Monday 31 December 2012

HAPPY NEW YEAR 2013

Tik tok..tik tok...bunyi tersebut menunjukkan jarum saat tengah berjalan, tak laju mana pun, mesti satu saat per second. Aku tau, semua orang menantikan jam 12 tengah malam untuk meraikan tahun baru, yakni bermulanya era tahun 2013. Tak kurang hebatnya aku sendiri begitu teruja menantikan tahun baru yang bakal tiba malam nanti, siap pasang lampu lip lap lagi depan rumah. Di samping itu juga, tukar langsir baru and kejap lagi aku nak keluar untuk pergi gunting rambut. Kalau aku keluar gunting rambut esok, dikhuatiri harga gunting rambut untuk tahun 2013 mencanak naik disebabkan tiada pengawalan harga oleh pihak berkuasa. Bak kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan". Amacam intro aku, macam pemberita tak? heheh...

Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir tahun 2012, maka dengan sekali lafaz serta menggunakan suara Optimus Prime, aku and wife aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua terutamanya kepada mereka-mereka yang sudi meluangkan masa menyinggah dan membaca dekat blog aku nih (berdiri tegak and tabik spring).


Terus-terang aku cakap, tahun 2012 banyak merubah dan mempengaruhi life aku sekarang nih. Perubahan yang cukup drastik pulak tu, sampai abang Mat dengan kak Piah pun terkejut. Tetapi perubahan ke arah kebaikan ler, tu pasal abang Mat dengan kak Piah terkejut gembira. Wife aku tak yah cakap lah, semua mende aku buat dia happy jer, yang penting nak pergi mana-mana kena bawak dia sekali. Bayangkan, nak pergi kedai beli sabun pun dia nak ikut, hm~...

anyone?

Terima kasih kerana sudi bertanya. Plan untuk tahun depan, ada banyak sebenarnya, tapi yang paling utamanya nak habiskan study aku secepat mungkin. Tak syok lah, orang lain semua merasa gaji dan bonus, ada pulak yang naik pangkat, aku pun terhingin jugak, hehe...

Sebelum 2012 menutup tirai, meh aku story balik apa yang dah berlaku dalam tahun 2012 nih. Seperti ayat cerpen, ada yang suka, ada yang duka. Tak boleh nak kata apalah, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya kan. Jadi, bila ada yang duka tu, aku fikir positif, mungkin ada hikmah disebaliknya. 

2012 Highlights

1. Mulanya life menulis blog. Yup, sebelum ni aku tak tau apalah yang seronok sangat pasal berblogging ni, bila diri sendiri yang buat, baru rasa penangannya. Mula-mula tu rasa kekok jugaklah, bila tulis tu, pakai ayat skema sebab takut orang tak faham, tapi sekarang tidak lagi :)

2. Membeli Canon 600D dan berjinak dengan photography. Tang part ni, awal-awal dulu, siap nak bergaduh lagi kitorang laki bini. Yela, aku nak beli yang murah jer sebenarnya, akibat terpengaruh dengan tokei kedai, terbeli yang ni pulak. La ni, si dia yang lebih, mesti nak action jer depan camera. Yang paling best, modal aku beli camera ni dah dapat balik, Alhamdulillah.

3. Pertama kali ke luar negara iaitu Jepun, kemudian Singapore and pastu Thailand. Macam orang lain jugak, sebelum ni aku berpendapat pergi oversea tu hanya untuk orang kaya jer. Pastu mesti perlukan duit banyak. Lepas study bersungguh-sungguh, baca blog and forum, wat research sana sini, rasa-rasa aku, study exam SPM pun tak macam ni, lastly baru aku tau anggapan aku salah sebenarnya. Sebab tu now aku enjoy travel :)

4. Membeli rumah. Sampai bila nak menyewa kan, asyik dok bayar untuk rumah orang lain, better bayar untuk rumah sendiri. 

5. Menang hadiah dari Tourism Selangor dan Tourism Malaysia. First time dalam life aku menang hadiah cam gini, syukur sesangat rasa, rezeki dari Dia. Ni lah maksud aku untuk yang ayat dapat balik modal tu :) Pendapat aku, kalau aku tak start blog, rasa-rasa mesti aku taktau pasal contest-contest cam gini kan..

