Mungkin aku boleh consider date-date ni untuk repeat ke Japan. Bukan apa, meleleh air liur gua layan gambar-gambar autumn entry beliau. Ada dua sebab utama aku tak boleh heavy travel, pertamanya aku rahsiakan dulu lah yer, nanti sampai masa aku announce, muahaha... Keduanya, aku kena abiskan study aku ni, dah tua-tua macam ni rasa macam tepu dah otak nak baca buku bagai. Walau macammana pun, aku dah berjanji dengan supervisor aku nak abiskan tahun ni, and dia pun ada buat kontrak jugak dengan aku, abis je viva nanti, dia akan bagi credit card dia dekat aku untuk 1 day. So, makanlah apa yang aku nak makan, shooping la apa nak shopping. Wah...dengar supervisor aku cakap macam tu, terus berkobar-kobar semangat nak abiskan study aku ni, chaiyo!

Wokey, jom sambung pasal entry aku ni. Kalau nak dibuat perbandingan, dalam banyak-banyak tempat aku pegi, ni lah tempat yang paling best bagi aku. Enam tahun sebelumnya macam kurang sikit bestnya sebab ingatan aku baru nak membentuk time tu, so tak berapa nak ingat sangat. Tapi lima tahun selepasnya, serius wa cakap lu, adalah the best time ever! Tempat yang aku nak war-war kan tu tak lain tak bukan adalah SEKOLAH. Ye abang-abang kakak-kakak, tempat and pengalaman yang paling beharga aku adalah dekat sekolah. Syok woo... Sape-sape tak enjoy time sekolah memang lah dia ni jenis skema, tak pun ulat buku sampai tak sosial langsung.


Inilah rupa sekolah aku, masuk-masuk dari pintu pagar, jumpa bangunan pentadbiran and sebelah kirinya adalah kantin. Masa rehat confirm makan bihun sup, jarang sangat nak makan nasi lemak. Harga pulak murah giler, bihun sup biasa baru 30 sen, special 50 sen. Pengalaman dekat makan tak best sangat, dekat minum yang terpahat dalam hati sampai harini. 1 cawan air yang dah tinggal separuh, tak kisahlah air sirap or teh, still boleh share lagi sampai 9 ke 10 orang. Setiap orang minum seteguk je. Taktau lah budak-budak sekolah sekarang ada lagi tak buat macam ni. Tapi seingat aku, kitorang dah siap turunkan legasi dekat junior, hm...

On the way ke kelas, skodeng asrama pompuan dulu. Adakah si dia masih lagi di asrama or dah ke kelas...cewah cinta monyet, hehe...marah pulak bini aku nanti :)


Walaupun dah berkurun aku tak datang sekolah, sekali datang, tengok-tengok bangunan masih lagi sama, susun atur pun sama, yang beza cuma cat. Time aku dulu ada sorang cikgu disiplin yang garang giler, nampak dari jauh, kalau dia tak perasan memang aku akan pusing ke tempat lain. Bukan apa, cikgu disiplin aku ni dah mewajibkan semua student ada buku nota kecik dekat dalam poket. Wajib tau bukan sunat. So, kalau terserempak dengan dia tengah jalan, 1st sekali dia akan tanya, mana buku nota kecik? Takda! pukk!! Kena ketuk kepala sekali, orang Kedah cakap luku. Ok, buka nota kecik ada, rasa macam dah selamat kan, sorry sikit. Bila cakap buku nota kecik ada, cikgu disiplin aku tu akan tengok pulak buku nota tu. Kenapa kosong tak tulis apa-apa? pukk!! kena ketuk kepala lagi. Bintang tu tak yah cakap lah, sampai ke planet pluto aku boleh kira kalau kena ketuk kepala macam tu. So faham kan apa aku cakap, kalau boleh elak, sila elak. Kalau tak boleh elak, make sure buku nota kecik tu penuh dengan nota-nota ilmiah.


