Tuesday 29 January 2013

Pihak Pengurusan SKAMPUNG Bergaduh Isu Dot My

Pada mulanya, aku tak perasan timbulnya isu ni, sebab secara tiba-tiba blog aku SKAMPUNG tak dapat nak bukak, aku tau pun sebab ada member aku yang kabo. Rasa-rasa aku, dari hari Sabtu ritu lagi masalah ni jadi. Aku pun terus terjah blog orang lain yang bertukar ke dot my jugak, rupa-rupanya server/DNS tengah upgrade, aku tak sure sangat apa mende nih. Tapi yang aku tau, blog aku ni tak boleh nak bukak. Perrhh...cuak giler, patut ker aku buat blog baru? Manatau kot-kot kena hack ker... Tapi lepas tu, aku berfikiran positif, mungkin kejap jer ni, maklumlah mende baru. Tup-tup, sampai harini, dah 4 hari kot, apa kes?? Sampai now pun tak boleh bukak lagi. Disebabkan perasaan tidak puas hati aku dah terlampau tinggi, bayangkan view rini baru 5 view, now dah dekat kul 8 malam kot, so aku pun panggil ahli lembaga pengarah yang merangkap pihak pengurusan untuk SKAMPUNG, bagi membincangkan isu ini.


Isu utama yang diperbincangkan.

Lebih kurang pukul 6 petang tadi meeting ni start, lokasi meeting adalah ruang tamu, dan semua ahli diwajibkan hadir. Penting tau, mana boleh tak hadir pulak. Nak tunggu isu ni selesai macam tu aje, macam taktau bila, sebab dah 4 hari pun tak settle-settle lagi. Tepat jam kul 6.15 gitu, diorang pun sampai dekat ruang tamu, payah betul, orang nak meeting, masa ni lah dia nak makan minum bagai, hm~...


Meh aku perkenalkan, yang sebelah kiri, putih comel molek ni Ms. Bulat and yang hitam manis tu Ms. Nyer, dua-dua masih bujang but not available hokey! Nampaknya meeting dah dimulakan sebab masing-masing sedang tekun mendengar penjelasan yang aku sampaikan. Aku pun explain dari mula apa yang berlaku and kenapa blog SKAMPUNG tak dapat buka, so solution yang ada adakah akan terus pakai SKAMPUNG.MY or tukar balik ke SKAMPUNG.BLOGSPOT.COM?


Ms. Bulat and Ms. Nyer masing-masing memberikan pendapat yang berlainan, susahlah macam ni, kalau sama senang sikit, bila tak sama, perlu libatkan aku pulak untuk tentukan, samada aku berpihak Ms. Bulat or Ms. Nyer.  Ms. Nyer cakap, alang-alang dah tukar ke dot my, better teruskan aje, sok lusa ok lah tu. Manakala Ms. Bulat pulak, baik tukar balik ke blogspot.com, sebab memang tak boleh bukak pun now ni, confirm ke sok lusa dah ok? Aku pun tanya and tanya lagi, pastu aku buat keputusan memihak kepada Ms. Nyer. 


Bila aku buat keputusan memihak kepada Ms. Nyer dengan memutuskan untuk terus pakai dot my, apa lagi, semacam jer Ms. Bulat memandang aku, macam nak makan pun ada. Ok...ok...i get it!! So, aku pun tukar keputusan dengan memihak kepada Ms. Bulat, setuju untuk menggunakan blogspot.com balik. 


Ms. Nyer pulak yang tak puas hati, cakap aku bersalah, tadi cakap lain now cakap lain pulak. So dia suggestkan untuk buat undian, dengan pejam mata, pastu masing-masing sentuh kertas aku tulis tu, samada pakai dot my or blogspot.com. So, kitorang pun bilang sama-sama, 1...2...3...pilih!!


Aku memang dah agak dah, keputusan akan macam gini, Ms. Bulat mesti pilih SKAMPUNG.BLOGSPOT.COM and Ms. Nyer pulak akan pilih SKAMPUNG.MY, hm...apa patut aku buat, confius dah aku. Ingatkan panggil diorang dapat settle masalah, lagi pening adalah. Aku pun ulang lagi sekali, kalau Ms. Bulat and Ms. Nyer pilih salah satu, pilihan tu yang akan aku pakai. Tetapi, tetap dapat keputusan yang sama macam dekat atas. Tetiba, Ms. Bulat yang diam tadi, bersuara lantang pastu terus berhujah dan memberikan fakta-fakta bagi menyokong keputusan dia.


Lepas mendengar hujah-hujah yang jitu lagi padat, so aku buat keputusan untuk kali terakhir dengan menyokong 100% pandangan beliau untuk menukar semula ke blogspot.com. Bila aku dah nekad buat keputusan gini, aku tau, Ms. Nyer mesti akan terasa hati punya.


Tengok, kan dah merajuk! Hm~...tapi takper, aku memang faham sangat perangai Ms. Nyer ni, dia merajuk pun tak lama mana, bagi Blackwood sikit, mesti berlari dengan riang gembira, heheh...

So, kepada rakan-rakan blogger, maafkan hamba sebab dua tiga hari ni blog hamba problem, tak dapat nak BW ke blog tuan-tuan hamba sekalian. For now, hamba akan guna balik blogspot.com. Bak kata pepatah,

"Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua."

Roger and out.

40 comments:

  1. Patutlah sehsri 10x try x dpt access ingatkan dh close dan apa ygvpasti entri ni membuatkan jm Hahahaha jer comei2 org ahli mesyuarat tu baru nk ngorat ruponyer dh x ebeleble

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? terharu aku sampai 10x kali ko try, aku pun nak buat jugak lah, heheh...mana boleh ngorat, korang tu sepesen, kalau ada abang macho, bulu kembang-kembang, nanti-nanti aku roger...

