Thursday 14 March 2013

Fly to Seoul (Day 1) - Namsan Guest House 3 & Myeongdong

An nyong haseyo! Tak sangka, lepas pergi South Korea 7 hari, balik sini terus terer dah cakap Korea. Kalau tengok drama tu, tak perlu pakai subtitle dah. Punyalah dasyat semangat kekoreaan aku terima dekat sana, cewah~...gurau jer, apa yang penting, kitorang selamat pergi and selamat balik, syukur ke hadrat Illahi :) Penantian selama 5 bulan, memang berbaloi sangat, walhal, awalnya, plan nak ke tempat lain sebenarnya. Waktu aku beli tiket ni masa promo AirAsia 5-Hour Sale (klik untuk details) tahun lepas, disebabkan aku tak dapat nak grab tiket ke Aussie, so ubah haluan ke Seoul. Return tic untuk 2 orang ke Seoul aku dapat RM888. Haluan AirAsia X yang lain pun sama jer regernyer. Time aku datang ni boleh dikatakan penghujung Winter lah, nak masuk Spring. Lepas beli tu, mulalah aku buat research sikit-sikit, di atas bantuan and pengalaman orang lain yang pernah ke Seoul, especially blogger/forumer Azra and Chimei, maka itinerary aku ke Seoul dapat siap sepenuhnya. Kamsahamnida u'olls!! 

Tanggal 6 March 2013, adalah hari keramat yang kitorang nanti-nantikan. Flight kul 8.50 am, plan nak gerak ke LCCT dalam pukul 7 pagi gitu, kunci jam pukul 6 pagi, tetapi pukul 5 pagi aku dah bangun dah, otomatik pulak tu. Nampak sangat dah tak sabar-sabar kan. Ding dong ding dong sana sini, lebih kurang pukul 7.30 pagi kitorang sampai LCCT. Kaunter pun dah buka, orang pun tak ramai, apa lagi, aku pun terus check-in. Flight pun tak delay, lebih kurang pukul 9.00 pagi, flight pun berlepas.


Kapten kapal umumkan yang cuaca hari ni elok-elok sajo and perjalanan ke Seoul ambil masa lebih kurang 6 jam. Lepas tengok stewardess buat demonstrasi jalanan, maka aktiviti membuat taik mata dilakukan secara berjemaah bersama penumpang-penumpang yang lain. Sedar pun bila stewardess kejutkan untuk bagi Nasi Lemak Pak Nasser. Lepas makan, aku sambung tidor balik. Masa nak touchdown Incheon, konon-konon nak ambik gambarlah, sebab tu aku pilih seat tepi tingkap, tapi langsung tak nampak apa, kabus tebal sangat. Kalau ikut waktu M'sia, sampai Seoul lebih kurang pukul 3.15 petang, tapi ikut waktu Korea yang cepat sejam, jam dah pukul 4.15 petang. Urusan imigresen pun ok jer, keluar jer dari Arriving Hall, kalau ikut note aku buat, kena cari T-Money dulu.

T-Money

T-Money ni macam kad Touch-n-Go, boleh guna untuk naik train and bus, harga sekeping adalah 3000 Won, so aku beli dua keping, satu untuk aku, lagi satu untuk wife aku. Lepas tu aku topup 20,000 Won untuk kedua-dua kad ni. Pengalaman aku, 20,000 Won cukup jer sepanjang 7 hari aku berada dekat sini, malah ada lebihan lagi dalam 3000 Won. Aku beli kad T-Money ni dekat 7-E, bersebelahan Arriving Hall jer, sebelah kiri. Lepas beli T-Money, aku pun cari Gate-5 untuk naik bus ke Seoul.

(note: 1000 Won = RM3)

From Incheon Airport to Seoul (Myeongdong)


Dari maklumat aku dapat, ada 4 cara untuk ke Seoul (Myeongdong) tempat di mana aku akan stay sepanjang berada di Seoul nanti. 

