Monday 30 July 2012

Alhamdulillah

(mode: suspen)
Jam di dinding menunjukkan hampir tengah malam. Macam biasa, aku yang tengah dok syok main game, tiba-tiba di tegur oleh satu suara yang macam biasa jer aku dengar tapi dengan nada yang lain sikit dari biasa. Tanpa membuang masa, jari aku terus mengelik Ctrl+S untuk mengesave game aku tengah main tu sambil kepala aku menoleh ke belakang. Semasa menoleh untuk melihat kejadian di belakang, hati aku rasa serba tak kena seolah-olah macam kena jampi tapi jantung aku biasa la pulak, adey~...Perkataan yang diguna pakai oleh suara tersebut memang selalu jugak aku dengar, di radio, kaca tv, bah kan semasa tengok wayang...cuma tak sangka, malam ni pulak dikenakan kat atas aku. SURPRISE!!! ye...tak lain tak bukan, perkataan ni lah yang membuatkan aku menoleh ke belakang di samping badanku terbangun secara otomatik dari kerusi yang tengah aku duduk. Selepas mengucapkan perkataan keramat tu, suara tersebut menyanyikan pulak sebuah lagu di mana setiap baris menggunakan lirik yang sama jer. Rupa-rupanya suara tersebut datangnya dari wife aku... "happy birthday to you..." hehe...tak sangka, lagu ini yang wife aku nyanyikan dekat aku. Laa...hari lahir aku ker, cewah...wat-wat lupa pulak kan :)

(mode: happy)
So, tanggal 29hb merupakan hari lahir aku. Thanks untuk parent aku, tanpa mereka, saperlah aku ni kan...Disebabkan jatuh pada hari ahad, hari cuti pulak tu, bolehlah pergi jalan mana-mana. Lepas penat jalan-jalan, pergi pulak tengok wayang layan citer the dark knight rises. Lepas tu, tunggu waktu berbuka posa jelah. Untuk berbuka, aku pilih chicken rice shop. Disamping tu, wife aku ada sediakan menu tambahan pulak...tapi sonok jer, yang penting boleh makan sedap, hehe...


First time aku makan kek dari baskin robbins, sedap sangat...ais cream + kek chocolate. Selalu aku layan secret recipe or baker's cottage jer, tapi kalini lain sikit. Lilin pun ada,just aku jer tak nak letak. Aku tengok, meja sebelah aku tu, anak-anak diorang asyik dok jeling jer. Takpelah...wat simple-simple jer kan...


Apa wish aku kalini? hmm...soalan simple jer, tapi nak jawab tu kemain lagi payah. So, apa yang penting, tak kira apa wish aku, korang doakan semoga wish aku tu tercapai la occay!! amin...

roger and out!

4 comments:

  1. O lalalalalala
    Happy Birthday ORGA. Birthday boy rupernya
    Moga diberikan kesejahteraan selalu. Boleh jalan jalan lagi nanti. Moga ceria selalu jugak & sampaikan salam buat wifey ang. sweet!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dila...ahaha,macam budak-budak pulak rasa...

      Delete
  2. Happy belated birthday OrGa......happy sokmo deh.... chomelll kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala shidah, tiru ko lah...malu-malu kucing gitu, hehe...thanks!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...