On the way tu, dari jauh aku tengok ramai betoi masyarakat yang nak masuk ke Nami Island, sebab aku perasan ada banyak bus dekat bahagian parking. Pastu aku perasan jugak ada 3,4 orang dok pegang macam bendera kecik tu, so maybe untuk membezakan diorang berbanding group yang lain. Sampai dekat entrance, terus aku pergi beli tiket. Harga tiket untuk masuk ke Nami Island adalah 8,000 Won seorang.
Lepas dah beli tiket, tanpa membuang masa, kitorang pun berjalan masuk untuk naik ferry. Wah~...masa tunggu ferry tu, rasa bangga kejap sebab nampak bendera M'sia berkibar dengan penuh gaya di samping bendera Korea. Tunggu pun tak lama, selepas penumpang yang dalam ferry tu semua turun, kitorang pun dibenarkan untuk terus masuk ke dalam ferry. Dekat dalam tak banyak tempat untuk duduk, sebabnya perjalanan ke Nami Island kejap sangat, dalam 5-10 minit gitu, so kebanyakan orang berdiri sajo. Kalau nak layan view dekat luar, boleh pergi ke bahagian luar ferry. Masuk jer dalam ferry rasa lega sikit, sebabnya dekat luar sejuk sangat, so masing-masing menepek dekat heater untuk panaskan badan.
Malaysia boleh!!
Agak-agak dekat nak sampai, aku pun pergilah ke bahagian depan ferry semata-mata nak ambik gambar penyambut tetamu Naminara, si tanggang versi Korea. Ingatkan aku sorang jer yang nak ambik, orang lain pun sama jugak. Apa lagi, terus menggunakan kelebihan tubuh badan aku yang sasa ni, iyah~...iyah~...dapat jugak aku ke bahagian depan and ambik gambar. Ini Hang Tuah hokey, sekali makan nasi 4 pinggan, ada hati nak berebut-rebut dengan aku...
Welcome to Naminara!
comel jer kan...
Banyak ukiran-ukiran yang unik-unik di sini, so far first impression aku oklah, cantik jugak Nami Island ni, betul kata blogger Azra, even semua pokok dah togel takda daun and tinggal ranting jer, Nami Island tetap ada tarikan tersendiri. Walaupun dekat tangan aku ada map Naminara ni, aku tak tengok pun, just melangkah jer ikut orang lain. On the way berjalan-jalan ni, baru nampak sikit, ramai betul masyarakat M'sia di sini, family, couple, rombongan Cik Kiah, semua ada.
Yoo-jin cakap cantik, ada belon-belon...
Cantik tak bag baru aku, made in Korea hokey :)
Dekat sini aku terpegun kejap, aku rasa, ais ni membentuk sesuatu sebelum cair macam ni. Tapi, bila tengok betul-betul, unik pulak even dah cair. Dengan air tasik yang masih lagi membeku, rasa macam nak berjalan jer atas tasik ni sambil menikmati sculptor ais ni. Tengah dok syok menikmati sculptor ais ni, tetiba aku perasan dekat belakang, ramai sungguh orang kita dok ambik gambar. Lepas satu group, tukar group lain pulak. Curious apa yang ada di situ, aku pun pi lah tengok. Rupa-rupanya...
rumah burung di tengah tasik...
Banyak unggun api dekat sini, time winter jer ada, season lain rasanya takda...
Sekitar kawasan sini memang ramai orang, silap haribulan boleh sampai kena beratur kot kalau nak ambik gambar dekat satu-satu Naminara punya attractions.
Lagi satu tarikan dekat Nami Island adalah aktiviti menunggang basikal. Sebab, dalam citer Winter Sonata, ada part depa dok naik basikal dekat sini, sebab tu boleh wujud aktiviti ni. Rate untuk sewa basikal macam dekat dalam gambar di bawah. Aku tak sewa pun, lagi seronok berjalan and ambik gambar, ceh~...alasan...
rate untuk sewa basikal
Kebanyakan blog yang aku baca, mesti ada ambik gambar dekat sini, gambar emak bersama 2 orang anaknya. Aku tak sure kot ada kisah disebalik arca ni, or setakat tarikan di Naminara semata-mata. Actually, ada drama sikit before aku boleh ambik gambar disini, perasan tak dekat bahagian bawah tu macam ada air bertakung. Lapisan bawah tu adalah ais, so agak licin sikit. Punyalah jimat dan cermat aku melangkah, tiba-tiba kebaboom...jatuh macam buah nangka beb, waduh~... Bila aku angkat kepala tengok orang lain, nasib baik semua orang tengok tempat lain, aku yakin, mesti diorang tak perasan kan... So, ada sebablah untuk aku angkat kasut baru balik nanti, muahaha...
see...semua orang ambik gambar dari jauh sajo...