1. Taxi = nama pun taxi kan, mestilah mahal.
2. Bus = 10,000 Won per person (pilihan aku)
3. Train = 3,950 Won (stop each station, stop dekat Seoul St., then transfer to Myeongdong)
4. Express Train = 13,800 Won (Non-stop, stop dekat Seoul St., then transfer to Myeongdong)  

Dari awal-awal lagi memang aku target nak naik bus pun untuk ke Myeongdong. Bus yang aku kena naik adalah Bus No. 6015. Di samping ada tempat duduk yang selesa, bolehlah menikmati permandangan sekitar Seoul sambil cuci-cuci mata. Bertentangan dengan 7-E tempat aku beli T-Money tu adalah Gate-5. Di Myeongdong, aku akan stay dekat Namsan Guest House 3, dikatakan tempat ni adalah sangat glamor bagi pelancong yang mai dari M'sia. So, keluar jer dari Gate-5, terus nampak signboard Bus No. 6015 sebelah kanan.  

 time table Bus No. 6015

Masa keluar dari Gate-5 tu, mak aii...sejuk ya amat, bernafas keluar wap tu. Jakun jap kat situ, hehe...suhu time ni sekitar 5 Celcius, so aku terpaksa tukar sweater ke jacket yang tebal. Masa pakai jacket tu, tengok cermin, rasa macam artis k-pop pulak. Driver bus ni pulak sangat baik, siap pegang bagpack aku lagi tolong masukkan dalam tempat letak bag bawah bus tu. Setiap bag yang diletak, driver bus akan bagi sticker number, sebab nanti masa turun dari bus, bagi jer sticker number dekat driver bus, dia akan tolong keluarkan bag dari tempat letak bag. 

sticker number untuk bag aku


Masa masuk dalam bus, fare 20,000 Won aku bayar dekat drive bus pakai cash, T-Money aku simpan untuk pakai sekitar Seoul nanti. Perasan tak dekat atas TV tu tulis apa, kena pakai seat-belt tu. Before bus ni jalan, driver siap datang check lagi untuk make sure semua orang pakai seat-belt. Keluar je dari kawasan airport, aku boleh tengok, dekat jalan hampir 90-95% kot, kebanyakan kereta adalah brand Hyundai. Kereta polis and taxi pakai Hyundai Sonata baru tu, kagum jap dekat situ. Dari Incheon ke Seoul lebih kurang sejam. Lorong untuk setiap kereta dekat atas jalan kecik sangat aku tengok, muat-muat untuk kereta, kalau lalu tepi bas tu, rasa macam nak accident pun ada, seriau betoi...

 Berkabus lagi, pokok-pokok semua tinggal batang jer.

Hi Seoul - Soul of Asia

Masa masuk bandar Seoul tu, aku boleh tengok kiri kanan jalan sesak teruk penuh dengan kereta bagai, mungkin time orang balik kerja kot, tapi laluan bus kosong jer. Agak smooth perjalanan dari Incheon ke Seoul dengan bus ni. Untuk ke Namsan GH 3 tempat aku akan stay tu, aku kena turun dekat bus stop yang last sekali iaitu Sejong Hotel. Dalam bus ada announcement dalam English and Korean, so taklah risau sangat bus ni berhenti dekat mana. Lebih kurang sejam gitu, sampailah kitorang dekat Sejong Hotel. Lepas ambik bag, aku refer dekat map yang guest house bagi untuk ke Namsan GH 3. 

