Friday 26 April 2013

Fly to Seoul (Day 5) - Gyeongbokgung Palace & Royal Guard Changing Ceremonies

Cepat betul masa berlalu kan, dah masuk entry hari kelima. Rasa macam baru minggu lepas balik dari Korea, tengok kalender, dah dekat 2 bulan dah rupanya. Seriusli, penangan pergi Korea memang best! Jadi, tanpa membuang masa, meh la aku sambung citer hari kelima pulak. Aktiviti hari kelima ni kitorang mulakan dengan bangun pagi. Pastu macam biasalah, gosok gigi, mandi, pakai baju and breakfast. Lepas dah setel semua ni, kitorang pun menapak menuju ke Myeongdong St. Apa yang aku plan, untuk hari kelima ni, aktitivi kitorang just nak visit tempat-tempat menarik sekitar Seoul. Untuk makluman, tempat-tempat menarik sekitar Seoul sangat lah banyak, and dalam banyak-banyak tu, aku pilih 4 tempat utama sahaja and masing-masing adalah berdekatan. Sebabnya, cuma sekali kitorang naik train untuk visit tempat yang pertama iaitu Gyeongbokgung Palace, then lepas tu, untuk next visit kitorang jalan kaki sampai lah balik semula ke guest house. Boleh dikatakan, aktiviti untuk hari kelima ni banyak berjalan kaki. Dari Myeongdong St. terus kitorang shoot ke Gyeongbokgung St., dengan sekali transit dekat Chungmuro. Sampai dekat Gyeongbokgung St., keluar ikut exit 5.

Myeongdong St.  -  Chungmuro St.  -  Gyeongbokgung St. (exit 5)

Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Inilah view yang akan nampak bila keluar dari Gyeongbokgung St. Kalau dekat Sokcho, suasana berkabus memanjang, bila balik ke Seoul, tak sangka cuaca sangat clear. Kalau macam ni, nak berjalan sepanjang hari pun ok kot, sejuk and nyaman. Kemudian, kitorang pun melangkah masuk ke perkarangan Gyeongbokgung Palace. Setiap kali aku baca citer orang yang pergi ke Korea, tak sah kalau takda gambar dekat Gyeongbokgung Palace, tempat yang memang wajib dilawati!

Gyeongbokgung Palace
sejarah Gyeongbokgung Palace

admission ticket: 3,000 Won seorang

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Kawasan Gyeongbokgung Palace ni sangatlah luas, macam masuk padang bola rasa, besar... Senibina and rekabentuk istana ni memang cantik, especeli design tiang and bumbung. Kalau tengok gambar atas, hujung bumbung tu macam ada rupa kepala kura-kura, pastu dekat atas tu pulak seolah-olah macam orang tengah duduk. Rasa-rasanya lah... Kebanyakan orang aku tengok, ramai yang lepak dekat area perkarangan depan istana ni jer, tak masuk ke dalam pun. Sebabnya, untuk masuk ke dalam kena bayar admission ticket, tapi kalau stay dekat luar tak perlu. Then, kitorang pun decide untuk pusing-pusing kawasan luar sahaja, save budget, hehe... Tengah dok syok ambik gambar, tetiba ada announcement yang maklumkan, kejap lagi ada Royal Guard Changing Ceremonies dekat depan entrance gate. Baru aku tau, yang Royal Guard semua ada dekat depan pintu utama, aku ingat Royal Guard Changing Ceremonies ni dekat dalam perkarangan istana. Pastu, gigihlah kitorang jalan cepat-cepat pergi dekat kawasan pintu utama.

Gyeongbokgung Palace
dihadapan pintu utama

Gyeongbokgung Palace

Giler serius muka diorang, buatlah lawak macam mana pun, diorang takkan gelak punya. Aku saja tangkap gambar dekat, konon-kononnya nak cari bukti yang misai and janggut diorang tu dilekatkan jer, bukan asli. Kalau betul asli, memang diorang betul-betul Royal Guard lah. Walaupun bukan asli, cara diorang pakai sangat kemas, tak nampak cacat cela. Yang paling aku respect, muka diorang yang serius tu. Kalau jadi cikgu disiplin dekat sekolah, konpem student takut, hehe...

sama tak? hehe...

