Wednesday 13 February 2013

Sepetang di Kuala Perlis

Sementara masih lagi segar di ingatan, bahek aku buat entry cepat-cepat. Kejadian ni berlaku masa aku hampir-hampir tidor petang, sempena cuti raya Cina ritu, aku pun taktau nak buat apa, dengan panasnyer, so buat taik mata jelah. Untuk pengetahuan, di kawasan utara masa ni tengah musim kemarau. Memang panaslah, kipas angin set dekat nombor 5 pun masih tak termampu untuk bagi sejuk. Kalau set ke nombor 10 kang terbang pulak umah mak aku nih, hehe... Tengah landing baik punyer, baru tepuk bantal tiga empat kali, konon-kononnya nak tidor lah, tetiba wife aku terjaga lalu menyuarakan isi hati dia, "jom pergi Kuala Perlis pekena laksa". Aku pun , "hah...sekarang ker?"...fikir jugak dalam hati (tadi aku tepuk bantal tu kuat sangat ker sampai boleh terjaga nih), lepas mengeliat 4,5 kali, aku pun menyetujui idea yang amat bernas dari wife aku tu.

Plan asalnya nak pergi pekena Laksa Kak Su (aku pernah buat entry pasal Laksa Kak Su, boleh KLIK sini untuk mengulangkaji), tapi last-last minit tukar plan. Tak nak pergi pekan Kuala Perlis, tapi nak pergi pekena laksa dekat gerai-gerai sekitar tepi pantai dekat Kuala Perlis. Alang-alang dah petang camni, boleh layan sunset sekali, cewah... Kalau ikut signboard, tempat aku pergi ni dipanggil, Dataran Persisir Pantai Kuala Perlis. Disebabkan masa aku sampai ni hujung minggu, ditambah pulak public holiday, memang agak sesak sikit kawasan sini. Kawasan sini tak besar sangat, so nampak jer ada space untuk parking keta, terus masuk. Ambik hang, depan-depan kedai aku parking, orang kat sini pun dah biasa, tu pasal diorang buat tak reti jer. Tengok matahari, masih lagi tinggi, so kitorang pun cari port untuk makan laksa and lepak-lepak.

Kuala Perlis
kedudukan matahari yang masih lagi tinggi.

Kuala Perlis
"di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri...suasana~ sepi..."
malunya, mesti korang kutuk suara aku kan...

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Ini lah yang aku maksudkan tadi, nampak jer space untuk parking, terus masuk.

Kuala Perlis
Ini lah kedai yang kitorang lepak-lepak, disyorkan sangat kedai ni :)

Kuala Perlis
cucur udang

Kuala Perlis
laksa

Kuala Perlis
Pasembor

Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, wife aku ambik laksa, aku ambik pasembor and tambahan cucur udang. Cucur udang tu kurang sikit rasa kuah dia, masa nak order, aku ada tanya samada kuah sos or kacang. Mamat yang ambik order tu cakap kuah kacang, so dengan yakinnya aku pun order. Bila sampai, dari mata kasar aku, nampak macam kuah kacang + sos jer. Aku agak maybe sebab dah petang, mende nak habis kan, tu pasal diorang wat cam gini. So bila makan tu feel tak sampai, heheh... Laksa pulak bagi aku sedap lah, recommended untuk peminat laksa yang datang ke Kuala Perlis. Tapi, rasa-rasa aku, menu yang paling istimewa, ni haa...PASEMBOR! Memang terbaiklah, sedap sampai menjilat kaki tuh. Aku ingatkan kuah kacang, tapi bukan, tak sure kuah apatah diorang letak. Yang aku tau sedap. 

Apa yang ada dekat Pasembor ni? Ada mee, daging yang dihiris nipis-nipis, telur sebelah, udang 4,5 ketul, sengkuang, timun, pastu mende macam keropok yang selalu diguna pakai dalam Pasembor (orang selatan panggil rojak). Banyak pun banyak! Memang recommended sangat-sangat kalau sesaper singgah makan sini. Masa bayar, aku tak tanya harga lain, tanya harga pasembor ni jer. Bagi aku murah jugaklah, harga Pasembor ni just RM4 sahaja. Selesai makan, tengok matahari dah makin menurun, aku pun berjalan menuju ke tepi pantai.