Ikut arrow kaler merah

Lepas cross jalan, pergi arah kanan sikit akan jumpa dengan 7-E. So, aku pun berdiri tegak depan 7-E tu, tengok map sama dengan apa yang aku nampak. Pacific Hotel depan aku and Myeongdong St. dekat belakang. Dari depan 7-E, aku menapak ke Namsan GH 3, jalan agak berbukit sikit, tapi tak jauh mana pun, dalam 5-10 minit gitu, dah sampai dekat depan pintu masuk Namsan GH 3.

 view dari depan...Pacific Hotel dah nampak kan.

view belakang, Myeongdong St.

sebelah kiri, pintu besi tu lah entrance gate Namsan GH 3


Canggih sungguh pintu masuk Namsan GH 3 ni, kena pakai Code baru pintu boleh buka. Selepas menekan loceng dan memperkenalkan diri, salah seorang pihak pengurusan Namsan GH 3 datang menjemput kitorang dekat depan gate ni. Sebelum masuk, dia ajar dulu macam mana nak buka gate ni, nak masuk dekat dalam guest house pun sama, guna Code yang sama sajo. Masuk jer dalam, terus jumpa lift and kitorang kena turun ke level B1 untuk registration.

Namsan Guest House 3 (www.namsanguesthouse.com)


Selepas registration, staff Namsan GH 3 ada explain sikit rule apa yang patut dipatuhi, pastu apa yang ada dekat guest house ni, cara-cara untuk guna dapur, simpan barang dalam peti ais, macam-macam lagi lah. Lepas tu, kitorang di bawa ke bilik, sekali lagi dia explain apa yang ada dekat dalam bilik and macam mana nak guna remote aircond and tv.

tadaa~...ni lah rupa bilik kitorang...

bilik air kecik, muat mandi untuk sorang jer satu masa.

Antara kemudahan lain yang ada dekat Namsan GH 3 ni

dapur, peralatan memasak, and pinggan mangkuk

24 hours coffee, hot and cold water, microwave, etc

free international call, lepas dail nombor, tekan button ijo tu untuk call. So, bolehlah aku mengupdate citer terbaru dengan kak Piah and abg Mat, hehe...nak suruh depa pakai Viber, tak reti.

peti sejuk and mesin basuh. 

Pendapat aku, memang agak lengkap lah mende-mende basic dekat guest house ni, tang bilik tu, even kecik sikit, ok jer, yang penting dapat tidor and settlekan perkara berbangkit. Tilam dia macam nipis, tapi bila tidor and guling-guling tu, sedap pulak. Harga untuk satu bilik adalah 60,000 Won semalam. Dekat dengan Myeongdong St. and Myeongdong area, patutlah ramai yang pilih guest house ni. Disebabkan dalam flight tadi kena tidor duduk, so kitorang pun ambik peluang rehat-rehat dulu before meneruskan aktiviti seterusnya. Penat woo...

Myeongdong Area


Lebih kurang pukul 8.30 malam gitu, kitorang pun keluar dari guest house. Plan untuk malam ni just nak jalan-jalan dekat Myeongdong, saje nak tengok suasana malam dekat sini sambil-sambil cari winter boot and barang-barang lain yang murah-murah. Untuk pergi ke Myeongdong night market (ala-ala uptown gitu) dekat seberang jalan sinun, kitorang masuk Myeongdong St. and lalu Myeongdong Underground Shopping Center. Dekat bawah sini, bersepah-sepah gambar aku depa ambik buat poster. hehe...silap pulak, gambar-gambar artis Korea macam Lee Min Ho and Park Ji Sung. Eh, Park Ji Sung artis ker, muahaha...

sale...sale...sale!!


Macam tak puas hati jer aku tengok dekat bahagian bawah ni. Dari underground shopping center ni, kitorang naik ke atas and bila exit jer, tudia...ramai sungguh umat manusia dekat area Myeongdong malam-malam gini. Happening sungguh! Ada jugak aku terserempak dengan rakyat M'sia yang lain, so sekadar senyum-senyum and angguk-angguk jela. Wife aku pulak dok sibuk dengan alat-alat make-up and skincare dia tu, puas jugaklah aku dok ajak pergi tempat lain. 