Tak lama kemudian, kitorang semua diarahkan untuk memberi ruang kepada upacara yang bakal diadakan kejap lagi. Ada 3,4 orang lelaki berkot hitam yang aku rasa petugas untuk mengawal Royal Guard Changing Ceremonies ni. Sebagai peringataan, kalau sesiapa yang berada dekat perkarangan istana, perlu cepat-cepat keluar untuk tengok upacara ni sekiranya sudah ada pengumuman dibuat. Kalau upacara ni dah start, petugas yang berkot hitam tu takkan benarkan untuk keluar dah, so kena tunggu next time pulak untuk tengok upacara ni balik. Okaylah, jom layan Royal Guard Changing Ceremonies :)

Royal Guard Changing Ceremonies


Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
Royal Guard Changing Ceremonies dimulakan

Gyeongbokgung Palace
Pengawal berbaju biru dibelakang Ketua yang berbaju kuning keluar memberi tunduk hormat disamping semua pengawal yang lain mengadap ke arah Ketua tersebut.

Gyeongbokgung Palace
Pengawal berbaju biru ni kemudian memberi arahan supaya pengawal yang lain follow dia. 

Gyeongbokgung Palace
Sampai dipersimpangan, pengawal berbaju biru membuat lap and u-turn menuju ke arah Ketua tadi.

Gyeongbokgung Palace
Shif pertama and kedua bertemu untuk proses pertukaran shif.

Gyeongbokgung Palace
memohon kebenaran untuk pertukaran.

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
setelah mendapat perkenan untuk pertukaran. pengawal pun mula mengambil tempat.

Gyeongbokgung Palace
 Pertukaran sudah dilakukan, and sekarang masa untuk Ketua memeriksa barisan. Pengawal yang tunjuk belakang badan tu adalah shif awal tadi, and pengawal yang mengadap depan tu adalah shif yang baru. 

Gyeongbokgung Palace
Pemeriksaan barisan oleh Ketua.

Gyeongbokgung Palace
Memohon kebenaran untuk keluar baris.

Gyeongbokgung Palace
Setelah mendapat perkenan untuk keluar baris, pengawal berbaju biru berjalan masuk ke dalam perkarangan istana diikuti oleh pengawal-pengawal bawahan.

Jadi, inilah rupanya Royal Guard Changing Ceremonies. Untung jugak kitorang sebabnya baru je sampai ke Gyeongbokgung Palace, tak lama lepas tu dah dapat tengok acara ni. Aku recommend sesangat untuk sesaper yang visit ke Gyeongbokgung Palace, jangan lepaskan peluang untuk saksi sendiri upacara Royal Guard Changing Ceremonies. Lepas selesai melayan upacara guard ni, dari depan  entrance gate, aku pergi pulak untuk aktiviti memakai pakaian rasmi royal guard. 

Sumunjang Costume Experience


Ni je design yang ada? First aku macam malas nak try, tapi lepas fikir balik, alang-alang dah sampai ke Gyeongbokgung Palace, try jelah. Lagipun free, bila lagi kan nak ada pengalaman camni. Then, aku pun join orang beratur untuk merasai sendiri memakai pakaian royal guard. Untuk memakai pakaian royal guard ni, ada 4 orang perempuan yang uruskan, and dekat dalam bilik persalinan, tidak dibenarkan menggunakan camera. Cuma seorang yang dibenarkan untuk masuk ke bilik persalinan dalam sesuatu masa. Wife aku pergi dulu, then tak lama lepas tu giliran aku pulak. Masuk dalam bilik persalinan, aku nak buang jacket, tapi diorang cakap tak payah. Pastu depa suruh aku buka tangan luas sambil sarungkan seluar and baju. Aku siap gelak lagi masa diorang sarungkan seluar, pastu ada seorang tu tanya kenapa aku gelak. Yela...dah tua-tua macam ni, ada orang pakaikan seluar, mestila rasa kelakar. Lepas siap pakai pakaian guard ni, aku pun keluar dari bilik persalinan untuk join wife aku dekat luar. 

see...aku dah buat gaya lain, tak buat gaya tangan seluk poket dah...

wife aku pilih pakaian Ketua, aku pulak pilih pengawal bawahan saja. barulah nampak macam hero sikit, hehe...

aku pun tak pasti apa aku cuba buat sebenarnya...

