Tuesday 19 February 2013

Jom Pi Melaka - Last Day

Pagi yang indah, subuh yang permai, aircond yang sejuk, sambil mengeliat, arhh...cepat sungguh masa berjalan. Rasa macam baru pejam mata jer, sedar-sedar dah masuk waktu subuh. Kalau ikut plan aku, hari last ni nak pergi makan asam pedas dekat area town, tapi disebabkan ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menamatkan Trip Ke Melaka ni lebih awal. Rasa tak puas sebenarnya berjalan dekat Melaka semalam, sebabnya banyak lagi tempat yang tak dicover. Jadinya, disebabkan terpaksa menamatkan trip ni lebih awal, lepas breakfast nanti, aku akan terus gerak balik ke KL. Aktiviti pertama yang aku mulakan pagi ni adalah bermandi manda di kolam renang. Wife aku pulak tak nak turun, katanya just nak berendam dalam bathtub jer. Mana syok berendam jadi tukun jer, pagi-pagi kena senaman, gym pun ada, tapi aku memilih untuk main air dekat kolam renang jer, syok woo...

Memandangkan hal kecemasan yang aku terima malamnya amatlah mencemaskan, maka aktiviti mandi manda aku dekat kolam renang ni terpaksa diletakkan limit masa. Adalah kot dalam sejam gitu, heheh... Masa aku dok main air dekat kolam renang ni, aku tengok ramai pulak orang pagi-pagi camni. Semalam bukan main payah lagi nak jumpa orang, aku agak, kebanyakan orang yang datang ni mesti bercuti rasanya, maklumlah hujung minggu. Cukup masa aku pun naik ke bilik untuk bersiap and packing. Masa nak bergerak keluar, aku terperasan dekat atas meja ada 2,3 biji buah Melaka yang aku ambik gambar semalam. Pelik jugak, macam mana aku boleh bawak balik, rasa-rasa lepas ambik gambar semalam, aku terus buang. Aku tanya wife aku samada dia ke yang bawak balik, tak jugak.


Serius, aku memang langsung takda idea macam mana buah Melaka ni boleh ada atas meja, samada aku bawak balik and kemudian letak atas meja, or aku masukkan dalam poket seluar aku and masa sampai bilik aku letak atas meja. Tapi rasa macam tak logik pulak sebab buah ni bukannya keras, kalau letak dalam seluar aku mesti pecah and berair. Samada wife aku sengaja nak kenakan aku taktaulah, tapi berkali-kali jugak aku tanya, jawapan tetap tak. Aku malas nak fikir lagi, mesti ada cara tertentu macam mana buah Melaka ni boleh ada dekat atas  meja.

Lepas siap berkemas, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast. Kan aku dah cakap, memang ramai orang punya pagi ni, sampai tempat nak duduk pun aku terpaksa cari. Nasib baik staff hotel ni prihatin, maybe dia perasan aku dok cari tempat kosong, so dia pun bawak aku meja yang available. Dah dapat tempat, aku suruh wife aku ambik makanan dulu. Sambil-sambil tu aku masih lagi dok fikir, macam mana buah Melaka tu boleh ada atas meja, hm~...tadi tak nak fikir, tapi bila dok sorang-sorang, terfikir pulak. Stress!!

see...takda tempat kosong tu..

Lama jugak wife aku pergi ambik makanan, taktaulah kot ada special menu ke rini. Disebabkan aku stress dengan hal kecemasan aku terima semalam, ditambah lagi dengan kes buah Melaka ada atas meja, so aku terpaksa makan banyak pagi ni untuk menghilangkan stress aku. Lepas aku pusing 5,6 kali area makanan ni, aku just ambik dua menu jer, entahlah...tak rasa nak makan mende lain. So, ni jelah, breakfast yang kitorang ambik pagi ni. 

Pembuka hidangan untuk menghilangkan stress aku

wife aku ambik bubur nasi...konon-kononnya nak diet ler tu, ceh~..

nasi lemak lagi...

Menu utama breakfast kitorang, wife aku makan sepinggan jer, aku yang stress terpaksa tambah lagi sepinggan. Semalam pun nasi lemak jugak, pagi ni pun sama. Sambal dia memang terbaik lah, kalau tak, takkan ambik lagi kan pagi ni. Kalau aku jadi tukang masak yang buat nasi lemak ni, dah lama aku buka kedai sendiri. Aku just reti masak nasi jer, lemaknya tak pandai lagi. Lepas breakfast, aku terus check-out. Sedih pun ada, dalam hati teringin nak berjalan lagi sebenarnya. On the way jalan ke kereta, aku terserempak dengan binatang yang menjadi tulang belakang negeri Melaka ni. Mereka adalah...jeng jeng jeng!!

Sang Kancil dan kawan-kawan.