Dasyat sungguh kedai-kedai make-up and skincare dekat sini, punyalah murah, beli 1 percuma 5. Lepas pusing-pusing, wife aku rembat winter boot sepasang, and sebiji mafla. Aku pulak angkat seketoi bag, kaler hijau lagi, sebab bag kuning yang selalu aku bawak tu dah koyak. Cukup-cukup lah tu untuk aktiviti hari pertama, lagipun penat siang tadi naik flight pun tak hilang lagi. On the way balik ke guest house, aku singgah dekat 7-E untuk beli plug-2 pin, sebabnya aku terlupa beli masa dekat M'sia. Credit to Fidajacob sebab bagitau boleh beli dekat 7-E, di samping tu jugak, wife aku beli susu pisang yang dikatakan sedap sampai ke M'sia tu, harga 1,200 Won sebotol and 2 kotak instant cooked  rice, harga 1,550 Won sekotak.

Harga 8,000 Won, aku beli 2 biji.


Sampai dekat guest house, terus panaskan nasi and kari daging Ariff untuk late dinner. Langsung tak sedap Ariff punya brand, nasib baik beli sekotak jer, yang lain-lain semua Brahim. Wife aku cakap saja nak try brand lain selain Brahim. Spageti seafood tu staff guest house yang buat, sedap jugaklah. Lepas makan, terus balik bilik and zasss untuk esoknya aktiviti pulak. So far, aktiviti hari pertama takda apa sangat, sebabnya sampai pun dah lewat petang. Just cari barang-barang keperluan, pusing-pusing area Myeongdong and prepare untuk aktiviti keesokkan harinya. 

Roger and out.


93 comments:

  1. rasa mcm nk histeria kjap tgk entry ni..ahaha..terinin nk sini sgt2...hahaha..smbung cpt nk tgk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yang dah balik nak histeria jugak hery, ahaha...

      Delete
  2. Sumpah entri ni buat AJ rasa nak gi sana.....
    Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
    Cepat2 teruja nak tunggu entri lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi aj, ushalah tiket murah-murah, korea sangat heaven untuk pompuan...

      Delete
  3. Oh myeongdong.. i miss this place so much ... geramnye tengok jacket lelawa kat myeongdong underground tu... harap2 masih lagik teguh disitu by the time aku pegi next month... aminnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama azra, lepas round-round 3,4 tempat, kalau pergi sekali lagi pun, aku akan stay myeongdong jugak kot, memang best lah, hehe...

      Delete
  4. pengalaman yg indah. bestnya dpt g korea. 7 hari berada di tempat org, mmg berbaloi sgtlah kan. next entry plssss..hehehe. (seronok tgk gambar2 tu sebenarnya, berulang kali dok tgk. hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat best sue, sebab mission kalini nak main salji, tercapai jugak, hehe...sat nak bernafas dulu, nanti baru nak update yang baru...

      Delete
  5. Mana dia gambaq skin care, boots dan bag..mai tunjuk sat hehehe, dah ler bahang Tokyo pun tak abis lagi...mai dah racun Korea lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh tengok dalam entry-entry seterusnya, hehe...segan nak tayang satu-satu lah kak :)

      Delete
  6. rindu giler kt myeongdong! happening giler plus SPAO adalah tempat wajib utk shopping baju2 stylo utk lelaki. x minat sgt dgn uniqlo tp aku rembat 3 helai jeans dlu sbb murah! hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ko komen pasal SPAO ni, ada jugak aku cari henry, tapi tak jumpa, yennadey betul lah...aku tak ashopping sangat dekat sini, wife aku jer lah yang shopping make-up dengan skincare dia tu...