Bertentangan dengan arca emak bersama-sama anaknya tu, ada pulak arca pelakon utama citer Winter Sonata, aku iyah~...iyah~... jugaklah semata-mata nak ambik gambar, tapi tak mampu, orangnya ramai ya amat. So, aku pun ajak wife aku cari port untuk makan dulu. Dah pukul berapa ni, baru teringat, aku just breakfast dengan roti jer pagi tadi. Tengah dok survey-survey, aku terperasan ada satu tempat ni cantik sangat, dengan pokok-pokoknya, daun-daunnya, tapi agak jauh sikit dari jalan utama. Terus aku tarik Yoo-jin ke situ...
Cantik kan tempat ni, aku tengok pun macam tak percaya, cantik betul landskap dia, memang sangat sesuai lah untuk aku and Yoo-jin berkelah, hehe... Kalau ikut plan asal, nak merasa Nasi Goncang (Dosirak) dekat sini, menunya nasi putih, telur and kimci (harga 5,000 Won/ plate), tapi last-last minit tukar. Aku decide untuk berkelah dekat sini, santai sikit...
bila aku tengok balik gambar ni tak puas hati, kenapa gaya aku buruk sangat, sepesen jer...arhh, stress!
Sini pun cantik jugak, kagum tengok structure pokok yang besar-besar ni membengkok ke arah tasik tepi tu. Indah sungguh ciptaan Illahi kan... Then, kitorang pun beransur untuk ambik gambar yang menjadi trademark Naminara ni. Awal-awal tadi dah lalu dah, tapi dari bahagian depan, orang ramai sangat, so bagi chance dekat depa menikmati dulu, mungkin depa kejar masa. Macam kitorang datang sendiri-sendiri, tak kisah nak balik pukul berapa pun. Sampai-sampai jer, yess...takda orang, bolehlah aku buat aksi lompat bagai, hehe...
time kitorang datang sama macam dalam gambar tau...
Tak sia-sia aku dok usung tripod sana sini, berguna jugak akhirnya. Aku ni pemalu sikit, nak mintak tolong orang ambik gambar segan, so terpaksalah guna khidmat tripod. Lepas penat bersuka ria dekat kawasan pokok-pokok ni, next aku nak pergi tengok arca watak utama citer Winter Sonata ni. "Ayuh kita pergi Yoo-jin..."
Simbolik percintaan Jun-sang and Yoo-jin
Masa ni lebih kurang pukul 4 lebih, nak diikutkan, tempat-tempat utama rasa-rasanya macam dah visit. Aku plan nak naik ferry dalam pukul 4.45 gitu, sebab nak ambik bus dari Nami Island ke Gapyeong St. yang pukul 5.15 petang. So, sementara nak habiskan masa, kitorang berjalan ke arah padang, sebab dari jauh aku nampak banyak rumah-rumah yang diperbuat dari jerami.
Sebelum berangkat pulang, kitorang singgah solat dulu dekat surau dekat sini. Senang jer nak cari surau, dari jauh dapat tengok tulisan besar-besar tulis "Musolla" in arabic, artinya, surau ler... Kalau nak diikutkan, surau ni mix, campur, tapi kebetulan masa aku and wife aku pergi solat, takda orang.
Musolla aka Surau
On the way balik ke ferry, orang dah tak ramai...
time table ferry, last ferry jam 9.45 malam
bye-bye Naminara...