Selesai mencuba pakai royal guard, kitorang gerak menuju ke entrance untuk masuk ke dalam Gyeongbokgung Palace, tapi tak masuk pun sebab tak beli tiket. Aku just nak ambik gambar jer dari luar. View dekat dalam hampir sampir sama dengan kawasan perkarangan palace ni, tapi kalau ke dalam lagi, maybe dah lain. Kalau tengok map palace ni, ada berapa gate yang kena lalu baru boleh sampai ke Gyeongbokgung Palace dekat tengah-tengah tu. Untuk aku, cukuplah sekadar tengok dari luar jer.

view dekat dalam dari entrance

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Aku cukup puas hati dengan aktiviti yang pertama untuk hari kelima ni, Royal Guard Changing Ceremonies dah tengok, pakaian royal guard pun dah try, kawasan sekitar Gyeongbokgung Palace ni pun dah merata aku lawat, then tiba masa untuk move ke aktiviti yang kedua. Untuk cerita aktiviti kedua bagi hari kelima, nanti aku sambung dalam next entry yer. Tak sempatlah nak tulis sekarang sebab nak prepare untuk pergi solat jumaat. Bersambung...

Roger and out.


45 comments:

  1. Suka tengok acara changing guard tu kan...Satu lagi colourful baju diaorng tu. Pastu ngan bendera berkibaran....nampak sangat cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, pakaian diorang semua colorful, terang-terang pulak tu...cantik kan...

      Delete
  2. heheh...comel la baju pengawal tu...cinta dua darjat antara ketua dan pengawal bawahan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta antara dua darjat, hehe...dah boleh wat novel dah ni cik viva, taktaulah laku ke tak jual nanti :)

      Delete
  3. AJ tau gaya apa tu...
    Gaya kungfu.......
    Heheheheheh...
    Tapi lebih kurang same je Orga masa bergamba dengan guard tu...
    Ada sedara mara kat Korea ke?? Hehehheh... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyah~ (sambil pecahkan bata)...betul tu aj, ni memang gaya kungfu...korea mari, hehe...

      ni lah sedara yang hilang dari kampung aj, tak sangka pi jadi pak gad dekat korea, jauh betoi dia merantau :)

      Delete
    2. hahahahahha...
      Sesat kot, tu yang lupa jalan balik Malaysia...
      Kihkihkih... =P

      Delete
  4. Patutlah misai dan janggut tu nampak keras semacam je..ingatkan lupa nak letak shampoo

    Jam berapa pertukaran guard tu bermula..kiranyanya hari2 lah eh..kesian dorang

    hahaha..tak tahan buat gaya mentadak tue :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jm perasan jugak ek...kalau dari jauh nampak real kan...

      tak pastilah jm, rasa-rasanya pertukaran guard ni ikut waktu tepat, contoh macam pukul 10, pukul 11 gitu...takda pukul 10.30 or 11.30...info ni dari tourism korea...

      Delete
  5. Ada berapa kali apacara guard changing tu dalam sehari?



    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut info dari page tourism Korea, sehari ada 6 kali upacara ni mie, start dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang, ikut jam...

      Delete
  6. omaigod banyaknye citer ko! kelakar la baju guard tu, kalau lari kejar org, mesti kembang2! Tapi cuaca memang cun! aku dah masuk kan palace ni dlm list aku! memang must go katanya hehehehehe #taksabar nk pi korea!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku try untuk pendekkan, tapi still banyak jugak na, huhu~...

      tu la pasal, gambar kitorang pakai baju tu banyak yang buruk sebab kembang kena tiup angin, letak yang rasa cun-cun jer, hehe...