      Delete
  7. wah bestnyer... tq share cerita dn pic2 yg cantik ni. ada ole2 dari korea ke hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jugak kA sudi singgah, hehe...ada jer ole-ole beli dari sana :)

      Delete
  8. wahhhhhh ke korea korang ek! menarik gak namsan guesthouse tu, kitorang dulu dok amiga hotel duk 4 hari percuma 1 hari, hanimun package katanyaaaaa hahaha!

    aah skincare kat sana mcm sepah2 longgok2 jer kan? nasib baik aku tak beli merepek2 kang jenuh nak tempek merata kat muka hahaha. tapi agak nyesal la tak beli boot kat sini, sbb murah! haih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke biqque? aku tak survey hotel lain, sebab otai-otai korea cakap guesthouse ni dah ok, tu pasal pilih sini jer.

      skincare tu, taktaulah berapa banyak bini aku dapat, beli jer paper pun, dah dapat, pastu kalau beli banyak, lagi banyak dapat, adoi~..penin dah aku, haha...dalam dok tak puas hati tu, last-last jumpa jumpa jugak winter murah untuk aku, lega rasa. serius biqque, memang murah bangat dekat sini..

      Delete
  9. last 2010 g korea kitaorg pun duk kat namsan guesthouse 3 tu. bilik yg kami duduk tu pun macam itu rupa. entry ni betul2 mengimbau kenangan aku.... haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? tak berubah langsung la ni pm, depa ni...tapi, orang kita tetap pilih guesthouse ni jugak kalau datang koya, hehe..

      Delete
  10. jelsnyer.aritu tgk gambar adik.skarang tgk gambar orga pulak pi korea.
    best kot tempat penginapan tu.semua ada. kecik tak kisah asl semua lengkap.

    murah kan skincare dan produk make up kat sana.adik bawak balik byk la jugak. mcm tu la pmpuan.tak sama jugak ngan lelaki..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nik, perli nampak, hehe...memang syurga perempuan la dekat sini, laki kalau ikut kena jadi kuli jela dok usung bag sana sini...

      Delete
  11. Insya Allah dapat pergi ke sana tahun ni. Tiket pun dah ada. Lepas Orga review pasal Namsan GH, nampaknya macam tempat yang terbaik untuk menginap masa di Seoul nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh makin ramai rakan travel blog nk ke sana bestnya :-)

      Delete
    2. memang pun mie, even bilik kecik sikit, tapi kemudahan lain lengkap. pastu dekat dengan area myeongdong and nandaemon, syurga untuk shopping tu, jalan kaki jer dah boleh sampai..

      Delete
    3. betul tu jm, macam nak repeat je, hehe...

      Delete
  12. Oopppaaaaa saranghaeyoooo hehehe ambik feel korea
    Imbau kembali kenangan ke sana last year. In x boleh jd ni nk pegi lg korea thn depan :-)
    Nk tggal d guesthouse ni fulakkkk
    Mest Orga jeleezzz kennn seoul sopping paradise for women hoyeeeee hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala dekat myeongdong jer jm, dekat nandaemon semua ada untuk laki pompuan, tak jeles pun, hehe...memang patut sangat jm repeat, alang-alang pergi lah time autumn :)

      Delete
  13. Canteekkkk!!!! boleh la kami refer..pasni kami pulak nak pi.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sila-sila zila, pastu kami pun nak pi lagi sekali, nak bawak bag kosong jer, balik baru isi...

      Delete
  14. Heheheh wahh ade mention kat sini...

    Ye lah orgaaa nasib baik jumpa kat 7eleven tu 2 pin plug. kalo tidek???

    hehehe... tak bercharge la camera uols.. hmmmm rindunye myeondong!

    btw mmg toilet tu muat2 mandi jaa... and xleh nak pusing2 kene berdiri tegak!!!!


    hahahahah sgt hazab tapi oklah, pengalaman kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal fida, kalau tak, memang tak bergambar lah hari-hari lain, pastu tepon pun tak boleh nak guna...

      a'ah, sempit sangat toilet tu, bukan setakat toilet, towel yang dibagi pun kecik ya amat. nampak gaya, orang koya memang suka mende kecik-kecik kot, hehe...