Sedih pulak rasa bila nak meninggalkan kampung halaman, takpa...kalau ada rezeki, one day akan datang lagi. Yoo-jin pun dah bagi green light, anytime ajo... So, sampai jer dekat Bus Stop Nami Island tempat mula-mula turun tadi, masa naik bus untuk ke Gapyeong St., tunjuk jer tiket yang dah dibeli, terus cari tempat duduk. Aku ada terbaca dekat manatah, ada diorang cakap, dari Nami Island nyer bus stop ni, boleh jalan kaki ke ke Gapyeong St., tak jauh mana pun. Aku ada tengok jugak jalan, pendapat aku, agak jauhlah jugak kalau nak menapak, sebab kawasan agak mendaki di situ.. Tapi, ikutlah...lain orang, lain perancangannya... Sampai di Gapyeong St., terus masuk naik subway untuk balik ke Myeongdong. So, terpaksa tempuh lagi 23 station, dengan 3 kali transit, baru dapat sampai ke Myeongdong St. Best and penat! Sehari suntuk berjalan, puas hati sangat sebab tamatkan 2 aktiviti hari hari pertama dengan jayanya. Next, aku akan citer aktiviti malam pulak.
Roger and out.
Cantiknya Nami Island ni..........!!!!
ReplyDeleteBanggakan nampak Jalur Gemilang kat situ....
Jelesnya AJ tengok orang dapat jalan2 ke Korea......
kan aj...bangga tau tengok jalur gemilang dekat negara luar, baru rasa semangat sikit nak jalan-jalan, hehe..
Deletewoahh nami island ni memang sehsuai time winter... pokok2 takda daun, ais2 dekat tasik tu... sumpah cantik gile
ReplyDeletememang sangat sesuai wan, tapi cuaca tu yang tak tahan, dah end winter still sejuk tak hingat lagi...
Deletecantik sgt!!!!
ReplyDeletetu la orga, rasanya yg betul "Selamat Datang ke Pulau Nami". hehehehe
nape korang x amik gambar ala ala Jun Sang dan Yoo Jin tu. confirm nampak romantik!
hehehe..awk posing ala ala copy paste gitu :D
semua gambar pun cantik sgt. terasa mcm ade kt sane je :)
betul tu sue, even spm dulu bm tak dapat A, tapi rasa-rasanya Ke Pulau Nami tu yang lebih tepat kan, sedap sikit bunyi nyer...
Deletegambar ala-ala jun sang and yoo jin? huhu~...tak terfikir pulak masa ambik gambar tu, ruginyer...
selamat datang di Pulau Nami...cute ar...hahahah
ReplyDeletemana ada cute cik viva, ayat salah tu...cikgu marah nanti :)
DeleteGambar superb.... tak sangka masih membeku kat Nami sane.. temperature brape ye time tu...
ReplyDeleterasa-rasa dalam 3-4 degree time tu azra, sebab aku still boleh nampak wap keluar masa bercakap tu, hehe...
Deletecantiknya pulau nami ni.mmg kalau pi korea tempat wajib singgah la ni kan.
ReplyDeletekalau tak singgah sini nik, tak nama ke korea lah...cantik tau tempat ni :)
Deletekalo ade salji memutih tentu lagi lawa and cun. tp ni pun dah awesome dah... teringin nak dtg time summer. mesti hijau je nnt. hehehe. btw, ce tukar gaya posing tu. dah halal kan.. ce peluk2 skit. hahahha
ReplyDeletesummer bukan lagi panas ke henry, dengar citer kalau summer lagi panas dari M'sia. panas dekat kl sekarang pun ko dah nak lari ke england, hehe...nak buat jugak gaya macam tu, takut nanti ramai yang termuntah tengok, ahaha...
DeleteNami island memang cantik..walaupun pokok pokoknya tengah togel gitu. Akak siap tengok balik citer Winter Sonata sebelum pergi nami island ni sebab nak ambik mood hehehe...Memang best kat situ.
ReplyDeletehehe...mestilah akak, sebelum pergi kenalah ambik mood dulu. baru lagi feel masa ada dekat sana...
Deleteaku cukup terhibur dengan persembahan entry KOREA ang ni ORGA
ReplyDeletemacam teringin ingin sangat nak terbang saat ini
nanti habaqlah berapa habis kos semua jumlah keseluruhannya erk
** Adui terus on instrumental WINter sonata lar ni hahhahaa
syahdu betul kalau dengar lagu winter sonata tu, menggamit kenangan katakan, hehe...okay, nanti aku try finalize total budget pergi ritu dila...
DeleteWah ada surau yek. Peka sungguh orang Korea ni kan...
ReplyDeleteBab makan tu memang idea yang bagus, tak payah nak beli2 bagai.
betul mie, la ni surau dengan makanan halal pun dah banyak dekat sini, nampak sangat orang kita suka pergi nami kan...
