Monday 7 January 2013

AirAsia 10,000 Free Seats TONIGHT!!

Salam semua...

Baru lepas tengok berita dekat tibi tiga, terkejut aku bila diorang cakap PM umumkan penerbangan PERCUMA untuk rakyat M'sia menerusi Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia untuk laluan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bukan sikit tau, 10,000 free seats yang ditawarkan.


Details pasal promo ni:

Booking period: start 8 Jan 2013 (so make sure tengah malam ni, tepat jam 12.00 dah depan PC untuk book tiket)
Travel period : 14 Jan 2013 - 4 Feb 2013
Info tambahan: Ini FREE SEAT jer, so tax and cas lain-lain TIDAK termasuk.

Semua info ni aku dapat dekat sini: http://www.malaysia-kini.com/2013/01/10000-free-airasia-tickets-1malaysia-integration-programme/

Roger and out.

p/s: kalau takda malam ni, sila check malam esok sebab dari info paper The Star (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/7/nation/20130107164408&sec=nation), booking period start 9 Jan 2013. Info lain semua sama.

44 comments:

  1. Apa lagi Orga, sedia la untuk merembat...

    Teringin juga tapi tarikh tak begitu seswai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah mie, teringin jugak. tapi malam ni kalau ada pun, beli untuk orang lain jer, diri sendiri tak dapat nak join, huhu...

      Delete
  2. Promo menarik tp tarikh tak menarik uhuks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dekdaa...ala sayang lah...

      Delete
    2. Tak apa lah.. nak kawen.. sayang duit hihi.

      Delete
    3. tengok tiket semalam tak dekda? promo 6 hinggit jer sehala...tapi tula, tak dapat nak grab :(

      Delete
    4. Tak.. 11.50pm dah tersengguk-sengguk dah lalu masuk ke bilik memeluk bantal bucuks :P

      Awat la AA buat ngejut gini eh.. saja jahhh~

      Delete
    5. itu ler dekda, orang awam terlebih dulu beli tic sebelum AA wat iklan...nampak sangat tergesa-gesa kan...

      Delete
  3. xtau nk g mna...bulan 2 g cuti2 pgkor..hehe

    ReplyDelete
  4. shitto! date tak memberansangkan. saje je tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama beb, shitto jugak, hehe...tapi bila tengok tics tadi, takda pun macam dalam berita cakap. semua tics mahal lagi...apa aku boleh cakap, maybe malam esok la kot...

      Delete
    2. aku pon ade tgu2 gak ni. dasar tamak kn? xde la saje tgk2..

      Delete
    3. mesti ko tak dapat kan semalam, aku dah agak dah. ramai yang kecewa :(

      Delete
  5. Ada cuti panjang kan ?? 24 Jan Maulidur rasul (khamis), 27 Jan (Ahad) thaipussam. Apalagi...rembat lah ke mana mana yang seswai !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan, time tu cuti panjang. bolehlah kalu nak rembat tiket pegi mana-mana...

      Delete
  6. Timing tak best langsung...Schedule dh full...mmg tringin jgk nak p belah Sabah...mybe kena tnggu next offer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa...mesti ada promo lagi, yang ni sponsor by bajet kerajaan kot...

      Delete
  7. Best giler! Boleh terbang free ke Sabah.. lama tak jumpa family angkat kat sana! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu, malam ni kena terpacak depan PC la mieza, bila lagi nak dapat promo cam gini...

      Delete
  8. Ayooo...xsesuai pulak masanya..pulak tu kt perairan sabah lautnya bertoksid..xleh mkn seafood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? laut bertoksid? bahaya ni...dah tak boleh makan seafood dah ler...tak bestnya :(

      Delete
  9. Teringin tak tak boleh join AA tarikh keja tu huhuuu sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak mah, date depa buat dekat sangat, tak sempat nak buat paper, yang kerja pulak, memang sah-sah la payah nak bercuti...

      Delete
  10. allllaaa.... aku cari yang kat luar Malaysia..... takder pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah-wah~...ko nak pergi mana shidah?amboi smpai ke luar M'sia pulak. promo dlm negara jer lah...

      Delete
  11. gi langkawi best jugak kanns.., ehHHe

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkawi mano ado wak, semenanjung ke borneo jer...

      Delete
  12. yay....ehh lgkawi??? tak baca berita ke wak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler...wak baca berangan nak ke langkawi kot, semangat betul...

      Delete
  13. wah. byk tu free seats.
    sepupu try semalam tapi katanya dah sold out..cepat tol

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah nik, memang cepat sangat sangat, rasa-rasa tak sampai setengah jam kot, dah sold out dah...tak sempat semalam sebab key in nama ramai sangat, sampai tang part payment, error sebab tarikh tu dah ada orang book...kecewa giler!

      Delete
  14. ermmmm..siannyer..tak sempat la nak dapat free seats tu.
    ramai yg nak pi melancong rupanya :)
    so frea seats 10,000 tu tak ada la byk sgt.kena bykkan lagi ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...10,000 seat tu nampak macam banyak, sekali masa nak beli rasa awat cepat sangat abis...kalau 100,000 mungkin cukup kot, hehe...tapi taktau la pak tony sanggup wat ke tak :)

      Delete
  15. hmmmm..anak dah sekolah darjah 1 ni payah sikit nak gerak ke sana sini. kalau cuti sekolah confirm2 harga tix n hotel bertambah2 mahal. huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah adat sue, memang payah nak jumpa tic promo time cuti sekolah, kalau sesaper yang dapat tu memang bertuah ler....

      Delete
  16. salam follow..cepat bnor abihnye..pukul 7pg sy try dah licin..hhhohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. pukul 7 pagi kak? saya yang pukul12 malam terpacak depan PC pun tak sempat, memang sekejap sangat, terus licin...geram pun hado, heheh...

      Delete
  17. Replies
    1. mestilah kimi, laku macam pisang goreng tu :)

      Delete
  18. Replies
    1. huwaaa...jugak! saya yang tak terlepas promo pun tak dapat grab tiket :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...