Monday 3 September 2012

Hujan emas di negeri owang...hujan batu di negeri sendiri - Part 2

Baheklah...meh kite masuk part 2 pulak. Before aku menayangkan view kampung aku, sajer nak berkenalan dengan tiga sahabat karib mak and abah aku. Diorang nih, sepanjang masa datang umah aku, kadang-kadang makan minum dengan tidor pun sekali dekat umah aku. Ish...ish...ish tak malu betul kan. Disebabkan baru-baru ni adik aku yang bongsu dapat masuk politeknik, maka tinggal mak and abah aku jer dekat rumah sekarang. So, bertambah akrablah hubungan persahabatan antara diorang dengan mak abah aku.

eh...jangan tengok lama-lama, malu kiter...

Yang ni nama dia TOM, paling disayangi oleh mak aku. Kalau mak aku tengok TV dekat ruang tamu, dia boleh datang and naik dekat atas riba mak aku and tidor. Itu aku boleh tahan lagi...yang tak tahannya, berani pulak dia wat perkara yang sama dengan abah aku. Dia taktau betapa garangnya abah aku tu...dasar tak sedar diri betul lah si tom nih...

Kenapa saya itam?erm...jangan tanya saya, mana saya tahu. Tanyalah ibu saya...

Yang nih nama dia HITAM. Paling disayangi oleh adik aku yang bongsu dan mereka saling menyayangi. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau adik aku masuk bilik tutup pintu tak bawak dia sekali, dia boleh panjat bilik air, naik atas bumbung, pastu pergi ke bilik adik aku. Satu hal pulak nak kena bawak turun dia lepas tu sebabnya dia pandai naik jer, turun tak reti...Hitam nih special sikit, sebabnya dia boleh makan semua jenis makanan. Orang makan kacang pun dia makan, makan laksa pun dia makan. yang paling best, kitorang makan durian, dia pun makan sekali. Banyak pulak tu...

boleh tak ambilkan secawan air untuk saya...plzzz!

Ini pulak nama dia OREN. Senang-senang jer nama timangan mak aku bagi. Si oren ni kesian tau, selalu kena buli dengan si TOM. Tempat tidor dia adalah bilik aku. Kalau aku tak balik kampung, dialah yang selalu masuk tidor. Dah tu, tak reti nak kemas balik, ciss...Perasan tak dekat kaki si oren ada sejenis pokok? Meh aku zoom kan...

hai...cita-cita saya nak jadik pilot.

Apa istimewa sangat pokok nih? haa...nama pokok nih, mengikut gelaran dari kampung aku ler, orang panggil Pokok Daun Kapal Terbang. Pokok nih istimewa sangat, salah satunya adalah dapat memberhentikan atau menyelowkan darah sekiranya terluka. Dulu bila aku jatuh beskal, atuk aku amik daun nih, kunyah and pastu letak dekat luka. Wow...magic nyer, tak lama lepas tu, darah terus berhenti. Taktau lah if korang pun ada pengalaman yang sama.

Tengok wife aku, dah tak sabar-sabar dah tu. Asyik dok suruh cepat-cepat...kononnya nak tunjuk view kampung aku. Yer...yer...laling faham! eww...nak termuntah rasa kan bila cakap camtu, hehe :)


Pendakian dimulakan! Ini adalah view taman perumahan aku. Nak dijadikan cerita, kawasan perumahan aku terletak dikaki bukit. Kenapa baru sekarang aku bawak wife aku pergi tengok? Sebabnya, dulu takder track untuk naik, now dah ada. Masa aku budak-budak dulu, selalulah aku and the gang panjat bukit nih, meredah hutan belantara, bila sampai atas, masak maggi. Best woo...

laa...tadi suruh cepat, dia pulak yang lambat


On the way naik, macam-macam jenis pokok yang takder dekat KL nih boleh jumpa. Bagi yang tahu, kebanyakan pokok-pokok tersebut ada medical value. Tengah dok snap sana sini, terserempak pulak dengan pokok palas nih. Bagi yang tak kenal, inilah pokok palas. Daun pokok nih orang kampung aku ambil buat Ketupat Palas. Untuk buat pembalut ketupat palas, selalu daun muda yang belum kembang diambil. Dekat nak raya macam gini, dok tepi jalan pulak, jangan haraplah dapat cari yang pucuk muda.