Deletex tahu nak komen macam mana
ReplyDeletegambar sgt cantik smpi saya terpegun
oh Korea..bilakah impian nak kesana tercapai ni
ada surau?hebat..kat mesia pun ada tpt takde surau
malu tak?kalau ada pun kotor dan bau telekong yg hapak
tak lama dah tu irfa, hehe...surau dekat sini agak bersih lah, cuma air jelah sejuk sikit. hm...sokong tu, ada sesetengah tempat, suraunya macam tak terurus sangat, sedih jugak rasa...
Deletegiler bez...pic pun semuanya cun! ;)
ReplyDeletewee...memang best sangat :)
Deleteokayyyyyy tak penah lagi aku tgk org amik gambar dekat2 dgn patung tu, so bila ko berdiri kat situ, nampak nor besar gile patung lucah makcik nyusu anak tu hahaha!
ReplyDeletesnowman tu bkn ais, aku penah pegang, cam buat ngan simen kot...tapi ais cair tu cantik kan?
hahahahahahaha tergelak aku tgk pose sama ko tu! kelakar ar ko! mcm laki aku gak, keras jer kalo nak bergambar, kena suh camni camni camni baru naik syeh! tak amik gambar guling2 kat dedaunan kekeringan kah? hahaha!
squirrel tu sumpah comel! rasa cam nak bawak balik jer...
ko tak beli ke kentang rebus cucuk2 kat wharf feri tu? ya Allah aku asik la teringat kentang ketul tu, sedap sungguh!
kiranya aku ni macam jack the giant slayer lah, memang besar pun patung tu, aku yang tough ni pun nampak kerdil jer, hehe...
Deletememang cantik sangat, nampak artistik gitu..kalau terer ambik gambar, lagi menarik rasa.
itu lah, bila aku tengok balik pic tu, rasa-rasa...wth!aku ke tu? macam tak caya jer...even daun-daun tu nampak kering, tapi bahagian bawah masih basah lagi biqque, kalau tak, dah guling-guling macam citer hindustan dah...
kentang rebus? cucuk-cucuk pulak? aku tak perasan pun orang lain makan...kalau ada mau kena jugaklah. sebab dekat tempat lain, kalau nampak orang makan jagung ke, memang kitorang beli..
Rasa2 dlm banyak gambaq...gambaq yg terbaik adalah yg main2 juai mahai kat balik pokok tu hehe
ReplyDeletebiasalah kak nori, dok gurau senda dengan yoo-jin memang macam tu, juai-juai mahai sikit, hehe...
DeleteRamai betol umat.. waktu weekend ke u all pegi ni..? i don't watch Winter Sonata, but i assume You Jinn tu heroin dlm citer tu eh..? Still ada salji wpon dah nak masuk spring kan... Lagik satu, we all kalau nk mintak org tangkapkan gambar, mesti tngk org tu bawak kamera besar atau biasa2 aja...Kami akan pastikan org tu bawak kamera besar kerana, kompom mika pandai tngkp gambr..kalau yg kamera kecik tu, gmbar kami asik ketar2 aja...;)
ReplyDeletetaklah farikica, kitorang pergi hari khamis, dah plan awal-awal lagi, tak nak datang time weekend, mau tak bergerak kot kalau weekend. hari biasa pun dah macam ni...samalah tu, kalau bagi dekat orang yang pakai compact, nanti depa dok cari-cari screen untuk view before ambik ambik gambar, padahal kalau dlsr nak kena topong, satu hal pulak nak kena tukar setting...
DeleteSalam Yeop
ReplyDeletehahahahaa.....Yong gelakkan dulu....suka kan jatuh gedebum tu.....Yong dah biasa kena...tak tobat2 lagi nak jalan atas ais....
masa zaman Yong muda remaja dodulu ke sini tak dak la pulak emak 2 beranak tu....baru la kot tu ye ?
salam kak yong...
Deleteeh, kak yong pun ada pengalaman yang sama ek, hehe...kelakar betoi, maklumlah first time experienced dengan ais gini, macam cek nak tau. kalau tak, awal-awal lagi dah tukar kasut.
mungkinlah kot akak, depa nak buat ni sebagai satu tarikan dekat sini...
