Monday 17 March 2014

Geisha Edition: Maiko Mameharu, Maiko Tsuruha & Maiko Eriha

Salam semua...amacam, dapat grab trip best-best tak dekat Matta Fair semalam? Aku dok umah jer, bukan apa, dah lama sangat tak hujan, semalam pulak tetiba hujan turun lebat, so aktiviti tarik bantal lah jawabnya. Wokey, entry kalini aku nak menstorykan pasal Geisha pulak. Kebetulan aku baru dapat maklumat semalam, di mana dalam beberapa gambar Geisha yang aku shoot masa ke Japan dulu, ada orang yang kenal diorang. Excited pulak aku, sebabnya time aku shoot dulu, main taram jer mana-mana Geisha yang aku jumpa. Bila dah kenal muka, dapat tau nama lagi, aku pun start menelaah Google and banyak sangat info pasal diorang. Macam artis pulak jadinya...untuk rujukan, bawah entry pasal Geisha yang aku tulis dulu:

http://skampung.blogspot.com/2012/05/japan-kyoto-part-2.html

Maiko Mameharu


Ni lah rupanya Maiko Mameharu. Nanti aku tunjuk wajah dia tanpa make-up. Tujuan aku upload gambar atas just untuk share dengan orang ramai, pengalaman masa aku dekat Kyoto area Gion. Sekali ada orang komen yang ini adalah Maiko Mameharu and masa aku ambik gambar dia pulak adalah special moment di mana time ni dia dalam proses pertukaran dari Maiko ke Geiko. Ini adalah discussion kitorang:


Maiko Mameharu tengah dating

The exact date aku shoot gambar Maiko Mameharu adalah 14 March 2012 dekat Gion area. Now aku rasa excited sangat, perasaan tu rasa macam dapat ambik hadiah atas stage sebab dapat nombor satu dalam kelas. Sebab after this, Mameharu dah bukan Maiko lagi. Bila dah jadi Geiko, pakaian and make-up bagai dah tak sama. And yang paling penting, aku tau siapa watak dalam gambar ni. Ni yang buat hati aku lagi berkobar-kobar untuk merepeat balik trip ke Japan, mungkin boleh jumpa dengan Mameharu somewhere. Seperti yang Sakura cakap, info yang aku baca jugak sama, di mana Maiko Mameharu dah retired sekarang ni. Bawah adalah gambar-gambar Maiko Mameharu dari google termasuk gambar dia tanpa make-up:

source: google

Maiko Tsuruha


Ini pulak adalah Maiko Tsuruha. Aku tau nama dia pun dari Floatingsakura jugak, and rasa bertuah sangat dapat shoot pic Maiko Tsuruha ni, sebabnya, dia siap ada Documentary sendiri perjalanan untuk menjadi seorang Geisha. Boleh layan cerita dia dekat youtube kalau rajin (http://www.youtube.com/playlist?list=PL38FF18E92E137BE5).
 

Seingat aku, masa tengah pusing-pusing area Gion, tetiba ada orang jerit nampak Geisha, and dia adalah yang pertama aku shoot. Ikut entry aku yang dah tulis tu, masa tu, Maiko Tsuruha tengah berjalan dalam satu kumpulan, and ada lagi seorang Maiko iaitu Maiko Eriha. Disebabkan kitorang ramai-ramai tengah shoot gambar dia, so dia pon posing ayu-ayu gitu untuk kitorang. Apa lagi, terus aku tekan butang snap sampai lenguh jari-jari. Dari info yang aku baca jugak, setiap Geiko or Maiko ada nama tersendiri and nama diorang tak akan sama di antara satu sama lain. Perbetulkan aku kalau aku silap. Sekali lagi, aku rasa bertuah sangat sebab berpeluang ambik gambar diorang. Bukan apa, perasaan tu berbeza bila shoot pics orang yang kenal and tidak, lebih appreciate gitu... Bawah pulak adalah gambar-gambar Maiko Tsuruha dari google termasuk gambar dia tanpa make-up:

source: google

Maiko Eriha


Yang pakai kasut tinggi 5 inci inilah merupakan Maiko Eriha. Dibelakang tu pulak adalah Maiko Tsuruha. Inilah kumpulan yang aku citer tadi. Pada masa aku shoot gambar ni, Maiko Eriha cuma berumur 17 tahun, and antara yang paling muda dalam family Geisha. Sebab tu dia nampak macam special sikit layanan. 


Pendapat aku sendiri, aku agak pakaian Maiko Eriha ni ada maksud tersendiri. Sebabnya, orang lain dapat teka nama padahal aku post gambar belakang badan jer, and diorang dapat teka dengan betul nama Maiko Eriha. Bila aku search dekat google Maiko Eriha, result shows sejibik macam aku ambik gambar. Tapi tula, kebanyakan gambar aku yang aku ada, semua belakang badan Maiko Eriha ni, nampak sangat pemalunya. Takper, ada chance, next time nak shoot depan-depan, hehe...macam biasa, bawah adalah gambar-gambar Maiko Eriha dari google termasuk gambar dia tanpa make-up, tapi gambar tak berapa nak clear sangat, sorry:

 source: google

---------------------------------------------------------------------------------

Kepada member-member yang akan ke Japan especially yang akan singgah Kyoto, jangan lupa visit Gion area. Kalau boleh pergi petang-petang sikit, cahaya elok untuk shoot gambar diorang. Untuk ingatan, diorang ni macam chipsmore, kejap ada, kejap hilang. So pandai-pandai lah kejar mengejar dengan diorang nanti. Jangan lupa check jugak apa event yang akan berlangsung dekat area Gion or sekitar Kyoto, untung badan dapat shoot ramai lagi Geisha. Wokey, sampai sini saja, see you again Geiko Mameharu, Maiko Tsuruha and Maiko Eriha. Peace!