      Delete
  7. Salam Yeop

    Laaaaaaaaaaa...ngape tak pakei pakaian raja ngan queen nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak biasa kak yong, saya ni orang kampung jer, jadi padanlah tu pakai pakaian orang bawahan...lagipun, selalu hero memang watak dia orang bawahan kak yong :)

      Delete
  8. Merasa jugak pakai pakain korea.. Pakaian guard lagi.. Hehe.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merasalah jugak mieza, kalau ada beraneka jenis, nak jer try semua...tengok sikit rupa orang melayu pakai pakaian korea :)

      Delete
  9. wah...seronok..siap pakai baju korea lagi tu.hehe
    luas kwsan tu yea. cantik bangunan nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju guard je nik...yang tak tahan sebab nampak gemuk, terpaksa pakai sekali dengan jacket, huhu~...

      Delete
  10. Alahai nk tukar guards pun siap berupacara bagai..hehe
    Apapun, tu yg istimewanya culture dorang
    Neway, tq sbb close up kan sejarah gyeongbokgung palace ni
    Baca je kt situ, x pyh dh p korea.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni acara yang wajib tengok kalau visit ke Gyeongbokgung Palace muis...rugi la kalau jauh-jauh datang lepaskan peluang untuk hayati culture orang korea, hehe...

      Delete
  11. Sesuai la sangat pakaian tu ngan kau Orga.... hehehe...

    Ni... kau tgh nak buat tarian K-Pop ke apa tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang jangan perli aku shidah, aku tau la aku tak pandai nak buat gaya, uhuhu~...

      Delete
  12. Hahahaha....Enjoy gambar pakai baju tradisional Korea.
    Entri awak ni memang lengkap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau merasa sendiri lagi enjoy, hehe...

      Delete
  13. wah siap pakai bj korea lagi tuu...saya dl peminat citer korea..huhu.. salam singgah n kenal.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu je ker, sekarang dah minat ker izan...best-best tau citer korea sekarang, hehe...

      salam kenal jugak izan :)

      Delete
  14. Serious excited lol..gigih mengumpul duit nie..muuhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kiter, next time kalau boleh nak terjah jeju pulak :)

      Delete
  15. Orga, awat gambar hang ni semua clear and cantik2 jek? Stress kot tengok! Ada berapa entry lagi to complete your Korea Trip nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan kot zara, cahaya mentari menyuluh dari belakang, lagipun cuaca hari ni sangat clear, tu yang gambar pun clear. tak banyak dah zara, ni dah entry day 5, day 7 dah balik ke m'sia ::)

      Delete
  16. heheheheheeh..comel betul korang berdua ni tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...biasalah sue, syok berjalan :)

      Delete
    2. actually, sue pun mcm korang jugak.
      g mane2 mmg suka amik gambar.
      x kiralah gambar ape pun :D

      Delete
    3. tu la pasal sue, wajib ambik gambar...nanti bila tengok balik photo album, mesti seronok and terimbas balik kenangan kan :)

      Delete
  17. Hahahah ala.. dah alang-alang snap gambar dari jarak dekat tu,
    apsal tak tarik je janggut dorang tu.. nak tau dorang gelak @ still seriyus jugak ke? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh dekda, ada orang berkot itam jaga diorang, sentuh lebih-lebih nanti kena tegur.apatah lagi nak tarik janggut, hehe...tunggu dekda la yang buat nanti :)

      Delete
  18. wahh! dah jadi orang korea la plak.. tak bawak balik ke baju tu satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai la lavender, bila tengok balik gambar buruk pulak...sesuai dengan baju melayu jer, hehe...

      Delete
  19. Pakai baju tu kena bayar tak?

    ala x sabar nak pegi sana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun...tapi kena beratur cepat, sebab waktu untuk try pakaian sangatlah singkat.pastu nak tunggu next turn lama pulak...

      Delete
  20. Bila tgok gambar gambar ni rasa seperti mcm tgok cerita korea plak.
    Eh orga...sama la kegarangan muka tuh dgn royal guard tuh! ada tak tnye depa de kerja kosong ke tak...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...muka garang ke tu ena, tengah senyum pun orang cakap garang. ish~...mesti sebab cahaya matahari yang terang sangat tu, hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...