Hohoho cantik giler... best giler... enjoy giler kot tengok kau gi sana......... sampai aku rasa giler nak pergiii
ReplyDeleteahaha...sila pergi shidah, ko terer ambik gambar, kalau time autumn, mesti menarik abislah gambar-gambar ko tu...
Deletetime aku g hari tu.. penoh saleji.. sejuk and tak larat nak jalan...
ReplyDeletetetiba rindu seoul.. nak g lagi..
btw, ko jatuh tu.. normal kot.. so, orang cam da tak heran... hehehe
penoh salji? wah~...tak aci...sebenarnya aku pun nak pergi time penuh salji, tapi masa dok berebut beli tiket AA, tak dapat nak grab date yang sesuai..
Deletehehe...memang pun zette, bukan aku jer, orang lain pun ada jatuh jugak. so macam ko cakaplah, dah jadi perkara biasa kot, hehe...
terujanya byk entry ni bro..teringin gila nk jalan2 korea ni..hgahaha..adoi bila lah leh sampai sini.lagi2 sambung.
ReplyDeleteone day mesti datang sini hery...kalau berteman lagi cantik, hehe...
Deleteomai...tengok gambar-gambar ko,tetibe terasa teringin g nami time winter..err..taknak winter sangat la..aku memang tak tahan sejuk,time macam ko g ni,just nice...
ReplyDeletecantik lak aku rasa pokok-pokok tu togel..hehe masa ko g koya ni,berapa suhu eh??
setuju dengan ko tu aza, time aku datang ni pun dah rasa pedih telinga tahan sejuk punya pasal. suhu sekitar 3-5 C, ikut tempat lah...macam Seoul dalam 5 camtu, tapi di Nami semua drop sampai 3 or 4...
DeleteWinter Sonata buat Nami Island meletup!!!!!
ReplyDeleteLawa dan nampak klasik Nami Island tu.
Bendera Malaysia...bangganya!!!
betul tu bro hanif, tanpa winter sonata, mesti orang takkan kenal dengan Nami Island ni kan...
Deletecite pasal tripod laki aku malas tol nak bawak. nak tgkp gmbr pon kdg2 mls gak.. tah ape2 kn p jauh2 mls. pas tu dh blk cam nyesal x amik byk sisi.. pooodah!
ReplyDeleteaku memang kena bawak beb, kalau tak, takdelah gambar berdua.kalau ada pun mesti limited giler...ala, suruh jer laki ko bawak, bukannya berat mana pun...
DeleteSerius cantik sangat orga! Eh, bukan orga ye.. Nami Island ni yang cantik.. Hehehe! Romantik abis.. =)
ReplyDeletehah? bukan orga ke? ala~...baru nak berangan nih...
DeleteArghhh dh jauh ketinggalan tp x kira nk baca dan komen jgk :-)
ReplyDeleteYg pasti gambo semua cantik dan pandai betul cari shoot angle yolah ada skill photography kan heeee
Bila tgk pic ni rasa nk pegi lg korea tp bila huhuhu
ahaha...mana ada jm...semua ehsan belajar utube jer. ambik gambar ni semua orang boleh ambik, tapi nak cari angle yang best tu yang susah, tak pandai sangat. takpa jm, nanti kita pakat-pakat repeat lagi sekali, hehe...
Deleteassalam..
ReplyDeletesy nak fly korea this coming may..
tak sabar nk pegi nami island..
anyway good photo and info...:))
wow...best nyer, mesti snap photo-photo banyak-banyak juga nyza...balik nanti jangan lupa share story :)
DeleteSalam ziarah...
ReplyDeleteSemua gambar dkt Pulau Nami cantik2 belaka.Teruja sgt tengok!=)
salam jugak...
Deletepulau nami memang cantik, tambah masa time winter and autumn, lantai memutih jer, kalau autumn pulak dapat tengok daun warna warnni...
salam..
ReplyDeletecte hang nk pi seoul ni mmg tbaek..blh di jadikan guide utk aku n wife nk pi sana bln 11 ni..
mtk copy paste ler pic2 yg blh jdi guide kt sne nnti..tapi Namsan 3 masa aku nk pi nanti dah penoh..so amek guesthouse kt soo guesthouse je kt blkg namsan 3..
thanks beb sudi singgah...kalau ada yang kekurangan tu, mintak maaf la yer. namsan 3 tu memang laku, kena cepat kalau nak stay situ. tak per, guesthouse lain pun ok jer :)
Delete