Wassalam.



32 comments:

  1. Waaaa xsabau nk pi kyoto oct nati..kat sn prefer gn jr pass k lau dr tokyo-kyoto

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ayu...sonok giler, tak lama dah tu. masih ada banyak masa lagi nak wat preparation...kalau budget cukup, better pakai jr pass, boleh travel 1 jepun, guna sampai lebam. kalau bajet ciput-ciput, naik bus pun ok...

      Delete
  2. wahhhh...bestnya dpt snap gambar diorg secara live. terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rezeki kitorang time tu sue, hari sebelumnya tak sempat, next day pergi awal sikit and berpeluang ambik gambar diorang.

      Delete
  3. Wah congrats Orga. Memang patut lah ko rasa bangga macam dapat first in class! *clap clap* Maiko Mameharu tu lawa gila bila xde mekap. Baby face giler. Kulit dah putih still kena tampal ngan tepung gomak kan. Hopefully aku dapat amik gambar diorang next month. Xdapat yang femes xpelah, janji dapat bersua muka. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak muka camtu macam tu kena makan sushi selalu bibie, hehe...and thats maybe the reason jugak why dia retired kot, muka cantik mesti ada yang berkenan. bila berkahwin dah tak boleh jadi geisha dah...ko pulak nak pergi sana next month, jeles weh...kalau ko jupe tsuruha or eriha, cakap abang orga kim salam :)

      Delete
  4. Dear Orga...mohon perncerahan...ahaha...sebenarnya JM tak faham la..siapa Maiko. Geiko, Geisha ni semua ek..itu gelaran ke apa...pastu kenapa dorang pakai bedak cam tepung gomak tu..pastu apa peranan dorang ni...bantu lah kawan mu yg cetek ilmu ni hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper jm, dolu-dolu saya pun taktau jugak pasal ni. meh kita belajar sama-sama simple info pasal diorang. sebenarnya Geisha ni adalah penghibur "entertainer" tapi more kepada tarian or lagu-lagu asli masyarakat jepun. Geisha or Geiko adalah gelaran untuk yang lebih berpengalaman and Maiko adalah gelaran untuk yang masih muda, apprentice la katakan. tak semua orang boleh jadi Maiko or Geisha and service diorang juga boleh dikatakan mahal. ni jela kot jm sikit info pasal diorang...peace!

      Delete
  5. Eh...JM sorang je ke tak tahu siapa mereka ni eh...ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takper jm, lambat lagi kan nak ke sana, banyak masa lagi boleh cari info :)

      Delete
  6. Muka diorang ni tanpa mekap mmg cun..awat dimekap sampai mcm tepung gomak tu huhuhu..apa2 pun gambar2 orga mmg superb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu keunikan jugak tu abg khairuddin, diorang mampu kekalkan tradisi ni sampai sekarang even diorang lagi moden dari kita...

      Delete
  7. cantik juga gadis jepun ye...dengan pakaian kebangsaannya.

    ReplyDelete
  8. WOW! tabik ko bukan amik gambar maiko/geiko sebarangan! omggggg tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...kebetulan je na, dari info, depa ni memang selalu dok melilau kawasan situ...

      Delete
  9. Lawa pulak diorang tak de make up..tak jumpa pong geisha ni masa gi tokyo dulu..waaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dekat kyoto wa...dekat tokyo taktau pulak kawasan mana yang glamor dengan geisha...

      Delete
  10. Lagi berapa minggu xsampai sebulan ni nak terbang ke jepun tapi masih xplan nak p mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal lagi noor, banyak masa lagi boleh buat research. kawan-kawan kita yang lain pun ramai dah pergi, senang sikit nak susun itinerary...

      Delete
  11. Orga, you were so lucky to get a full shot of those Geisha. Dulu masa tengok filem Memoirs of Geisha, teringin sangat kalau dapat jumpa live / in person with all those Geisha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak kitorang tunggu sampai diorang muncul zara, tak sangka betul dapat bersua muka, hehe...

      Delete
  12. nice ORGA
    satu input yang bagus
    rezeki ang jugak dapat shoot look like artist
    nice story...boleh diabadikan selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hang yang ambik gambar dila, mesti lagi cun, hehe...

      Delete
  13. Pergh terbaik punya random shots.. pernah ke Kyoto tapi tak berkesempatan la pulak nak singgah Gion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa die zehn, ada peluang repeat lagi :)

      Delete
  14. uih tak bleh blah bila ingat balik betapa gigihnyer kitorang tunggu n kejar maiko and geisha kat sana...mmg pengalaman yg seronok lah sbb aku mmg taksub skit dgn diorang hahaha! (ye, aku yg kejar...laki aku lepak kat tiang lampu jer, bleh???)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau laki ko yang kejar nanti, terpaksa tido luar pulak dia, hehe...seronok jer kan :)

      Delete
  15. dieorg ni kalau xpakai make up lagi cantek....nape la kne make up cmtu eh?

    ReplyDelete
  16. Salam Orga,
    Terima kasih bagi tips tentang Geisha tu :)

    Tak mau jenguk blog saya ke? Kali ni kalau jenguk tak rugi.
    http://nota-kembara.blogspot.com/2014/04/10-hadiah-menarik-untuk-komentator.html

    ReplyDelete
  17. gmbr pon chantekk., ehHHee

    ReplyDelete
  18. exited nak pergi, trip bulan september nih.... Osaka-Kyoto-Nagoya, paling lama duk di kyoto... waiting for geisha hunting...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...