Laluan keramat. Dekat laluan ni banyak peristiwa yang berlaku, ada yang baik and ada jugak yang buruk. Antara peristiwa yang baik, dekat area sinilah aku and the geng lepak and berbincang pasal masa depan. Sambil-sambil tu merancang macam mana nak tangkap ikan dekat kolam sekolah, macam mana nak kenakan budak tu, budak ni. Kerja sekolah? Tak perlu bimbang, serahkan dekat yang the best, sok awal pagi or time rehat, sama-sama copy and paste. Antara pengalaman buruk aku dekat sini, pernah sekali time tu, aku tengah rush nak masuk ke kelas lepas rehat. So aku pun adalah berlari-lari anak sikit, sekali terlanggar ustaz yang merangkap cikgu pendidikan islam. Dua-dua jatuh, tapi ustaz bangun dulu sebab aku pura-pura jatuh teruk kekonon nak dapatkan belas kasihan. Bila tengok ustaz hulur tangan nak tarik aku bangun sambil senyum-senyum, aku pun gelak dalam hati sebab nampak macam plan aku nak dapatkan bela kasihan menjadi. Sekali gua tersilap beb, lepas bangun je, aku kena cubit dekat perut sampai rasa macam nak terkeluar pusat usus-usus semua. Lesson learned, lepas tu tobat aku dah tak berlari dah dekat kawasan sini.

di hadapan kelas


Yup, dis is my class! Even susun atur beza sikit, but ni lah kelas aku masa form 4 and form 5. Rasa syahdu je masa aku datang singgah sini, even aku gila-gila sikit masa sekolah, tapi takdelah sampai kena gantung or buang sekolah. Paling hebat pun hukuman aku terima kebanyakannya sebab tak siap kerja sekolah. So, aktiviti kena berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, adalah aktiviti harian aku tiap kali masuk kelas. Adakah aku trauma dengan denda-denda or hukuman yang macam ni? Nope, but ni lah antara pengalaman yang berharga aku ada. Kesian dengan budak-budak sekarang, kalau tak silap aku, antara hukuman berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi or ketuk ketampi, diharamkan kepada cikgu-cikgu untuk laksana dekat murid-murid diorang. Apalah peraturan ni, nampak gaya, generasi lepas ni, mesti jenis manja-manja or anak emak. 

court tennis, hoki and bola tampar. kekadang, jadi padang kawat :)


Sini tak lain tak bukan adalah dataran perhimpunan. Setiap hari ahad pagi jam 7.45 mesti dah kena berbaris di sini. Lepas nyanyi lagu Negaraku, Negeri Kedah, lagu sekolah, and bacaan doa, pastu baru ada ucapan dari cikgu-cikgu tercinta. Masa dekat perhimpunan ni, make sure jadi perfect student and paling penting, penampilan kena tip top. Kalau kena tangkap dengan pengawas sebab rambut panjang, ingat lagi pasal cikgu disiplin yang aku sebut dekat atas tadi, bila pengawas serahkan pesalah-pesalah rambut panjang ni dekat cikgu disiplin tadi, make sure wish mood dia baik, tak kisahlah samada dia dapat bonus or dapat duit kutu ke apa. Kalau tak, say bye-bye lah dekat rambut tu. Nanti, cikgu disiplin ni ambik mesin rambut, pakai 1 size je, pastu dia main tolak dari depan ke belakang and belakang ke depan. So, 1 fashion je, semua botak lah dalam seminggu dua ni.

Antara hari-hari yang paling aku tunggu adalah Hari Guru. Sebab apa, cuma harini saja yang kitorang ada untuk kenakan cikgu-cikgu balik. Nasib baik semua cikgu-cikgu sporting abis, termasuklah cikgu disiplin aku yang garang giler tu. Bila aku teringat balik semua ni, aku gerenti abis, SEKOLAH adalah tempat yang paling best. Masa aku and kawan-kawan aku kumpul or lepak, mesti banyak cerita masa zaman sekolah. Legend betul, cerita berkali-kali pun masih lagi seronok. Wokeylah, sampai sini je entry aku kalini. Aku yakin, masing-masing ada pengalaman tersendiri masa zaman sekolah dulu, baik or buruk, tu adalah pengalaman yang paling berharga.


Wassalam.



43 comments:

  1. Wah melawat sekolah lama. Best kan? Nak lagi kalau memang kenangan bertimbun2 kat certain area dalam sekolah. Aku gi melawat sekolah haritu after 10 years habis sekolah. Sebak terharu rasa...nak lagi bila tengok hostel. Tempat tinggal selama 5 tahun gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 10 bibie ko tinggal sekolah? hmm...nampak gaya umur kita macam lebih kurang je, hehe...memang best pun, tambah-tambah kalau dah tinggal asrama 5 tahun, mesti lagi banyak kenangan :)

      Delete
    2. Haritu maksud aku adalah 5 tahun lepas. Haru kan perangai. Hahaha so meaning dah 15 tahun aku tinggalkan sekolah. Tapi still umur lebih kurang kan.