      Delete
  15. Salam Orga

    Wah....tour to Korea.......end of winter....suker yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah kak yong, hujung-hujung pun sejuk jugak, huhu~

      Delete
  16. Bestnya....

    bhgn dapur dia mmg saja letak perkakas kaler moden2 eh.
    ada code sblm masuk ke guest house tu. Bagus.


    tak sabo nak tgk suasana indah2 di korea tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah TP, kebanyakan macam tulah, baru lah nampak gaya moden kan, hehe...

      Delete
  17. waaa.. syok nya depa dapat jalan2... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah crew fathi, jalan-jalan tengok dunia luar :)

      Delete
  18. bestnya myeongdong. ari tuh g sana dok cr stokin 1000 won. comel2 dan sedap dipakai. keke
    ni yg rs nk g lagi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? ala...kitorang tak cari pun stokin tu, ada jumpa jugak tepi jalan, tapi tak pergi tengok pun...

      Delete
  19. Best...best...cepat hapdate. Saya yang dah pergi korea ni pun, rasa macam nak pergi lagi...hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti kita pakat-pakat repeat lagi kak..

      Delete
  20. Wow....... bestnya, aku dah lama berangan nak ke Korea.... tapiiiiii, sampai sekarang tak pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang memang patut pergi shidah, situ memang tempat untuk orang pompuan, dari shopping sampai lah ke make up..

      Delete
  21. wehhh..rindunya kat myeongdong....rindunya kat korea..nanti lepas beranak,harus repet ke sana..hahaha nak susu pisang tu..uwaaa.uwaaa....

    macam best namsan gh tu...nanti kalau g lagi,nak tdo sana la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa-rasa aku, namsan tu the best kot, dekat dengan myeongdong and nandaemon, pastu nak pergi subway myeongdong tu pun dekat jer...

      Delete
  22. bestnya kalau dapat ke korea, hari2 tengok cite korea memg buat rasa teruja nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...boleh plan untuk masa depan cik viva :)

      Delete
  23. wak pown x sampi korea lg jugakk.,ahHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni tunggu wak pulak lah citer pasal korea, hehe...

      Delete
  24. kamsahamnida!! amboi kuria..best noo..aku pi dulu time autumn in my heart katanya..baju2 kat myendong tu cecantik..berkenan plak kat satu long coat dlm gmbr tu..kaler neskepe tu..hihi :)

    ni nak habaq, cuba beli brand Yeo's..tu sedap esp rendang hayam...cukup serba serbi serai & rempah segala...kalau Brahim mmg aku tak lalu..rasa lain mcm...aku dah penah try byk jgkla mknan dlm tin ni tapi highly recommend Yeo's...pastu yg baru tu ada muke Chep Wan...sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la fatt, aku tengok gambar, time autumn memang lagi mengancam ler, hehe...

      yeke yeo's punya sedap? aku tak pernah try pun lagi, sebab kalau dekat giant, brahim dengan ariff depa letak sebelah menyebelah, tu dok pilih yang ni jer. pasni boleh lah try yeos or chep wan pulok, hehe...kamsahanida jugak fatt :)

      Delete
  25. gile teruje bace enrty ni, tapi tgok dari entry mmg kalau nak cuti2 kat korea .. prefer tgah winter kan.. sbb sale untuk winter punye outfit gile best !... *sebut2 nama retis korea semua tu, kenai ke? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi time autumn lagi best wan, tengok daun-daun bertukar kaler, macam tak mo balik sini dah tu. masa tiket promo ritu, sampai hujung bulan 3 sajo, tu pasal beli untuk winter trip, hehe...memang pun, sale untuk winter outfit sana tak hingat, giler murah~...

      Delete
  26. Serius....!! Info travel yg cukup lengkap...
    Tiba2 aku teringin nak ke Koreo.....kikikiki.
    Gambar pun cantik dan jelas....
    Mesti ambil masa buat entri ini...kikikii.
    Cayok.. !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun hanif, ambik masa jugaklah nak buat entry macam ni, sebab nak kena kumpul balik semua maklumat bagai...tapi best jer, hehe...