Ini bukan rumah hantu yer, ini adalah Tangki Air kampung aku. Kalau takder air jer, tempat inilah yang akan dipersalahkan. Now kitorang selevel dengan tangki air nih. Penah woo tengah-tengah posa panjat bukit. Gigih betul kitorang ni kan...


Kalau naik pagi-pagi nih lagi best, dapat tengok matahari naik. Amacam, tenang dan mendamaikan tak? Wife aku tanya, nih ker view yang aku nak tunjuk tu? Aku jawab ni salah satu. Untuk lebih jelas, kena naik sampai puncak bukit nih. Terkejut dia bila aku cakap nak kena panjat lagi, hehe...


Dekat bahagian bawah bukit nih, akan jumpa batu-batu biasa. Bila dah panjat 1/3 dah, kebanyakan batu-batu macam dekat atas nih. Kalau tak silap aku, batu nih jenis batu kapur. Nampak macam keras, bila pegang, hancur.


Yee...jumpa jugak dengan buah nih. Nama buah nih adalah Buah Cenerai. Apa yang istimewanya? Buah ni pun ada medical value jugak, bukan untuk menyembuhkan luka, tapi untuk menambahkan lagi luka adalah, haha...Masa budak-budak dulu, aku and the gang selalu kutip buah nih untuk dijadikan peluru Caplom atau nama KL dia Senapang Buluh. Kalau duduk kampung, tak sah kalau tak main caplom nih. Walaupun sakit kalau kena tembak, tapi tetap nak main jugak. Orang Utara cakap, "ketegaq betui budak ni kan"...


Akhirnya, sampai jugak kitorang dipuncak. Nampak tak, tangki air tu pun berada dibawa kitorang. Nak terkucil terberak semua ada bila sampai atas, penat woo...dari sini kalau pakai terowong teropong or binocular, boleh nampak sekolah rendah aku, kebun getah parent aku, sawah padi parent aku (now tengah convert untuk dijadikan 2nd kebun getah parent aku), rumah adik-beradik parent aku yang lain, and macam-macam lagilah. Aku pun puas hati jugak sebab dapat naik sampai puncak, sebabnya last aku panjat bukit masa study dulu. Dapat tengok view macam nih, hilang stress...Percaya atau tidak, aku dengan wife aku jer dekat atas nih. Sebab ada track untuk naik jer, kalau takder, jangan haraplah aku nak bawak dia naik. Dah lewat petang, baru kitorang turun sebabnya nak kena pergi param beli juadah berbuka pulak.

Ok lah, sampai sini sajer untuk Part 2. Compare dengan Part 1, adalah advanture sikit kan. Kalau hari biasa, maybe kitorang dah berkelah dah dekat sini. Till then, roger and out!

8 comments:

  1. Salam Orga

    Ijooo nye kampung...seronok jadi budak kampung ni kan...terimbau balik kenangan akak bawak pak mak kambing berpoya2 ke kebun getah sambil main seharian bila baca entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebun getah tu dah macam taman permainan lah bagi kitorang, hehe...

      Delete
  2. Jarang ada rumah teres kat kampung... Kg Orga di mana...

    #untungla ada bukit, boleh orang kg exercise kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekitar konerang jer. Itu ler pasal...murah tu umah teres dekat kg, boleh bayar cash kalau beli.

      Delete
  3. wah orga bestnya kampong ang. leh ada menara tinjau ghitu kekdahnya. sekali toleh macam kat BROGA. ni kalau tengok sunset ni Kelesssssss
    ** peluru pokok tu aku biasa nampak. macam bijik terung pun ada kan
    nostalgia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang lah dila...lain kali, aku nak trylah amik gambar sunset pulak, hehe...

      Delete
  4. Very the green environment u, orga... Kalau tension2, pandang aje kehijauan ni sumer.. kompom blh chilll....:) Banyknyer bela kucing... teringat plak pada kucing saya, philchard, yg dah hilang...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ituler...dah biasa bela kucing banyak-banyak. ala ciannyer philchard, maybe dia sesat dekat mana-mana kot...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...