      Kenangan kat asrama lah paling berkesan. Bila gathering, mesti semua nak diungkit. Benda yang sama je pun diulang2 tapi tetap gelak sakan.

      Delete
    3. aik..korang br 10 thn tglkan sek?? bia betul..np aku mcm dah bebelas tahun...konpius di situ,,

      Delete
    4. lebih kurang je kita ni aza, masing-masing dah tua, dah masuk angka 3 series dah pun, hehe...

      Delete
    5. Dah 15 tahun lah Aza. Aku gi lawat tu 5 tahun lepas nye cerita. Hahaha kan dah konfiuskan orang. Xpe xpp, dah masuk angka 3 pun tetap maintain gak. Ceh nak juga kan.

      Delete
    6. takpe bibie, angka je masuk 3, diri sendiri masih lagi muda remaja gitu, hehe...

      Delete
  2. assalam weih. lama x mai sini. aku pong rasa gak tuh. pejam celik2 dah feb. haih. mkin meningkat umoq makin cpat rasa bjln.

    aku rase ko geek nih. ko bole cite psal skolah. aha. aku? pemalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak mama sarah, hehe...geek ke aku dulu? tah la beb, glamor kot aku dulu, sebab asyik muka je yang tak siap keje sekolah, ahaha...yeke ko pemalas beb? tah-tah best student dekat sekolah :)

      Delete
  3. haaa..rindunya zaman sekolah dulu..nak2 masa sekolah rendah sbb banyak join aktiviti..sekolah menengah biasa2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sue, sekolah rendah tak banyak ingatan sangat. taktau nape, rasa macam ingat-ingat lupa gitu. mungkin kurang join aktiviti kot, asyik tiyak je dekat sekolah, ahaha...

      Delete
    2. zaman sek men x berapa best sgt sbb dok kelas budak pandai, x bole nak nakal2. hahaha..sek ren happening sbb cikgu cikgi suka bawak kami join aktiviti luar sekolah. kat sek ren sue aktif koir, nasyid, bola jaring, bola baling..tu yg syok tu..masa tu mmg selalu kitorg jadi juara. mau x seronok kan..

      Delete
    3. patutlah sue suka, banyak betoi join aktiviti time sek ren dolu-dolu, hehe...aktiviti paling suka sek red dulu lawatan.pantang ada lawatan je mesti join. tu je yang ingat, aktiviti lain, hm...tapi kalau sek men banyak :)

      Delete
  4. wahhh memang terBAIKlah orga!hahaha aku sangat setuju!sekolah memang tempat paling best!ever!lagi kalo duk asrama kan...hahaha sampai skang kalo berkumpul geng sekola, buka cerita nakal2 zaman dulu, memang sakit perut la gelak!hahaha aduhai, masa yang takkan berulang kembali, tapi tetap akan ingat dalam hati...rindu plak ngna cikgu2 bila baca entry ni....kena buat reunion nih!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak, setiap kali berkumpul or reunion, mesti buka citer lama time sekolah. boleh histeria tu kalau gelak, ahaha...kenangan sungguh...

      Delete
  5. kalaulah blh diundurkan masa, mmg nk kembali ke zman sekolah dulu..best sgt2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita zilla, rasa macam tak puas enjoy time tu :)

      Delete
  6. waaa..sy pun rindukan sekolah...walau aku betukar-tukar sekolah..sek.teknik ms form4 & 5 plg best...aku tak jahat sgttt....nakal sikit je....siap penah kena buang asrama...choiii..hahaha pengalaman....kalau igt balik memang menyesal dan senyum sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...ko lagi dasyat dari aku aza, siap kena buang asrama lagi, apa kesalahan ko buat tu, curi tembikai dekat dewan makan? hehe...ingat aku sorang je yang teruk, ada geng rupanya, ahaha...