      Delete
  27. Wahhh...besnye orga...bila la dpt jejakkn kaki kat sini agaknye. Mesti menjadi pngalaman yg manis dlm idup kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper ena, ada rezeki nanti terjah lah sini. heaven hokey untuk shopping, hehe...

      Delete
  28. salam kenal ;)
    dapat link ni dr adik saya yg tgh teruja nak ke Korea ;)
    tengah kumpul syiling ni nak jugak gi Korea

    mmg terbaik punya entri..jelas dan terperinci
    teruskan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak irfa...wah, takpa...biarlah adik pergi dulu, nanti turn irfa pulak, pelan-pelan kayuh, hehe...

      Delete
  29. jujur aku ckp aku betul2 x de minat kt korea. dr pelakon, penyanyi, hingga la negeri die.. x pnh pon tgk harga tix kat AA. gile angkuh kan pgakuan ni? xtau kenapa. ape org cerabih bahasa2 depa pon aku lansung x amik port. TAK MINAT. bace blog2 kwn2 yg p sane pon aku sekali lalu je, perghhhhhhhhhhhh belagak tak hingat ye dak? TAPI TAPI TAPI TAPI orga, aku nk buat pengakuan ikhlas lagik ni, since bace n3 ko nih aku tergoda! aku tau korea byk tmpt2 ctk, tp aku rase 'nnti2 la pgi' tapi bile tgk market2 n town die ni aku rase tergamit nak tgk AA. ngehngehngeh.. ke sebab gmbr ko semart sgt nih????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jangan cakap macam tu beb, nanti hidung aku boleh sumbat dengan penutup botol dah, ahaha...aku tau ko giler shopping, serius beb, kalau ko datang sini, aku rasa ko mesti macam tak moh balik, dengan make-up and skincare lagi, giler murah...

      Delete
  30. wah seoul seoul!suka sangat suka sangat, 888 utk 2 orang, murah gilaaa!!! HAHA
    Shopping complex dekat Myeongdong ni diorg buka 24 jam kan,pkl 11 pon ramai orang lagi.orang korea ni tak suka balik rumah agaknya.nangis tgok fashion diorg,baju dia nangis lagi,tapi tak murah sangat la barang di sana,kalau utk traveler yg agak budget tak patut membeli belah di sana.kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..gigih tu beli tiket masa promo 5 hours sale tu, hehe...tak sure pulak bukak 24 hours ke tak, tapi lewat malam kitorang balik pun tak tutup-tutup lagi, pagi-pagi keluar jalan tengok dah bukak dah, ye lah kot on 24 hour memanjang, hehe...

      Delete
  31. Dapnyer nasik korea! Sticky2 sikit kan ? Nyam2..! Terus rasa lapar.. Gluppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, sticky macam pulut gitu, sedap jer makan, kalau letak durian dengan santan pun mari nih, hehe...

      Delete
  32. entri ni mengimbas kembali suasana kat namsan gh. adui...rindunya...bila nak pegi lagi nih?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu AA wat promo la ida, tapi biarlah krisis korea utara dengan selatan ni cool down dulu...kalau tak, tak sonok lah pergi...

      Delete
  33. Salam Orga,

    Boleh share tak you punya itinerary sepanjang di Korea? Plan nak pergi Oktober ni tapi masih tak decide either nak redah sendiri or pakai tour guide. Kalau tak keberatan nak share, boleh email ke saya khairulhazwan86@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Bestla blog you ni. Walaupun saya dah pegi korea musim bunga tahun lepas, tapi kali ni nak try winter. Kali ni gi busan hehe itu pun sebab tiket airasia murah. Mcm mana pun, kami nak gi seoul jugak sebab yg dolu2 tu x habis lagi lawatan sambil belajar ke palace2 yg cantik2 tu.tqvm sebab bagitau nama guesthouse yg you tinggal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi singgah, hehe...memang tak puas kalau pergi sekali jer, banyak lagi tempat yang tak cover. saya pulak nak try autumn kalau nak pergi lagi, tengok daun tukar-tukar color :)