      Delete
  2. patut la pun aku dah banyak kali cuba masuk blog kau tak dapat... aku cuba masuk blog innanie pun sama... aku dah agak dah... mesti sama ngan kes aku ari tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah shidah, aku pun agak yang sama. biasalah, mende free, lagipun baru lagi, maybe tak stabil lagi kot, hehe...

      Delete
  3. Ingatkan Orga dah betul2 balik kampung, rupanya ada masalah ... Alhamdulillah semuanya dah settle. Pandainyier kucing Orga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah mie, perasan pun dah lambat, so take action pun lambat lah jugak. seb baik dapat setel and semua dah ok balik :)

      Delete
  4. Hahahhhahaha.... ahli mesyuarat tingkap ko ni ayu2 semuanye ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...nanti aku kabo kan kat diorang, tapi tula...keayuan mereka telah memanggil kucing-kucing lain datang ke umah aku, hm~...

      Delete
  5. Replies
    1. ms bulat jer? ms nyer camne...mesti dia merajuk lagi, huhu~...

      Delete
  6. hehe..comel2 ahli2 lembaga pengarah tu ye. Sakit hati sangat dengan servis asiahost..grr..memang hampa sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aini, sampai terpaksa bawak isu ni ke meja bulat, baru setel, heheh...takper, kita tunggu dan lihat otai-otai lain suggest apa, kita yang amatur ni follow jorr...

      Delete
  7. hehe.comel. bijak ms bulat n nyer pilihkan. hehe

    ReplyDelete
  8. 3ari xbuka blog tgk2 ada isu pasal dot my ni..hehe..takut jga jd cmni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang pakai dot com takde masalah kot, yang dot my je jadi cam gini...harini pun taktau dah setel ke belum masalah ni, huhu..

      Delete
  9. Ya ampun........
    Comelnya diorang ni....
    Pandai pulak tu act.......
    Geram pulak AJ tengok budak 2 ekor yang gebu ni.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak-budak tu kalau berlakon memang gitu, semua mende nak main...tambah-tambah kalau bertali...

      Delete
  10. Nak pinjam buat mop sebarang 2 3minggu buleh? muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pinjam wat mop? hehe...diorang cakap, kalau bayaran mahal akan diconsiderkan :)

      Delete
  11. comel giler ahli lembaga pengarah ko..hehe
    aku pun pelik nape skampung tak boleh bukak,tp mcm dh agak mesti pasal dot.my tu..hee
    apa masalah sebenarnya?? nak gak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah DNS aza, tukar mende tah..pastu suruh tukar pakai google dns lagi, pening dah aku...tu pasal ikut suggestion ms bulat, pakai balik yang blogspot, hehe...

      Delete
  12. hi orga..patotlah dah berkali2 saya try bukak blog u x dapek2... ada problem rupanya.. saya dok ingat connection saya yg problem.. so, esoknya tray lagik, still x dapek... so, skrg dah settle eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi...tapi solution just tukar balik guna blogspot je lah...yang tak puas hatinya, diorang langsung tak maklumkan apa-apa, at least email ker bagitau ada problem, hm~...

      Delete
    2. Anyway, comellah ahli lembaga pengarah tu...:)

      Delete
    3. hehe...ok, nanti nak maklum kan dekat diorang, mesti senyum riang ria nanti :)

      Delete
  13. Kelas skampung, siap ada ahli lembaga pengarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang la PM, nak buat sesuatu keputusan kena masuk meja bulat, kalau tak nanti ada yang tak puas hati :)

      Delete
  14. xper.., blog bukanlah hakmilik kekals ..,eKKkee

    ReplyDelete
  15. Salam Orga,
    Oh patutlah saya cuba klik blog Orga, tak keluar...nak juga tahu pasal pergi Melaka tu, walaupun saya pernah tinggal bertahun-tahun di Melaka he he he...

    Lawaklah entri ni...meeting dengan kucing he he he.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke akak, ala...sory la yer, hal yang tak boleh nak elak, tetiba jer jadi problem cam gini. ingatkan nak update citer pasal melaka tu, terpaksa tangguh kejap, nanti baru update balik, hehe...

      Delete
  16. rasanya ramai yg ada prob psl domain my ni kan. hehehe. better guna blogspot.com je la kot. mcm saya ni mmg nak maintain yg ni je la. senang nnt kwn2 nak cari. kang klu dah tukar, mesti tak jumpa punya. hehehe

    yg bestnya, bila 2 ekor kucing pun join meeting sama. meriah pulak tu. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu sue, rasa-rasa teruskan jer guna blogspot,senang tak payah nak pening-pening kepala kan...lagipun. lepas meeting semua dah sepakat setuju dengan cadangan ms bulat, hehe...

      Delete
  17. Ramai yang menghadapi masalah yang sama.. Nasib baik belum terbuka hati nak bertukar ke domain dot my nih.. Gugugu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun mieza, ritu masa tau jadi macam, try buka blog orang lain yang dah tukar ke dot my, semua tak dapat buka. kesian pun ada...teruskan guna blogspot pun takda masalah sebenarnya, ok jer...

      Delete
  18. sebab tu tak nak tukar. nak kekal jea ngan blogspot ni.lagi pun free. malas nnt nak kena byr domain ni nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tukar balik ke blogspot dah nik, ngee...

      Delete
  19. plisssss la.. show off kucing * jeles OK! hahaha... Comel nak mamp... ni kucing biase or ade mix2 skit. kalau manusia nmpak cam panasian skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..perasan jugak ek...a'ah, mak ayah diorang mix, medium hair, si bulat tu ikut ayah dia lebih sikit, si nyer pulak lebih kepada mak dia...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...