Aku: ah..encik, tumpang tanya sikit boleh?
Sang Kancil: boleh-boleh, ada apa tu?
Aku: Boleh encik ceritakan sikit peristiwa kenapa moyang encik menendang anjing buruan Parameswara?
Sang Kancil: Sebenarnya ini kisah lama, spesis kami pun dah berbaik semula dengan golongan anjing tu, jadi tak elok lah peristiwa yang lepas di kenang kembali.
Aku: encik..cerita la sikit, kami rakyat jelata nak mengetahui kisah sebenarnya.
Sang Kancil: maaf...no komen!
Aku: (pergi dengan perasaan hampa)
Kawan Sang Kancil: (berbisik) eh...ko tau ke kenapa moyang kita tendang anjing Parameswara tu?
Sang Kancil: manalah aku tau, sebab tu aku cakap no komen, janganlah ada orang tanya lagi lepas ni.

encik orga..encik orga, tak nak tahu ke kisah saya menang lumba lari dengan sang arnab?

Ada jugak yang nak kena lempang ni! Nasib baik wife aku menarik aku ke kereta, dah lah aku tengah stress. Setakat cerita dia menang lumba lari dengan arnab, 1 dunia dah tau. Masuk jer highway, maka tamatlah sudah percutian tajaan aku ke Melaka dari Tourism Malaysia hasil hadiah saguhati Photo Contest yang aku menang tahun lepas. Syukur sesangat, walaupun cuma 3 hari 2 malam, pengalaman berada di Melaka sangatlah best. Harap sangat, tahun ni Tourism Malaysia akan anjurkan lebih banyak pertandingan sebegini and boleh kita pakat-pakat masuk. Menang kalah tu lain cerita, yang penting masuk dulu. Insyaallah, one day akan datang lagi Melaka, bukannya jauh mana pun. So, Jom Pi Melaka! :)

Roger & out.




52 comments:

  1. sedap sunguh nmpk coco crunch tuh! rasa nak pegi check-in mana2 hotel kat KL weekend nih. wahh! kayap sungguh bunyinya! kekeke

    awesome pics bro! sgt sharp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks henry fox, ahaha...lama sungguh kamu menyepi yer...

      Delete
  2. aku pn nk p la check in memana hotel! sangap nk bercuti2 dh nih hehehehe..awesome pic jgk la..next year aku vote utk ko utk kategory photog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. arrhh...tak boleh jadik ni, aku pun nak check in jugak lah hotel dekat mana-mana, mana aci korang je pegi, hehe...betul ke Na? wah~..kena take note ni, sekurang-kurang dah ada 1 vote dah, cewah~...tahniah in advance chawanna, memang takde orang lain dah boleh potong! :)

      Delete
  3. Camni kenalah selalu stress ya En Orga, boleh makan banyak...

    Menatang tiga ekor tu bukan kancil rasanya... kijang kot. Pape pun fotonya sgt cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah?!! kijang ke mie, bukan kancil ker? patutlah depa taktau hikayat moyang depa tendang anjing buruan parameswara, yennadey~...

      Delete
  4. mkn byk2 xpa hati senang sikit..hahaha..dialog sndri?okeh boleh tahan..ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea dah ke laut hairy, macam ni lah jadinyer, ahaha...

      Delete
  5. Aloh.. terliur pulok nengok nasi bubur tu (kelate sebut nasik air).
    Lapar nasik eh pulak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dekda, masa study dulu seroomate dengan budak klate jugok, deme sebut jer bubur nasik. hm~...maybe bukan pure klate kot :)

      Delete
    2. yela tu kot dekda, hehe...

      Delete
  6. suke jugak idea : "sbb stress kene tambah sepinggan lagi" :P

    *waaaaaaa misteri sungguh buah melaka tu, ntah2 ade yang..... memerhatiiiiiii *nada kak rock.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang pun, kalau stress mesti cari mende makan. tapi, kegiatan tu amat bahaya untuk mereka yang masih bujang, dah kahwin takper, boyot-boyot pun disayangi jugak, hehe..

      Delete
  7. melaka byk tempat menarik .setakat 3 hari 2 mlm tu mmg tak sempat nak pi semua
    tak pe.nnt ada alasan lagi nak dtg melaka coz byk lagi tempat menarik tak pi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun nik, nak kena repeat jugak next time. asam pedas claypot tak dapat makan lagi, huhu~..

      Delete
    2. nik pi byk kali pun ada yg tak sempat singgah lagi. river cruise tu orga kena naik waktu malam lak yea..hehe
      aritu dah cuba siang hari kan.

      Delete
    3. tu la pasal nik, kalau pi dengan kawan-kawan, bukan depa mau sangat pi tempat-tempat camni, mesti pergi main air dekat afamosa resort. pastu datang pekan melaka just nak pekena cendol and beli souviner,takkan nyer pegi musium bagai, hehe...xper, nanti kalu pergi pulak nak naik cruise waktu malam, dengar orang cakap cantik lagi time malam...

      Delete
  8. Salam,
    Lawaklah cerita animasi Sang Kancil tu.

    Oh stress je makan. Stress je makan.:D

    Pasal buah melaka tetiba atas meja pun stress? Pernah tak dengar cerita Nyi Roro Kidul dan Bilik Hotel 308?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah takde idea nak menulis sebenarnya, gambar ada, point-point penting ada, tapi nak mengarang tak reti. jeles dengan mereka yang dapat spm bm A...

      citer pe tu kak? semacam jer tajuk..bilik hotel 308 tu macam pernaah tengok, nyi roro kidul tu belum lagi...arhh, stress sebab taktau citer nyi roro kidul...

