Saturday 22 September 2012

Alhamdulillah & TQs Tourism Selangor

Pada 15 September 2012 ritu, aku terperasan ada email baru dalam inbox aku di mana sender and tajuk email tu buat aku rasa tak senang duduk. Apa lagi...terus bukalah! Dari perkataan pertama sampai yang last aku baca, betul-betul tak sangka, ingatkan ada orang nak melawak, tapi memang betul! Email tu dari Tourism Selangor, depa habaq mai yang aku adalah salah seorang pemenang untuk Selangorlicious Food Blogging Competition 2012 (Selangorlicious). Tapi, menang apa dirahsiakan...Takperlah, dapat tau menang tu pun dah bersyukur and aku dijemput untuk Prize Giving Ceremony pada 19 September 2012 di Gulam Mee Restoran Kota Damansara.

19 September 2012
Disebabkan Kota Damansara bukan tempat kelahiran aku, maka berpusing-pusing jugaklah dok cari dekat manalah location Gulam Mee Restoran nih. Berpandukan map yang dibekalkan oleh Tourism Selangor, akhirnya jumpa jugak dengan Gulam Mee Restoran, fuhh~(sambil lap dahi)....


Lepas register, aku cari tempat duduk and aku pilih meja yang paling tak ramai orang. Maklum ler, aku nih pemalu sikit orangnyer, muahaha...Of coz lah aku datang dengan wife aku, nak kena sembelih lah kalau datang sorang-sorang. Bila aku pusing belakang, aku macam nak kenal dengan brader yang berbaju coklat pakai spek mata tuh.


Kalau nak tau, insan istimewa nih adalah Azuan Zahdi and aku tau pasal Selangorlicious Food Blogging ni pun dari blog dia and sorang lagi insan istimewa iaitu Adam Eben. Lepas tengok diorang dok promote, macam best jer...apa kata aku tumpang sekaki :) Aku tegur diorang pun masa last dekat nak balik dah, hehe...rasa rendah diri pulak bila jumpa dengan orang yang hebat-hebat...


Lepas sesi berucap oleh VIP dah tamat, maka tibalah masa untuk bagi hadiah, yee...ni lah yang dinanti-nantikan sebenarnya!!


Macam tak percaya jer bila MC announced 2nd Runner-up adalah aku, ingatkan menang saguhati jer, tak sangka pulak boleh dapat hadiah banyak nih, syukur sesangat! Tengok wife aku mata dah blink-blink dah...

Bersama brader Lobam

  Bersama rakan seperjuangan yang lain

Lepas sesi bergambar beramai-ramai nih, AJK diorang ada mengutip balik kepingan cek yang aku pegang tu. Dengan malu-malu tersipu-sipu bahasa, aku cakap nak bagi kemudian, tak puas lagi nak bergambar, haha...jadi jakun kejap. Bukan apa, rasa-rasa aku, nih first time aku menang hadiah cam gini. Tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...bayangkan, nak berkata-kata pun tak boleh!

TQs Tourism Selangor

Apa aku nak buat dengan hadiah banyak nih? Hmm...mula-mula aku akan belanja family and member-member aku, selebihnya apa lagi, beli flight tiket ler. Memangkan sektor kewangan aku yang kurang memberangsangkan sejak dua menjak nih, rege flight tic pulak macam nak taknak bagi aku travel jer, now masalah tu sedikit sebanyak dapatlah diatasi. Bila tengok blog orang lain semua ada travel wishlist, aku pun nak buat jugaklah. Semangat tengah berkobar-kobar nih!!aaarrhh!!!

Bagi mereka-mereka yang banyak masa lapang, followlah Tourism Selangor. Seriously, diorang banyak sangat aktiviti yang best-best!

Roger & out!

22 comments:

  1. Salam bro.

    Saja2 saya google kalau ada mana-mana blogger yang dah update cerita. Terjumpa pula blog skampung ni. Lebih memeranjatkan ada gambar saya siap link dengan blog.

    Terima kasih banyak-banyak.

    Dah lama saya tak update blog. Nampaknya kena aktif semula lah. Minta izin ambil gambar ya. Nanti saya bagi kredit. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hal punya...ingatkan nak update semalam,tapi ada hal berbangkit pulak, haha...

      Delete
  2. congrats orga!!
    hebat niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  3. weh orga apa peraduan yg kau masuk menang 2000 bestnya... pi la naik Gunung Kinabalu ngan duit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm...takder plan pulak nak panjat G.Kinabalu dengan bajet nih shidah, plan nak ke tempat lain sebenarnya. lagipun, stamina kena macam lembu, baru boleh sampai atas, huhu~

      Delete
  4. Wah lagik sorang blogger yg hebat .. congrats!!!! and keep it coming!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time menang adiah azra, harap-harap ada lagi rezeki masa depan, yeay!!

      Delete
  5. Tahniah... hebat gak blogger Konerang ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mie, tapi...ko puji ker mengumpat nih, ahaha...

      Delete
  6. Entri saya.

    http://www.lobam-bam.blogspot.com/2012/09/majlis-penyampaian-hadiah-2nd-food.html

    ReplyDelete
  7. salam ya ORGA
    sunguh2 aku BEBANGGO aku dapek kwn glamour dah ni
    hehehe TAHNIAH lah orga
    Idup Orga!!!!!
    Tahniah tahniah ......
    wah leh booking ticket terus ni
    pe lagi...AA aaa
    rasa seronok lah aku kali ni mendapat berita dari ang
    Moga suksess selalu...aku tumpang sekaki
    leh aa ajar aku camana nak masuk kontes selangor tu nanti erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome back dila!walaupun hatimu tengah sdey ketika ini, uhuks...thanks sebab sudi komen jugak, hehe...

      aku pong tengah plan lagi, banyak sangat tempat nak pergi next year, tapi kena ikut baget jugat, so terpaksa pilih yang terbaik.

      untuk kontes selangor tu, depa kata tahun depan ada lagi & lagi gempak, meh sama-sama kita berusaha. manatau kalini rezeki kat ko pulak, hehe...

      Delete
  8. wah, tahniah dari KA ye

    ReplyDelete
  9. Salam bro,

    Sorry hari tu tak dapat borak lama. Letih lepas seharian di pejabat.

    Semoga berjumpa lagi and Tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...