6. Start belajar Adobe Photoshop, Blender, Xara, Cinema 4D, After Effects, Lightroom, Stencyl, FL Studio 10, and Magic Lantern. Semua software pelik-pelik ni aku start belajar tahun ni. Mula-mula tu agak pening, bila tengok tutorial tu, rasa macam, mende lah diorang ni dok cakap. Tapi makin lama makin seronok, especially Blender, Cinema 4D, After Effects and Magic Lantern. Ai~..nampak sangat aku terpengaruh citer upin ipin nih, betul3!

7. Cuti-cuti Malaysia. Sebelum ni kalau pergi mana-mana, aku tak fikir pasal mende lain dah, mesti pasal makan jer. Tapi, tahun 2012 ni aku dah berubah. Sebelum pergi ke satu tempat, aku wat research dulu apa tempat menarik kat situ. Takla rasa bila dekat sana tu, tertanya-tanya nak buat apa yer lepas ni. 

Rasa-rasa aku ni jelah perkara penting yang berlaku sepanjang tahun 2012. Perkara yang lain, selepas perbincangan laki bini, kitorang kategorikan sebagai biasa sahaja or less penting. Maybe ada yang terlupa ker, takper...kalau ada, aku update nanti, Insyaallah.

collage of the year

Apa yang pasti, untuk aku, tahun 2012 lebih baik dan seronok dari tahun sebelumnya. Mudah-mudahan, tahun 2013 pulak akan lebih baik dari tahun ni. Bak kata pujangga, "we only live once, if we do it right, once is enough". Sekali lagi, sebelum habis, aku nak wish, SELAMAT TAHUN BARU.

Roger and out.


21 comments:

  1. Wahhh bestnya kat dinding rumah gantung2 gmbr mcm tu! mcm org putih slalu buat kat tepi tangga.

    happy new year bro dan family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks henry fox...ilusi optik jer tu :)

      Delete
  2. 2012 anda sgt menarik..mcm2 bnda hebat terlaksana...tahniah! selamat tahun baru 2013 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks hairy, sama jugak untuk ko, hehe...

      Delete
  3. wah..menariknya kenangan tahun 2012. yang pi melancong tu yang best..hehe

    ReplyDelete
  4. Orga,

    happy new year..

    best tgk gambar2 yang tersusun cantik tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak untuk ko zilla...hehe, ilusi optik jer tu :)

      Delete
  5. Happy new year orga. Cantik gambar tersusun kat tangga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rozita! gambar dekat tangga tu collage yang saya gunakan untuk tepek gambar, harap jugak one day rumah saya macam tu jugak :)

      Delete
  6. Selamat Tahun Baru...
    samalah pula ...kami pun nak beli kamera,insyaallah esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak mah...wah, beli camera baru, jelesnyer!

      Delete
  7. Selamat tahun baru orga n wife.. :-)

    ReplyDelete
  8. Happy New Year Orga & Wife.. Semoga kedatangan tahun baru ni bakal mencoretkan 1001 kenangan indah juga membawa kita semua ke arah yang lebih baik.. In Shaa Allah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mieza...mudah-mudahan la, let's keep goin!

      Delete
  9. Happy New Year Bro.......

    insyaallah 2013 lebih baik dari 2012... semoga keluarga kau berkembang pada tahun 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks shidah berdoa untuk aku, hehe...

      Delete
  10. terima kasih untuk semua yang wish tahun baru, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi lebih baik untuk tahun 2013 nanti, walau apa pun yang berlaku, life must go on kan. yang penting happy-happy selalu! Ingat, money is just a tool that we can't keep them forever. However, if we use this tools wisely, we can make great memories that will remains till the end.

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru... Moga lebih sukses ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...