      Delete
  7. No wonder lah lama betul menyepi rupamya masil sekolah ahahaha...alah..lepas dsiap thesis boleh lah enjoy..siapa tak nk kalau di beri kreditu tu boleh buat apa aje..JM pun naaaaaaaaaaakkkk...

    Ehh..nama JM di sebut dlm ni lah..pstt..dah terima lom ole2 :-)

    JM tahu sbb yg pertama tu...harap2 betul jangkaan JM Ni..nk terima 'org baru' kewwww

    Betul..setuju sgt bila ingat balik zaman sekolah dulu mmg best..cinta2 monyet tu biasa..mana ada budak skolah tak bercinta monyet bagai TAPI JM terkecuali..secret ADmire adalah..pantang nampak budak ensem sikit mula lanh menggatal tulis surat..ayooo..bila di ingat semula malu den..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM!!! tenkiu sangat-sangat untuk ole-ole tu, rasa terharu sebab ingat jugak JM dekat blogger skampung ni, hehe...

      ala JM, tak suprise la kalau cakap awal-awal, nanti cukup time baru syok wat suprise.

      orang pompuan memang camtu JM, pantang nampak yang ensem sikit. tapi kitorang ni, bukannya fikir sangat pun pasal ni, dalam otak, nak main je lebih, hehe...

      Delete
  8. Ya allah muda belia nye korang semua nih...aku ni dah 19 thn tinggal alam skolah.. kekekeke... kertunye rase .. syok la korang bleh bercintan cintun time skolah... aku dulu tak menyempat dohhh... kekdahnye skema nak mamps study je ... time prep tak prep asyik dengan buku jer....haiisshh... aku menyesal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada muda aza, tua jugak ni rasa, hehe...wah ulat buku ko yer, kalau ko sekelas dengan aku time tu, memang ari-ari la aku copy paste ko punya kerja sekolah, hehe...

      Delete
  9. baca entri ni, tiba2 rasa mcm rindu plk zaman sekolah dan sekolah sy.. hee.. dh dkt 10 thn meninggalkan zmn bdk remaja sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak lagi feel nufa, try visit balik sekolah, sure lagi terasa rindu tu, hehe...

      Delete
  10. Orga tak sebut pun nama sekolah tu... kat konerang juga ke... Kemasnya bilik kelas korang, siap beralas-alas meja bagi...

    Down memory lane lah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat konerang jugak pak lang mie, SMK Dato' Syed Ahmad. sekarang je kemas kelas tu, masa time saya dulu tunggang langgang abis, hehe...

      Delete
  11. Orga, ko buat aku rasa nak balik kg dan singgah di sekolah lama pulak. hehe

    btw, good luck untuk thesis. cecepat buat settle lepas tu boleh sambung PhD pulok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengah wat phd la ni pm, tu yang pening kepala sikit sebab nak kena publish paper bagai...

      takper takper, lepas ni balik kampung jangan lupa singgah sekolah :)

      Delete
  12. Amboi Orga..mengenang nostalgia dolu2 nampak...ha..ha...:) Mesti pengetua bangga kalau baca ni... Saya kecik dulu banyak sekolah pergi sampai ada yg dah x ingat coz asik pindah2 ja...org tua pegawai askar, konolah ikot sana sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja teringin nak round-round kawasan sekolah masa balik kampung, tu lah...harap-harap diorang banggalah, anak murid yang buas ni dah besar panjang kan, hehe...

      Delete
  13. Perghh sambung belajor ke? memang aku tabik la! semoga sukses nanti leh celebrate kat japan! wuhuuu...wife ko pregnant ek? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka idea ko na, macam nak celebrate dekat sana je, cewah...wife aku pregnant? hm...rahsia-rahsia, nanti aku buat pengumuman rasmi :)

      Delete
  14. Ya salam Habib (hehe)
    Tq Orga ingat kat aku jugak erk
    alhamdulillah aku dah selamat balik Sabtu lepas
    tapi demam sampai kini
    doakan aku cepat sembuh ya...

    Entry nostalgia
    one day pun aku rasa nak buat entry cam ni
    skolah lama banyak kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah dila, kita kan sahabat, mestilah saling mengingati, hehe...boleh muntah darah ni kalau orang lain baca :)

      takde tempat lain yang lebih nostalgia kan berbanding sekolah, even masuk u pun tak seronok macam dekat sekolah, hehe..