      Delete
    2. Nyi Roro Kidul ni hantu pontianak Indon yang suka duduk di Bilik Hotel 308...hah pi check bilik Orga nombor berapa? Jeng jeng jeng ...

      Delete
    3. yeke akak, arhh...ni yang merisaukan ni.saya ingatkan citer melayu bilik 308 tu, salah movie rupanya...

      Delete
  9. Lohh tak tahu ker..buah MELAKA tu..Parameswara yang letak time tido smlm :-)
    wlpun percutian hanya 3H2M..tetapi pengisian yg penuh bermakna dan kalau nk pegi lagi ke melaka tak perlu tggu menang contest lagi lah eh..kalau menang pun pegi tempat lain..Count me for 1 VOTE ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh~...jm pun bersubahat dengan wife saya ek, semua orang tak nak mengaku, huh!

      harap-harap rezeki tahun adalah untuk kita semua, tak kisah sape menang, happy untuk kawan-kawan :)

      Delete
  10. suka blog mr orga sebab fotonya
    no wonderla boleh menang trip free ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks muis...serius masih lagi amatur, banyak mende lagi kena belajar sebenarnya...

      Delete
  11. RASA terhibur aku baca entry ang ni ORGA
    Ang memang raja mengarang lah. sedap ayat ayat hang no. Ku Ulangi sekali lagi MMG best aaa ayat ayat ang ni. Ku terhibur membacanya...keepirup ORGA.
    ORGA, aku ada Pojek nanti NGan SR. Arap2 ang dapat Join nanti erk. pe pun Tunggu aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada pandai dila, separuh jalan macam dah ok aku tulis, lagi separuh tu dah takde idea nak tulis apa, tu pasal keluar citer sang kancil dengan kawan-kawan pulak, ahaha...

      aku on jer dila...papehal roger jer nanti :)

      Delete
  12. Salam Yeop

    Banyak betul alasan nak makan nasik lemak tu berulang2 kan......hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh~...akak terperasan jugak niat sebenar di hati saya, nak bagitau orang ramai malu, heheh...

      Delete
  13. Buah melaka tu nk ikut balik skali kot...

    Lama juga berada di melaka ye...nnti sudi2 la dtg lg k...
    Cite kancil tu da lama sgt...nasib baik kancil tu pndai jwb no komen...kalau tak mau pnjang dia punye soklan nnti...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lah tu kot ena, ahaha..insyaallah, nanti kami akan pi lagi melaka, makan cencol durian tak puas, hehe..

      Delete
  14. gi hotel makan kokokrunch pe ceghita??? hahah dah free rembat jelah kan...;p

    ni semua ditaja la ni???? wahh untung badann

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kampung mana ada jual kokokrunch xila, kalau tak, memang awal-awal lagi tolak tepi...

      yup...semua, kuar duit minyak dengan tol jer, heheh...

      Delete
  15. Ok la tu....... kura-kura tu peramah nak je tegur kau kan Orga, sebagai pelancong yang ditaja kena la dilayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...mana ada shidah, sajer gurau-gurau jer, hehe...

      Delete
  16. cantik2 gambar. pasni leh la ambil gmbr sy lak :)


    jom baca saya pergi jemputan PRATONTON FILEM PADA SUATU CINTA DAHULU... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aja nizam, hehe...

      baru nak baca ni :)

      Delete
  17. Makanan dia nampak best2 je..
    terliur AJ pagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi lemak ja pong aj...tapi serius, memang sedap makan, tambah-tambah tengah stress, siap tambah lagi, hehe...

      Delete
  18. tahniah la bang dapat dokhotel free gitu..uHHUuu

    ReplyDelete
  19. kalau ditaja, mmg berbaloi la orga. siyes! walaupun dekat, tapi moment kat sana mesti kita tak dpt lupakan kan. kt melaka mmg best, bnyk tempat2 menarik. kalau pegi, kena stay 3D2N kot baru puas ati. saya ni mmg asal melaka, kalau dah balik rumah parents, mmg jarang keluar rumah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi adat lah sue, kalau kampung sendiri bukannya nak jalan sangat, banyak dok umah jer, lebih seronok jalan dekat tempat orang, hehe...

      Delete
  20. Gambar buah melaka tu nampak cantiksss sekali. Patut menang hadiah !!!

    pstttt...Orga, saya baru balik dari osaka-kyoto. Entry awak banyak membantu kami. Thanksss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thanks prof...

      arhh...ini tidak adil! hehe...jeles tengok akak pergi japan, saya pun tengah gigih menabung untuk repeat balik ni, chaiyo! :)

      Delete
  21. pic2 semuanyer cantik2 ni

    ReplyDelete
  22. Memang pelik buah Melaka tu...sampai stresss
    ..kikikiki
    Gambar awak cun!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..tu la pasal, stress sangat sampai kena tambah nasi lemak, hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...