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Aku tak sure sangat apa nama binatang ni, jadi perhatian aku bila nampak dia berjalan. Dengan kaki dia color biru, pastu slow motion jer.

Kuala Perlis
kulit kerang

Lupa pulak, harini adalah Rabu, ramai aku tengok blogger post pasal Wordless Wednesday. Maksudnya tepek gambar jer, tapi aku...aku...dah tak ikut rules ni. Bukan apa, alang-alang dah tulis, takkan nak padam pulak kan, so aku pun post jugaklah. Takper, lain kali aku akan cuba ikut rules ni, huhu... Cepat-cepat, matahari dah nak terbenam, so layan jelah gambar-gambar sunset aku ni yer :)

Kuala Perlis
Kuala Perlis
ni lah gambar sunset terbaik aku dapat, huhu~...terharu!

Kuala Perlis
Awan agak tebal, patutnya nak tengok matahari terbenam dekat celah-celah bukit.

Kuala Perlis
Gambar last sebelum matahari menyembunyikan diri di sebalik awan

Kuala Perlis
matahari dah takda, tapi puas hati even kena menunggu lama sampai matahari terbenam. view memang sangat-sangat cantik. 

Kuala Perlis
burung bersama-sama dengan member-membernya

Dah lewat dah pun, tengok jam dah 7.30 malam dah, burung pun tau balik ke rumah diorang, apatah lagi aku insan yang biasa ni, kenalah balik jugak. Dekat jalan pun kereta dah makin kurang, kedai-kedai pun dah start tutup, patutlah...rasa-rasa kitorang pelanggan yang last kot tadi. So, kitorang pun berjalan menuju ke kereta and membawa diri balik ke rumah jugak. Ada hikmah kenapa aku tak dapat tidor petang, kalau tak, mesti aku terlepas untuk melihat keindahan matahari menurunkan dirinya di ufuk barat. 

"hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang...
itulah lukisan alam..."

Roger & out.


39 comments:

  1. cantiknya semua gambar2!
    terasa mcm ada kt tempat tu je.
    hehehehe
    dulu2 pernah jugak makan laksa kt kuala perlis ni.
    siyes sedap!
    ntah bila lg la dpt pergi sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sue, kat perlis ni, makan la laksa dekat mana-mana pun, mesti sedap. ikan murah-murah area sini, tu yang kuah laksa pekat. free-free singgah lah perlis :)

      Delete
  2. gambar2 cantik sangat!! semua view menarik .... tambah2 makanan tuh...hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik kamoo, best duduk tepi pantai petang-petang cam gini, pekena laksa and laici kang pulak, nasib baik cuaca pun elok jer, hehe...

      Delete
  3. Cantik pemandangan...
    ALahai...
    Jauh sangat nak pegi nya pun......

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada jauh pun AJ, dari KL ni 5 jam jer perjalanan. kalau flight lagi cepat, 45 minit jer...singgah jangan tak singgah :)

      Delete
  4. Gambar2 sunset terbaekk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tunggu masa nak snap sunset musim sejuk pulak :)

      Delete
  5. wow.......... bila la aku boleh sampai perlis ni........
    Cantik giler sunset kau amik tu Orga.......
    Weh Orga kau tengah nyanyi ke tu masa dok termenung sorang2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengah nyanyi la tu shidah, sebab ambik gambar jer, kalau video dah keluar dah suara serak-serak basah aku ni, hehe...bila hang cuti panjang taktau nak pi mana, apakata hang singgah perlis shidah, hehe...

      Delete
    2. Orga....... camne aku nak vote kat Tourism Blogger tu

      Delete
    3. hang kena pakai acc pesbook shidah untuk vote...gud luck ok!

      Delete
  6. Mmg Wordless Wednesday bila tengok pic sunset ni..dan boleh rasa kelajuan angin bila lihat daun pokok di tiup angin..katanya...nak tahu berapa kelajuan angin tu yer..eheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat laju jm, abis terbang payung yang gerai-gerai ni pasang. even dekat utara now musim panas, tapi bila angin kuat datang, takla terasa sangat panasnya...