      Delete
  15. Sekolah memang tempat paling best!!! Saya ni time sekolah rendah tak beapa minat belajar sebab tak berapa nak cerdik..dpt no belakang2...hahaha. Bila sekolah menengah best sikit sebab baru nak cerdik..hahha..bila masuk teknik lagi best sebab meja tak yah nak share2 ngn budak sesi pagi ke petang ke. Rindunya kat suasana sekolah..kalo pepagi b4 mula kelas..senaman dulu smuanya..asing2 pompuan dan laki..makanan kat kantin pun sedap2 jugak. Yang lagi best bila kena ngorat...wakakaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita zila, sek ren bukanya pandai sangat, masuk sek men je yang enjoy, tapi still tak pandai lagi, hehe...hamboi zila, siap kena mengorat tu, mesti hot masa sekolah dulu :)

      Delete
  16. Wah! boleh mengimbau kenangan lama. memang zaman sekolah la zaman paling enjoy! nak nak pulak yg duk kat hostel. macam-macam kenangan dengan kengkawan masa tu. sekarang masing-masing dah berkerjaya dan keluarga! bawa haluan memasing. hehehe... pjg plak bebelnye. anyway nice pic sekolah ko Orga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu farel, sekarang ni ramai yang dah bawak haluan masing-masing. yang betul-betul rapat je masih contact sesama kitorang, tapi still, zaman sekolah paling best...

      Delete
  17. Kalau lah uols semua baru 10, 15 tahun tinggalkan skolah...nekcik ni dah 37 tahun tinggalkan skolah menengah!! aduhaaii tuanya kan tapi bila mengimbau kembaali zaman persekolahan...dan dan terasa mudo...masih terbayang bayang kenangan pahit manis bersama kengkawan!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper nekcik, angka je tu. nekcik pun muda lagi, psyco diri sendiri bagi nampak muda, baru ceria ceria selalu :)

      Delete
  18. Assalamualaikum Orga!

    Lama sungguh tak singgah sini.. 100% agree ngan Orga.. The best place ever is school.. Baca entri Orga ni rasa rindu sangat2 kat zaman skolah.. Bab kena denda tu biasa.. Haha! Diri atas kerusi, diri atas meja, kena diri luar kelas, ketuk ketampi, macam2 dah kena.. Rilek jer dulu.. Zmn skang xleh dah, kena cubit sikit dah repot.. Bab yang berlari2 anak tu buat Mieza teringat masa Mieza form 4.. Masa tu duk berlari nak masuk kelas lepas waktu rehat ngan kawan.. Lepas rehat tu waktu Pendidikan Islam.. Kalut nak masuk kelas cepat sebab nota x siap lagi.. Otw nk ke kelas tu kena lalu depan bilik guru dulu.. Depan bilik guru tu plak ada korporasi tempat dak2 laki suka lepak.. Punya menggelabah nak cepat, sekali elok lalu depan pintu bilik guru, Ustazah baru nak keluar gi kelas.. Apa lagi, kebabooom ler langgar pintu tu.. Boleh bayang tak betapa kuatnya sampai pintu bilik guru tu bergegar.. Jgn kata pintu, ngan kepala2 otak sekali bergegar.. Member kat depan terkejut dengar bunyi gedegang sikit punya kuat.. Jatuh terjelepok gakla.. Tapi langsung tak rasa sakit sebab perasaan malu ngan dak2 laki kat depan koperasi tu lagi menebal.. Laju2 bangun balik & sambung lari.. Sebelum sambung lari tu, sempat intai belakang pintu tgk siapa yang buka pintu tu.. Rupanya ustazah kitorang.. Ustazah pun tercengang jap.. Tak cakap panjang, laju2 pecut masuk kelas.. Punyalah malu.. Esok, bangun tidur baru perasan kepala dah benjol.. Ngahahaha! lawak bila ingat2 balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak mieza...

      hehe...kelakar la baca kisah mieza langgar pintu, sakit takpe, yang malu sebab budak-budak laki ada tu yang tak tahan. dah la tu, mieza pulak pompuan, kalau lah saya yang ada dekat koperasi time tu, memang gelak guling-guling, hehe...kita senasib la mieza, padahal sakit kot, tapi tula, bila teringat rasa lawak kan...kenangan sungguh...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...