      Delete
  35. Salam.boleh share initiery awak?saya akan stay kat myeongdong gh bulan 11 ni..smpai pun petang..ada suggestion tempat yg boleh pergi mlm tu?

    ni my email ya princ3ssfaith at gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah sampai pun petang, better pusing-pusing area myeongdong malam tu. best jer...sebab malam-malam, area myeongdong happening...dalam hujung minggu ni saya email kan :)

      Delete
  36. best bace experience u..miss seoul oledy :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah...hehe,samalah...miss seoul jugak :(

      Delete
  37. nice entry..best baca..ada plan nk fly ke Istanbul tak? kalo ada share la....
    dalam perancangan nak ke Istanbul jgk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnyer mist fidz tanya, sampai ke instanbul sinun. so far now ni belum ada plan, insyaallah one day...

      Delete
  38. salam,
    nak tanya. kat namsan 1 taxi boleh lalu ke?hehe..takut my mom tak larat nak jalan.
    & both namsan 1 & 2 ade brapa floor ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau taxi rasanya boleh je nak lalu. berapa floor tu saya tak sure, tak don't wori, setiap floor ada lift...

      Delete
  39. Salam.. Kedai2 kat pekan ni tutup pukul brp ye? Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah malam baru tutup ni, kitorang balik kul11 lebih pun ada yang bukak lagi...

      Delete
  40. dulu histeria nak pergi..sekarang histeria nak pergi lagi..hihi.. saya pergi sini untuk pakai hanbok.hihi..check entry saya dekat http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
  41. Salam, sy nk mtk awk share itinerary di korea bole x? Tlg send kt emel sy pop_052@yahoo.co.uk .Sy n kwn2 plan nk g sn ms musim spring@autumn tpi tiket lom beli cos nk tgu murah. Kami nk bt bajet trip so tgh pk nk amik pakej atau backpackers sndr lgi jimat. Bc dri yg awk cerita cm senang je perjlnan awk ms di seoul. Bole sertakan sekali brp byk awk habis u byr duit hotel+mkn+tiket2+transport.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok-ok...sat lagi saya email, sorry baru baca komen.

      Delete
  42. Assalam...
    Saya dah booking tiket untuk ker Seoul, Korea bulan Disember 2014 ni..
    Just backpackers 2 org jer dengan my wife..
    Nak minta itinerary dan tempat2 yang menarik untuk dilawati di Seoul termasuk untuk SHOOPING...
    Email saya plz.. ringgo_kl@yahoo.com
    tq

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum...
    boleh email kat saya sama dak itinerary skali dgn tempat yang syok untuk melawat sekitar 6 hari (16-21 nov ni). khalifahwaja@gmail.com. terima kasih byk sbb blog ni byk menolong

    ReplyDelete
  44. Assalam mr.orga... bezznyaa dpt jumpa blog nie, sgt2 teruja... sy pun nak minta itinerary trip awk ke seoul jgk.. boleh x email kat sy??? Sy legi dgn husband & baby jerr.. lonely... soo... sy harap sgt2 itinerary awk tu dpt tolong ktorg kat sana nnt.. tanx yaa... tolong email ke queinstar@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..mesti sonok bawak orang baru jejalan, btw sy dah email dah :)

      Delete
    2. Wuahhh... alhamdulillah.. dpt email dr awk td, trus terangg mata sy baca itinerary tu... sangat2 membantu nampakY even kena modify ckitla cuz sy stay 5D4N syak... thankss a lottt mr.orga, semoga murah rezeki awk..

      Delete
  45. Salam
    Mohon share itinerary sbb sy pon dh book kat Namsan 3
    esterliss@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum...
    boleh email kat saya sama dak itinerary skali dgn tempat yang syok untuk melawat... best bacr bloq awk tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...