      Delete
  7. photoq ORGA always menawan
    Tu dia salhout lagi tu shuntek mengimbau sunset na
    nampak layan romantique hang dok layan tefi Meja tu....awww jiwang, suka ceq no
    Kalau kat bangi aku selalu layan laksa KAK PAH POKOK getah depan sony tu orga
    nanti lah aku ajak SR gi kembara kat sinun pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku masih lagi di sony, pantang tengahari mesti makan situ dila. tambah-tambah kalau kena ot hujung minggu, hehe...biasalah, sekali sekala balik kampung, layan angin petang tepi pantai, jiwang lah sikit :)

      Delete
  8. Serius mmg panaih gila belah sana...balik kg MIL kt lengkawi beli cekelat semua cayaq abih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tau takper, masa balik kampung ritu, beza betul, macam dunia lain jer rasa. sebelum terowong, dari KL hujan jer memanjang. lepas terowong jer, ekon rasa macam tak berfungsi pulak. semua pokok tinggal batang dengan ranting jer time ni, hehe...

      Delete
  9. awesome pics...tak penah lg sampai perlis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks muis, tak per...nanti free-free singgah lah. boleh terus ke padang besar shoping-shoping :)

      Delete
  10. WOW CANTEK GAMBAR! aku pn tak penah sampai Perlis, terpaksa la aku terjah secepat mungkin..wewewewwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang patut terjah pun chawanna :)

      Delete
  11. nice view nice pic. indahnya ciptaan DIA. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk hati dengan permandangan cam gini kan, hehe..

      Delete
  12. Sejak ada AA ni dah jarang ke Kuala Perlis kalau nak ke Langkawi... *berlagak*

    Tapi saya memang suka sangat dengan laksa utara ni sbb takde kolesterol... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mie, jangan la camtu, kesian orang perlis dengar nanti, hehe...

      bukan setakat takde kolestrol mie, kandungan protein jugak tinggi sebab kuah 100% daripada ikan yang segar-segar..

      Delete
  13. Subhanallah, indahnya ciptaan Yang Maha Esa..
    Pssst! Binatang tu nama dia umang2.. Sebenarnya dia jenis tak berkerang, so dia akan curik mana2 cengkerang kosong yang ditinggalkan untuk dijadikan sebagai rumah dia.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...puas jugak cari dekat google haritu, apalah nama siput ni, rupanya bukan siput, umang-umang pulak. kesiannya umang-umang nih, terpaksa ambik cengkerang orang lain untuk dijadikan rumah. alang-alang dah nak dekat pilihanraya ni, patutnya pihak terbabit menyediakan tempat tinggal yang secukupnya untuk umang-umang, kata nak basmi kemiskinan kan, hehe...

      Delete
  14. Wahhh terbaekkkk la gambar gambar yg orga ambik...

    ReplyDelete
  15. wah2 pic2 yang sngat cantik... tang makan pasembor tu betul2 menyelerakan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks KA! tu lah, saya mkn tak tengok kiri kanan dah, memang sedap sungguh, hehe..

      Delete
  16. pasembor itu membuatkan perut ku menendang-nendang untuk meminta disuap sesudu dua.

    * BTW pasembor kedah mmg ade mee n daging ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah wan, pasembor kedah biasa letak sengkuang dengan timun and telur and kopok jer, takde pun letak daging and mee..diorang yang buat tambahan, tapi sebab tu lagi sedap, hehe..

      Delete
  17. Nasib baek sy bukan peminat laksa....kalau tak harus menery laksa kat sini..

    Sy suka tgok gambar siput dan kerang kat pantai tu...tangkap gmbr sndri ke orga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah~...ruginyer ena, laksa utara sangat sedap dan sangat sihat, 40 kali tambah pun tak gemuk-gemuk, betul...tak tipu, hehe...

      a'ah ena, sendiri tangkap gambar...gigih ni wat projek time senja :)

      Delete
  18. ehhh ni kat mane ni?? yg kat tepi jeti tu ke??? tulah port budak ex uum dulu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan xila, sini tempat lain. ikut singboard ke Dataran Persisir Pantai K. Perlis...yang tepi jeti tu tempat makan ikar bakar malam-malam, sini buka siang jer, kul7 semua kedai dah bungkus dah...

      Delete
  19. Boleh saya tau mana boleh dapat pasembor itu? Kedai itu dekat mana? Ada address?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...